Penyertaan ku secara suka-suka dalam pelbagai peraduan kadang2 ada juga yang membuahkan hasil. Aku tidak ingat ini kali ke berapa aku bertuah menjadi salah seorang pemenang. Tapi klu ingat2 ni kali ke 3 buat thn ini. Bertuah btl 2009 ni. Biasanya aku sertai peraduan2 seperti ini adalah kerana ia adalah mudah, sekadar jawab beberapa soalan atau kumpul barang yang selalu kite beli, isi borang dan cume stem 30 sen sudah memadai. Ini juga dikira sebagi pelaburan. Jika bernasib baik dapatlah hadiah, jika tidak cubalah lagi, walaupun sekadar saguhati. Baru2 ini aku telah sertai peraduan dari syarikat alaf 21. Ini juga sekadar suka2. Lagi mudah, jimat, senang dan free. Hanya gune email. Alhamdulilah aku terpilih jadi pemenang untuk sesi nov mggu ke2. Dapatlah hadiah novel. tak kisah hadiah apepun sebenarnya. Apa yang penting ia percuma. Moga tahun depan ada lagi rezki buatku untuk yang lebih menarik lagi. Terima kasih alaf 21 kerana memilih diriku menjadi salah seorang pemenang. ILHAM HATI HADIAH YANG KU TERIMA.....
Pages - Menu
Followers
Translate
Sunday, November 29, 2009
TerIMa KAsih AlaF 21
alhamdulilah.
Saturday, November 28, 2009
AidiL aDh@ 2009
Bergembiralah Di Hari Raya Korban walaupun terpaksa bekerja. Ini juga termasuk dalam satu pengorbanan buat kite2 yang bekerja..horeyyyyyy....gaji double....:)
Monday, November 23, 2009
TERLIBAT DENGAN PROMOSI PTS
Selaku pembantu jualan yang bertaraf kontrak aku telah ditambah tugas supaya mempromosikan barangan keluaran pts yang bermula 21 nov sempena cuti sekolah.aku merupakan orang terawal yang disenaraikan untuk memakai baju pts diantara kami 6 orang. mula-mula malu juga tetapi setelah difikirkan ini adalah amanah yang terpaksa aku tanggung,maka redha sajalah. Mengenakan tshirt berwarna merah berlengan pendek. Dengan berpakaian demikian ramai yang mengetakan seperti mahu pergi bersukan...tahan sajalah telinga...reserch ku buat aku dapat mengetahui kedudukan barangan promosi. Ini kerana terdapat katalog barangan,sukar jadinya sekiranya aku sendiri tidak mengetahui di mana letaknya barang promosi. walaupun aku berada di department yang berbeza dengan barangan pts, pada mulanya ia menjadi agak sukar bagiku. Setelah beberapa jam barulah aku boleh menyesuaikan diri. mulanya berasa janggal untuk membuat promosi,tidak tahu bagaimana ingin bermula. setelah berfikir2,aku mengambil keputusan untuk mendekati pengunjung yang hanya datang ke rak pts.di situ aku boleh memberikan penerangan secara lebih efisyen berbaning aku hanya memakai pakaian pts dan menerangkan kepada semua pelanggan.moga2 ramailah pelanggan yang akan menyertai peraduan pts itu...moga kalian berjaya.hadiahnya agak lumayan tau...
Saturday, November 21, 2009
SETELAH SETAHUN KU BEKERJA SELEPAS GRADUAT
Pada tanggal 15 nov 2009 genaplah setahun telah ku bekerja di sebuah kedai buku di Johor Bahru.itu merupakan pekerjaan ku yang ke 3 termasuklah pratikal semasa belajar di kl dahulu. Pelbagai pengalaman yang aku telah aku lalui.al maklumlah kerana sentiasa berjumpa dengan pelanggan yang mempunyai pelbagai kerenah. Telah banyak suka duka tersemat dalam memori. Rakan-rakan silih berganti,kebanyakkan menyambung pelajaran. baru ni aku dah bertambah aset. jadi paham2 la...maksudnye bertambahla hutang..haha..sejak dari itu fikiran terus memberontak untuk mencari kerja lain...tak pun bagaimana untuk menambah pendapatan. kini aku tengah berusaha membina sebuah lagi blog untuk aku jadikan sumber pendapatan sampingan.idea serta bahan2 telah dikumpul.namun nama yang sesuai masih difikirkan lagi...kemungkinan besar aku akan mereka sendiri barang yang akan ku dagangkan dalam blohku itu.namun ia lebih kepada kerja2 grafik.kepada sahabat2 ku yang berpengalaman ku berharap korang dapat memberikan tunjuk ajar. kini ku kasih bertapa menyiapkan blog terbaru ku.
Sunday, November 15, 2009
check stok 2009
KENANGAN SEMASA CHECK STOK 2009
Selama 3 hari berturut-turut kami semua bertungkus lumus melakukan kerja-kerja mengumpul data mengenai samua stok yang masih berada di kedai. Macam-macam ragam dan kerenah telah dilalui. Kami terpaksa bekerja lebih dari 12 jam untuk menyiap data yang diperlukan oleh syarikat. Ada yang siap leih awal dan ada yang perlu dibantu oleh rakan. Ini kerana setiap bahagian tidak mengalami situasi yang sama. Ada yang barang mudah untuk dikira dan ada yang terlalu sukar.bergantung pada nasib juga kerana senarai nama telah dikeluarkan. Ini antara aksi yang mungkin paling menarik dalam sejarah check stok. Penyelia saya terpaksa menggunakan kanta sebagai alat bantuan untuk memudahkan beliau melakukan kerja. Tahniah. Akhirnya kerja beliau siap juga walaupun tanpa bantuan pihak lain.
Inilah masanya kami semua dapat berkumpul bersama-sama. Kire peluang yang terbaik untuk mengeratkan silaturahim. Kerja kami mempunyai jadul,oleh itu jarang sekali kami semua dapat bersama dalam satu masa yang sama. Walaupun dalam kesibukan bekerja menyiapkan data, Alhamdulilah kesempatan mengambil gambar telah dapat mengubah mood ceria dalam keadaaan kami yang kepenatan. Lihatlah wajah-wajah ceria semesa gambar ini diambil.
Pejabat menjadi penuh sesak. Semua staf bertungkus lumus meghantar data yang diperlukan setelah selesai membuat penyemakan dan pengiraan stok. Satu pengalamn yang indah tak akan dilupakan. Terima kasih pada semua teman -teman yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Saya...
- yayashimano
- suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi