Followers

Translate

Tuesday, March 27, 2012

stress giler tahap meow2..

Setelah beberapa bulan berkelana berjauhan dengan keluarga. Baru terasa kerinduan dan tahap kesengsaraan kerana semua perkara perlu dilakukan sendiri. Itulah yang dinamakan cabaran dalam kehidupan. Mak selalu berpesan selalulah jaga diri, tingkah laku, jangan balik lewat, makan tu jangan sembarangan nanti sakit perut. Maklah yang paling banyak susunan nasihatnya. Kalau ayah senang je, apa khabar, buat apa, keje ok? dah makan ke dan paling best kalau tak ada duit bagi tau...haha..aku tak akan minta kot..Ayah memang selalu macam tu. Suka sangat bagi duit dan sering kali juga aku menolak. Bukan apa saja memang nak merasa kesusahan, tak nak bermewah sangat. Tapikan relex2 je..berjimat cermat, usaha sendiri, baru kita tahu bagaimanakah perjalanan sebuah kehidupan. Kalau tak dulu kat rumah semua makayah dah sediakan. Sayang dan rindu kat mak ayah..haha sian kat adik aku, terlupa kat dia..mestilah ingat sebab dia janji nak topupkn tiap bulan. Jadilah. Rm 10 @ 30, dapat gak aku berjimat.

Apapun aku rindu kot meow2 aku. Rasa cam guling-guling jer rindu kat meow. Rindu kat orang boleh dengar suara walaupun tak jumpa. Rindu kat meow nak buat macam mana. huhu.. Tengok gambar meow lain la tak pun mana-mana meow pun kalau jumpa bolehlah di belai. Sifat meow ni boleh buat hilang stress. Pada adik kelip-kelip yang tak bape nak percaya kaedah ni..cube la try..pasti berkesan..
Apa pun aku menulis ni sebab rasa strees gak dengan keje membaca ni..gaga..7 buah buku yang tinggi ni..nasib lom pai masa muntah hijau la..kalau dah muntah hijau tu dah jadi ingredible hark..(orang badan hijau tu)
 (gambar ni pernah aku hantar peraduan "si comelku sayang" dan mendapat hadiah pemenang mingguan dengan hadiah makanan meow yang pelbagai jenis berjenama smarthard,jimatlah beli makanan meow selama 3 bulan)

Dan yang paling penting petang ni aku nak g teroka kolam yang ada kat sini untuk aku lepak tengok dan bagi makan ikan. Itu pun sebahagian aktiviti aku untuk menghilangkan stress sebab satu masa dulu aku pernah bekerja dengan keadaan sangat strees. Dan setiap hari akan beli roti semata-mata untuk lepak di kolam sambil memberi ikan makan. Untung sabut jumpa juga haiwan lain. Apa yang paling penting kenapa kita akan merasa tenang bila melihat haiwan adalah kerana haiwan itu akan sentiasa berzikir. Mungkin secara tidak langsung kedamaian itu meresap dalam diri kita yang menikmati keindahan ciptaan Allah itu.

jumpa lagi..
meowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeowmeow

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi