Assalamualaikum. Apa khabar hati? Harap hati semua sahabat saya yang sedang membaca blog ini dalam keadaan tenang. Kenapa saya tanya apa khabar hati? Kerana dari awal pagi sejak bangun pasti bermula dengan niat. Niat akan tersimpan di hati. Jika hati kita gembira, insyaAllah sepanjang hari kita akan rasa bahagia begitulah juga sebaliknya.
Kali ini saya mahu bercerita secara lebih santai. asyik-asyik terlalu formal sahaja. Bosan pula rasanya. Apa Pun Tak Boleh macam seorang pelawak selalu cakap. hehe...Kali ini mahu bercerita mengenai hati lagi. Tak tahulah kenapa banyak sangat tajuk pasal hati. Bersembang dengan sahabat,berkongsi pengalaman, semuanya mengenai hati. Ingat macam saya katakan tadi segalanya bermula dari hati maka akan lahir secara zahir tindakan kita. Boleh saya katakan tindakan kita itu menggambarkan hati kita yang sebenarnya.
Ni nak cerita mengenai positif dan negatifnya sifat hati. Saya nak cerita yang tak best dulu yer. JIKA HATI SUDAH MENYAMPAH. wah tajuknya pun sudah tahu apa bakal tindakan yang dibuat bukan. Jika dalam hati sudah ada perasaan tersebut pasti ekpresi yang kita berikan juga adalah buruk. Walaupun sahabat kita tu berbuat baik pasti kita akan pandang enteng,semua salah,meluat,tak suka dan jika dah kronik boleh sampai tahap membenci. aduh payah nak ubat hati ni jika sudah ada sekelumit benci. Jika tidak dirawat boleh bertukar jadi transformer. Eh apa pula transformer jadi Giant la....hihi..mengarut la pula. k la bertukar jadi dendam. APTB. Lama-lama hati boleh jadi busuk. Emm bukan busuk macam makanan basi tapi hati oleh jadi rosak. 'Rosak' yang kita tidak nampak secaha zahirnya.
Banyak keburukan hati jika sudah 'rosak' ni. Mungkin pada mulanya titik hitam dalam hati ini setitik tetapi jika lama-lama dikumpul maka ia boleh menjadi titik hitam yang sangat besar. Wah hati dah jadi hitam ni....macam mana nak buat ni...Emm jalan yang dapat membantu adalah dengan memaafkan diri sendiri,memaafkan orang sekeliling kita setiap hari, berdoa mmenyucikan hati, sentiasa diberi makan vitamin zikrullah, Sedekah doa buat hati yang sangat suci. Beri makan hati dengan ayat suci Alquran. Mudah bukan mahu sucikan hati. Jika hati kita masih tidak mahu maafkan kesalahan orang , hati kita masih bertitik hitam, macam mana apa yang kita doa akan dimakbulkan. Sebab kita berdoa dalam keadaan hati masih 'kotor'. Mahu doa dimakbulkan? Apa tunggu lagi.cepat la pergi bersihkan hati. Jangan pula ada yang bedah hati dan cuci dengan air zam-zam macam zaman nabi dulu. Jangan korang lak kata nak cuci dengan sabun. Aiyaaa....apa yang penting korang maafkan diri korang dahulu. Belajar-belajar maafkan orang lain.Bagi saya semua orang ada buat salah dan semua orang berhak untuk dimaafkan dan diberi peluang perbaiki diri. Tak gitu. Cuba fikir, kita mahu orang maafkan kita tapi kita tak mahu maafkan orang. Jagalah hubungan kita sesama manusia selain kita jaga hubungan kita dengan Allah.
Ok, kita masuk pula pasal KALAU HATI SUDAH SUKA. haha..yang ini pasti ramai yang sudah tahu keadaannya. kot saya ini adalah beberapa sahabat yang dalam lingkungan kalau hati sudah suka.APTB. hehehe... kot2 ada juga bergaduh sebab terpadam memory indah dalam telefon bimbit kerana hati pernah suka walaupun masa sudah berlalu. Kadang-kadang pelik juga kerana perangai hati ni yer.Kot dulu tu saya memang tak faham la sahabat saya kenapa mahu simpan juga gambar, penuhkan inbox dengan pesanan ringkas kekasih lama. Satu hari apabila saya bertemu dengan seorang sahabat yang menunjukkan telefon bimbitnya penuh dengan gambar kenangan lama walaupun si gadis idaman hati telah berumah tangga malah mempunyai anak. Ingatkan kawan saya seorangje, rupanya ramai yang berperangai demikian. Bila ditanya kenapa? Kenangan katanya. Tak kacau pun rumah tangganya. Masing-masing ada sebab tersendiri dalam hidup mereka. Selagi ia tidak memburukkan keadaan tetapi jika terjadi sebaliknya. emm Lu Pikir la Sendiri macam kata Nabil Raja Lawak.
Macam-macam kan perangai hati ni. Semuanya pasal hati. wah rasanya saya suka tulis pasal hati la.hehe....jangan korang bosan membaca sudah ler...
Wah duk sibuk cerita apa khabar hati korang yer? Apa khabar hati saya? emm...saya pun tak tahu apa khabar hati saya....berada dalam keadaan baik,sehat,takut,gembira,teruja,suka,malu..hehe..banyak bukan....sebab dari pagi macam-macam hal terjadi. Tak mahu cerita. biarkan hatiku berbicara sendiri. Sampaikan salam saya pada hati korang yer...wasalam
Nak kongsi ubat hati dalam sebuah lagu
No comments:
Post a Comment