Followers

Translate

Monday, January 21, 2013

kembar mini cooper @ eyqn


tarrrraaaa..dapat bungkusan ajaib


tetibe beranak dua mini cooper kembar


posing laga muncung

sebab aku suka huruf Q..so aku berikan nama :

Si Qiqi


Si Qoqo


Nak beli real memang masuk dalam mimpilah
tapi yang ini pun mimpi indah juga
dah tua2 pun dpt hadiah kereta
housemate2 tersayang bagi
saje nak bagi penuh almari kereta ku
hehe..pepun tq very much to alia n shafiqah
cute sangat
suke tak terkata

tq gak kat roomate tersayang sebab buat ucapan khas dan doa-doa indah
amen..amen..amen..
cume tak rela nak amen doa yang last tu..
safura je yang tahu..
huhu..

Sunday, January 20, 2013

Selamat Hari Ulangtahun Melihat Dunia

Melalui tarikh yang indah dengan penuh kesyukuran. Dipanjangkan umur serta kesihatan yang semakin memberangsangkan. Alhamdulilah. Tiada apa yang berbeza, namun berdoa semakin hari semakin mencintai islam dengan sepenuh hati. Allahuakhbar.

Terima kasih bonda tercinta melahirkan aku ke dunia ini. Tidak terdaya membalas jasa bonda. Pada ayahanda yang memerah keringat membesar dan mendidik diri ni sehingga menjadi manusia. Tidak akan disia-siakan pengorbanan ayahanda dan bonda.

Buat adinda yang tersayang. Terima kasih menjaga along serta pendengar yang setia dalam apa jua masalah along. Ko adik yang along paling sayang dunia akhirat.

Moga Allah lebih merahmati hidup aku yang semakin pendek ini. Menambahkan rezki yang halal dengan lebih melimpah ruah. Didekatkan rezki yang jauh. Di kukuhkan iman untuk terus mencintai islam. Di permudahkan segala urusan. Di pandu membuat keputusan yang betul. Di limpahkan rahmat serta hidayah Allah. Di kuatkan hati dalam menghadapi dugaan hidup. Ditemukan jodoh dan dikurniakan anak-anak soleh dan solehan untuk terus mencintai islam. Dengan lapang dada aku serahkan soal jodoh pada ayah melalui sms pagi tadi. Sebab selama ini ayah tak pernah tanya pun. Walaupun ada yang sudah beberapa kali berhajad menyunting diri ini but 'saya tak kenal awak' and 'i don't know how to explain about u to my parents'. TAKUT mungkin. Pepun aku serahkan seratus peratus hal ini pada ayahanda tercinta. I very trust my father, kerana dia lebih berhak membuat keputusan. Anak ayah sangatkan. haha...

Pada adik Nadeyah Mohamed, serta ibu roomate aku sekarang. Selamat hari ulangtahun melihat dunia pada kalian. Moga diberkati dan sehat selalu untuk terus beribadah pada Pencipta kita.

Pada ibu Fatimah, ibu kepada sahabat-sahabat aku. Moga ibu kuat menghadapi dugaan. Sayangnya saya dah lama tak jumpa ibu. Last balik saya datang ziarah bulan lepas, tapi ibu senyap tidak bermaya memang saya tak sampai hati nak kejutkan ibu. Di hari ulangtahun saya, mendapat perkhabaran yang tidak enak tentang ibu. Kalau boleh saya nak balik ziarah ibu sekarang juga. Bagilah kesempatan itu buat saya berjumpa ibu Ya Allah. Walaupun penyakit ibu tiada ubat sebagai rawatan. Jika penyakit itu menyeksakan, Kau ambillah dia dalam kesakitan yang paling sedikit kerana dia telah sengsara yang teramat selama ini. Jika ada penawar bagi penyakit ibu, Kau kuatkanlah semangat ibu.

   Adik Upin

Adik Ipin

Pada UpinIpin yang aku minati. Terima kasih kerana bergambar bersama. Terima kasih pada tuan ambil gambar, cik shafiqah(harap betul lah eja nama dia) di Halal Fest Penang 19 Jan 2013.

Pada semua yang mengingati, yang memberi ucapan, yang mendoakan saya, saya balas dengan segunung terima kasih...chopss..mana hadiah saya???" Ini tidak adil, tidak adil bagi ku" bak kata Yuna. Nak hadiah gak. Kalau ada masa tu hadihkan lah saya bacaan yasin korang pada saya. Tu pun kalau sudi korang nak berikan hadiah lah. Kalau sudi, seluruh telapak tangan ni saya aminkan.

Selamat hari ulangtahun buat semua yang berkongsi tarikh lahir dengan saya. 20 JAN 2013

Friday, January 18, 2013

terus terpendam dalam sedih dan gembira

Antara sedih dan gembira

Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda 
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: 
Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana 
engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau 
akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”.
( Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Apabila kelas termula. Maka berjumpalah dengan sahabat-sahabat baru yang sama-sama ingin menimba ilmu. Bukan tidak pandai langsung tapi sudah lupa untuk diaplikasikan dalam bacaan. Bermula hanya dengan separuh semesta. Tidak dapatlah sijil. Terus minat ditanam untuk mengikuti semesta seterusnya. Bukan niat untuk mendapatkan sijil tetapi ingin menuntut dan menambah ilmu. Keputusan peperiksaan akhir juga agak memberangsangkan. Dan layak memasuki  kelas lebih tinggi. Sahabat-sahabat yang kategori makcik2 tu kelas sem lepas kalau terserempak semua duk tanya kenapa tak nampak dalam kelas tinggi? Kenapa tak datang masa penyampaian sijil? markah ok kan hari tu?huhu.sengeh je la. sebab saya masuk dah semesta 2. Walaupun saya bukan nak sijil tapi saya memang sangat niat nak belajar semula tajwid tu. Sebab tu sem lepas saya sangat bersungguh-sungguh ;) Last belajar masa Darjah Khas Agama Johor. Sama tahun dengan PMR. Bayangkan bape punya lama.

Sem ni aku pilih ustaz garang sket. Ustaz sem lepas baek sangat. Kalau garang ni cepat sikit pandai kot. Baru rasa takut nak pergi kelas. Sebab dia akan soal macam-macam dalam kelas. So rajinlah buat ulangkaji kat rumah. Bukan ustaz baek tak bagus tapi bagi aku perlu ada ketegasan untuk belajar ilmu2 agamani. Melekat oo apa dia ajar pasal huruf RA semalam dalam otak aku. Disebabkan tak berapa sehat so aku kena ulang sebut KHO dan QO banyak kali ye semalam.

Lepas kelas sahabat-sahabat sambar bawa pi masjed negeri penang. Cantek oo. Ramai orang. 1st time sampai. Tq la kat sahabat-sahabat yang sudi mengajak. Jatuh cinta sungguh kat suara muazin. Terus menusuk dalam hati setiap patah ayat yang dibaca dalam solat. Terutama Al-Fathihah. Alhamdulilah dalam proses menghafal dan memahami tafsir Al-Fathihah.  Apa yang ustaz ajar cara sebutan dan keluar makhraj huruf memang syoklah. Rasa macam aku lak cek cara bacaan muazin/imam tu. Tapi sebenarnya aku merasa sangat kagum dan tersentuh sebab cara sebutan sangat tepat. Sedangkan aku ni baru nak belajar. Bahagianya jika aku lebih memahami maksud ayat quran yang dibaca. Sayu je hati. Macam nak cry sebab Fatihah je yang aku faham. Bacaan lunak,makhraj betul. Subhanallah. Tak tergambar dek kata-kata.


Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya 
satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak 
bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam 
satu huruf dan Mim satu huruf”.

(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

Sambung pulak kelas Talaqi pagi. Ramainya student. Sem lepas sikit je. Mungkin ramai dah makin membuka ruang dada memperelok bacaan. Semua makcik-makcik ok. Ada pulak pesara sorang tu. Suruh panggil Kak Pah. Sekali dia kenal la Dr Mas aku. huhu. Nasib Kak Pah tu friendly. Dia selalu masuk kelas. So bolehlah aku geng dengan Kak Pah sem ni.
Ustaz kelas ni lagi best. Tegas dan sangat merendah diri. Selalu berdoa dan anak murid akan aminkan butir bicara beliau. Disebabkan ada meeting jadi aku minta izin mengaji awal nak keluar kelas. Dengan penuh kepayahan aku mengaji sebab tiada suara dan kurang nafas. Bacaan aku lebih panjang dari student lain. Takut juga. ok awak masuk kelas 2. Bacaan lancar. Tapi saya budak baru. Tak mengapa. Dalam hati berbunga-bunga. Sebenarnya sangat takut jika dalam keadaan aku yang tidak sihat membuatkan bacaan aku tidak lancar seperti kelas tajwid semalam. '"balik umah praktis lagi sebut yer". Sebaliknya diterima masuk dalam kelas talaqi tu. Alhamdulilah.Syukur.

tahu tak kenapa perasaan ini bercampur gembira dan sedih
1. Sebab ustaz kata dalam kelas tajwid, baca kuat-kuat.lontarkan suara, jangan simpan-simpan Allah dah bagi suara tu bersyukur sebab anda gunakan kejalan yang baek. Ada orang kat luar sana suara enak tapi lontarkan pada perkara tidak baek. Dalam hati berkata, sedihnya aku tiada suara sekarang. Sekadar mampu baca dalam hati dan maiming mulut sahaja. Bukankah cara terbaek adalah kita mendengar suara sendiri membaca. Ya Allah sembuhkanlah penyakit ku.

2. Betapa bahagia mengerti cara sebutan dan lenggokan bacaan dengan sebutan makhraj yang betul. Harapnya bukan awal kelas sahaj atetapi aku dapat aplikasikan sepanjang hidup aku.

3. Betapa sedih dan mengerti perasaan orang bisu. Ni aku baru jadi separa bisu sebab masih bersuara walaupun dalam keadaan terbatas dan terhad. Jadi malas nak melawan. Tertekan sebab payah buat penerangan dalam discussion. Selalu kuburkan je idea sebab tak mampu bercakap banyak.

Antibiotik paling kuat kononnya Dr bagi. Tapi ada 2 hari je lagi nak habis ubat tu. Ada kurang tapi tak baek betul. wah cepatlah baek mggu depan.

Sunday, January 13, 2013

aku ortodoks ke?

Nak story ni, mak dah buatkan sarung almari buat aku. Bukan kedekut tapi sahaja nak kitar semual kain perca mak. Aku buat design reti la. nk suh aplikasikan dalam realiti kain memang gagal la. Kena ada basi kain la. Tak semudah buat design atas kertas yer. nampak je 3D atas kertas sekali dah potong kain..haha bukan semudah potong kertas yer. Gara-gara nak buat design gak, akhirnya aku jait gak muka angrybird kat almari aku tu malam tadi..tarrraaaa..

Ingat tak aku kata nak sambung cerita pasal Lenggong dalam post sebelum ini. Aku dah habis fikir...aku tak terdaya dan tak mampu nak story. Biarlah semua rahsia dan benda misteri itu dalam lipatan kajian aku sahaja. Melibatkan akidah. Dan aku kena tazkirah panjang lebar hari ni dari makcik aku dalam kereta. Kawan aku kata mulut kena jaga kalau dalam hutan. Tapi mungkin sebab mulut boleh dijaga dari berkata-kata. Tapi mustahil detik hati atau gerak hati dapat dikawal. Kawan aku dah pesan kat aku tadi.

Aku akui, dunia aku mungkin terlalu moden untuk mempercayai ' alam lain ' diluar sana. Dan aku bukan jenis keluar masuk hutan. Aku bukan jenis mengembara. Jujur aku tak suka dan aku sedaya upaya elak akan penglibatan alam (hutan). Kalau tidak percaya ia melibatkan kuasa Allah. Jangan sampai terlalu taksub sampai berubah akidah. Jadi aku percaya dan biarlah ia berlalu dan menjadi ilmu baru. Mungkin disana aku pernah terlintas dan terfikir untuk melihat sendiri keris berdiri. Tanpa aku sedar, aku bermain dengan perasaan dan fikiran. Aku tak sedia fizikal, mental dan diri semasa kesana. Jadi aku kena betulkan niat bahawa aku pergi sana untuk bekerja. Apa yang aku post pasal lenggong dengan niat untuk membantu mempromosikan keindahan lenggong sebagai daya tarikan untuk pelancong datang. Ini salah satu keunikan yang kami jumpa.

Al-Quran sebesar ibu jari


Kain menutup jenazah (pahlawan) yang mengandungi tulisan ayat Al-Quran

Salah satu gua yang terdapat di Lenggong. Terlalu banyak gua yang ada disana. Kalau rasa nak datang panjat gua ke, nak buat kajian ke, mai la. Ada berpuluh-puluh gua kat lenggong tu. Dipercayai paras air sungai sehingga ke gua.

Ini siput yang aku jumpa di salah satu gua yang kami naik


Salah satu lata yang terdapat di Lenggong. Ini Lata Kekabu. Kalau korang pi Homestay Kampung Beng kat hutan belakang itu ada lagi 3 tahap lata. Kalau naik Banjaran Bintang kalau tak silap untuk melihat bangkai kapal terbang korang akan jumpa lagi 3 lata. Kalau yang minat pengembaraan tu suka la nak terjah lata-lata ni ;)


Ini pokok betik yang kat belakang rumah mak angkat homestay. Aku jakun yang amatlah. Ingat senang nak jumpa pokok segar pepagi. Dengan embun menitik.

okay.....
kawan aku kata aku garang
aku slow
aku cam budak-budak tengok upinipin
aku tak reti siang ayam
aku bukan kaki diet
aku kasar dan ganas tengok cite gaduh-gaduh
aku bla bla bla....

Hidup dan jiwa seperti semakin kering kontang. Ada ilmu tapi tidak amal. Ada amal tapi tidak istiqamah. Berlalu sudah azam aku 2012 yang tidak tercapai sebab sket hari lagi dh umur 28. So aku berdoa agar kami sekeluarga dapat pergi ketanah suci. Walaupun semua duk sibuk gi oversea. Aku aku pun nak gi oversea gak. Tak keysah la umur berapa. Doakan tercapai yer. Pasal nak beli rumah tu. Aku simpan jap impian tu kat kocek belakang sebab kocek kiri kanan dah penuh dengan perancagan lain. Belajar, keje, kahwen aku letak sebaris je. Mana sampai dulu aku sambar je.

Nak curi gak semangat housemate, opismate, sahabat jauh nun disana dan mana-mana yang baeklah. Apa-apa jua perkara nak buat kena sungguh-sungguh, kena fokus, kena ada matlamat, rajin. Meh aku nak serap kerajinan korang...sroootttss....srooottttsss...

Azam baru dan yang diperbaharui ( new n renew )
- nak hafal juz amma (baru)
- nak solat awal waktu sebab aku selalu solat last 2 waktu
- tak mo marah-marah
- nak beli speedlite sebelum 31122013
- nak kerje lebih rajin
- nak tingkatkan penguasaan BI
- nak belajar memasak
- nak pergi kelas tajwid,baiki bacaan quran dan gi kursus haji
- nak belikan ayah mak tab samsung (adik jom share)
- nak ngaji tiap hari bersama terjemahannya
- nak ajak kawan solat jemaah tapi malu dan segan
- nak rajin bersukan agar nafas lebih panjang untuk mengaji
- nak kurangkan beli mainan..haha..boleh ke?
- terus menabung dan jangan boros
- walaupun tak kaya tapi rajin2 sedekah

Terima kasih kat semua yang membimbing aku kearah kebaikan dunia dan akhirat. Ajak aku pi dengar-dengar ceramah. Ajak aku pi masjid. Aku tetap ortodoks tapi sedikit pun aku tidak menolak benda moden cume mungkin masih menjaga dan mengingati didikan makayah. Aku anggap semua orang baek walaupun owg tu pernah buat jahat kat aku. Manusia boleh berubah dan jangan sesekali kita tinggalkan mereka.

Terima kasih berkawan dengan aku walaupun aku ortodoks. Itu tak boleh, ini tak boleh.

Saturday, January 12, 2013

mandi wajib buat gugurl-haid,nifas,wiladah,istihadah

Hari nak aku bercerita pasal gugurl punya darah. Memang agak kotor dan tak sesuai tapi biarlah ilmu ini berkongsi bersama. Benda ni nampak remeh. Bukan nak berlagak tapi ilmu ini perlu buat semua tidak kira besar atau kecil kerana masih ramai yang memandang kecil. Mungkin katanya belum masa, belum kahwen dan sebagainya. Kalau lelaki nak baca untuk tambah ilmu pun apa salahnya. Boleh didik isteri dan anak-anak nanti.


1. darah haid - sampai sahaja akhil baligh seorang kanak-kanak kecil melalui proses menjadi anak dara. Darah yang keluar sama ada setitik,semalaman sehinggalah kebiasaannya 7 hari atau paling lama 14 hari. Ini berlaku disebabkan tiada persenyawaan berlaku.

2. darah istihadah - darah penyakit yang keluar. Iaitu lebih dari hari kebiasaan(tempoh) haid atau nifas

3. darah wiladah - diertikan sebagai darah yang keluar bersama bayi dilahirkan(mengiringi). Jadi selepas sahaja bersalin kena la mandi wajib dengan niat mandi wiladah manakala

4. darah nifas - adalah darah yang keluar semasa melahirkan sehinggalah habis pantang(darah kering). bermula dengan semalaman atau kebiasaannya 44 hari. sebab tu kena bertungku dengan benda panas agar darah beku cepat keluar. tak boleh makan benda2 sejuk, kena mandi air panas. kalau sejuk-sejuk nanti angin masuk. dah tua-tua nanti sakit satu badan. sebab tu tak boleh mandi malam-malam. pesanan khidmat ringkas dari orang tua-tua. 

bawah ini aku kopiteh dari website maksud dan segala info. nak cerita pasal hukum sebarangan kang salah sampaikan ilmu lak. selamat membaca dan mengenali jenis darah gugurl dan mandi wajib yang gugurl kena tahu.

Mandi Wiladah
Apakah maksud mandi Wiladah? Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun boleh dia mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas?

Jawapan :

Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.


sumber diambil dari : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6162.0


oleh: Husna Hassan ( husna@telagabiru.net.my)
Definisi
Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin.
Tempoh Nifas
Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar menunaikan ibadah solat disebabkan sakit melampau dan sebagainya, maka hendaklah dia melaksanakan solat sambil baring atau dengan .
Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu titik darah sahaja yang keluar atau sedetik, tetap dikira darah nifas. Namun mereka berselisih pendapat dalam menentukan tempoh maksimum bagi nifas. Perselisihan tersebut boleh dibahagikan kepada dua pendapat seperti berikut:
  • 1. Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh maksimum ialah 40 hari berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha., beliau berkata: “Pada masa Rasulullah, wanita yang melahirkan berhenti nifas setelah 40 hari.” (Riwayat Abu Daud)
  • 2. Sekiranya seseorang wanita itu mengalami nifas dalam tempoh 40 hari, maka itu adalah darah nifas. Namun jika darah masih keluar selepas tempoh 40 hari, maka itu bukan lagi darah nifas sebaliknya itu dikira istihadah dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan solat seperti biasa.
  • 3. Al-Ja’fariyyah pula berpendapat tempoh nifas yang paling lama ialah 10 hari.
  • 4. Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi’i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum.
Oleh sebab itu, mengikut pendapat mazhab Syafi’i, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.
Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)
Bersalin Caesar
Terdapat sesetengah wanita yang tidak dapat bersalin normal disebabkan komplikasi tertentu sehingga terpaksa dibedah. Dalam kes seperti ini, al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’ menyatakan bahawa hukum bagi wanita yang bersalin dengan kaedah Caesar adalah sama dengan wanita yang keluar nifas selepas bersalin normal. Apabila ada darah keluar, maka hendaklah ia meninggalkan solat dan puasa. Sebaliknya andainya tiada darah yang keluar, maka hendaklah ia mandi, mengerjakan solat dan berpuasa seperti biasa. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)
Keguguran
Bagi wanita yang keguguran, jika bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu adalah darah nifas. Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah haid.
Tiada nifas
Ulama telah sepakat menyatakan bahawa wajib mandi bagi wanita yang telah kering daripada nifasnya. Cara-cara mandi adalah sama dengan mandi wajib setelah haid yang sedia maklum dalam kalangan wanita. Cuma yang membezakan adalah niat, atau boleh juga berniat dengan niat yang umum iaitu mengangkat hadas besar.
Namun bagi wanita yang mempunyai darah nifas, adakah wajib mandi? Jawapannya ialah ya, wajib bagi mereka mandi wiladah (mandi sebab melahirkan).
Bagi wanita yang bersalin kembar, masa nifasnya dikira bermula daripada kelahiran anak kembarnya.
Darah yang Keluar sebelum melahirkan
Sekiranya ada darah yang keluar sebelum melahirkan, menurut al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’, sekiranya darah yang keluar tidak diikuti oleh rasa sakit akibat kontraksi, maka darah tersebut bukan darah haid. Oleh sebab itu, ibadah sepatutnya diteruskan seperti biasa. Namun sekiranya darah yang keluar diikuti oleh kontraksi yang menyebabkan rasa sakit hampir melahirkan, maka darah itu darah nifas. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)
Keadaan-keadaan Nifas
  • 1. Wanita yang mengalami nifas kurang daripada tempoh 60 hari (mengikut mazhab Syafi’i) dikira nifas. Apabila didapati darah telah berhenti sebelum 60 hari, maka janganlah tergesa-gesa mandi melainkan telah pasti tiada darah yang keluar.
  • 2. Wanita yang mengalami nifas lebih daripada 60 hari secara terus-menerus. Maka dalam tempoh 60 hari itu dikira nifas. Darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).
  • 3. Darah nifas terputus-putus. Keadaan ini dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar dari lagi kemudiannya. Oleh itu, sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, maka darah yang keluar setelah berhenti seketika itu tetap darah nifas.
Hukum-hukum bagi wanita yang berada dalam keadaan nifas.
Hukum wanita yang dalam keadaan nifas adalah sama seperti wanita yang berada dalam keadaan haid. (Rujuk Solusi isu 12)
Suami tidak boleh menggauli isterinya selama mana isteri masih dalam nifas. Namun bagi suami yang tetap menggauli isterinya dalam tempoh itu, tiada kafarah dikenakan sebagaimana yang ditetapkan terhadap suami yang menggauli isterinya semasa bulan Ramadan.

sumber: SOLUSI


oleh: Husna Hassan
Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan. Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.
Apakah itu darah istihadah? Istihadah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas. Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar dalam sebulan.
Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:
Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.
Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Manakala riwayat daripada Hamnah binti Jahsy, ketika datang kepada Rasulullah s.a.w., dia berkata: “Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali.” (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Bagaimana Mengenali Istihadah
Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah:
1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam.
2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari.
3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun.
4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.
Keadaan Wanita Mustahadah
Dr. Abdul Karim Zaidan membahagikan keadaan wanita mustahadah kepada empat seperti jadual di bawah (turut disertakan ialah cara-cara menentukan sama ada itu darah haid atau istihadah):

Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.

Hukum-hukum Istihadah
Memandangkan istihadah bukan darah haid dan dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya perlu setelah tamat tempoh haid.
Bagi wanita yang berada dalam keadaan istihadah juga, mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Namun mereka perlu berwuduk bagi setiap kali solat yang hendak ditunaikan. Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Perlu diingat bahawa wanita mustahadah perlu berwuduk untuk satu solat, bukan satu wuduk untuk dua solat. Ini bermakna, wanita mustahadah tidak boleh “menyimpan” wuduk bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.
Selain itu, wanita mustahadah juga perlu membersihkan darah istihadah itu setiap kali sebelum berwuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam konteks zaman kini, penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.
Mungkin bagi wanita yang telah berumah tangga, mereka tertanya-tanya, apakah boleh mereka “bersama” suami? Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berkata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Namun hakikatnya, tiada sebarang larangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat dalam hal ini. Jadi, berdasarkan hukum wanita mustahadah dibolehkan solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat bahawa mereka boleh bersama suami.
Rujukan:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

Sumber: SOLUSI

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi