Masa saya kerje di pam minyak dulu, saya berkawan dengan seorang mamat endon ni. Setiap apa yang dia buat mesti di mulai dengan perkataan 'bismillahirrahmanirrahim'. Dari sebesar-besar perbuatan sehinggalah sekecil-kecil perkara waima membuka payung, mengoyak bungkusan makanan, menolak pintu, duduk di kerusi dan banyak lagi.
Betul tak kalau saya katakan kita ni rata-rata memulakan bismillah apabila makan sahaja, yang lain-lain kita lalai atau alpa untuk memulakan setiap pekerjaan dengan perkataan 'bismillahirrahmanirrahim'? Saya ni bukanlah baik sangat namun apa amalan yang baik seperti rakan kerja endonesia saya amalkan tu telah menjadi ikutan dan habit buat saya untuk menyebut bismillah, insyaAllah dalam apa jua pekerjaan yang baik. Tidak salah meniru perkara yang baik bukan?

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dalam Hadits Rasulullah saw bersabda, “Setiap pekerjaan yang baik, jika tidak dimulakan dengan “Bismillah” (menyebut nama Allah) maka (pekerjaan tersebut) akan terputus (dari keberkahan Allah)”.
Moga dengan mengamalkan menyebut basmallah dalam setiap permulaan pekerjaan atau gerakan, insyaAllah berkat itu muncul dari awal pekerjaan yang ingin kita lakukan. Waima masuk tandas pun ada doa yang perlu dibaca. Mula-mula mungkin janggal, lama-lama akan terbiasa. InsyaAllah niat yang baik akan dipermudahkan.
Sebagai saudara islam, saya mahu mengajak anda yang sudi membaca blog saya ini, ayuh memulakan sesuatu pekerjaan yang baik dengan basmallah. Mudah sahaja permintaan saya ini bukan?
No comments:
Post a Comment