Followers

Translate

Tuesday, May 21, 2013

Wawa punya pasal, aku tersampai juga ke UPM akhirnya


Memulakan perjalanan seawal 7 pagi dengan ditemani matahari yang sangat cantik. Nak dijadikan cerita sehari sebelum ke kl, join menembak dengan pelancong luar negara, tapi aku terlupa bawa memory card. Gambar bawah ni, matahari memalu nak keluar (17 mei 2013)


Sesampai di pudu tengah hari tu, naik train dan jumpa wawa di KL central. Then kawan wawa bawa pi makan kat IKEA.


 Turun dari train komuter serdang terus ambil teksi ke kolej 6, untuk mengambil baju dan bip. Tinggal 20 minit je lagi tamat masa mengambil. Syukur sempat. Lama sungguh meninggalkan UPM. Banyak perubahan berlaku. Baik yang bangunan baru dan ada juga yang semakin tidak terurus, terutama tasik2 yang berlambak2 dalam UPM tu. Masjid pun dah berubah wajah. Boleh dikatakan semua bangunan di cat ala-ala coporate logo UPM gitu.
Rata-rata mereka bulatkan mata bila tanya kami dari mana. hehe. Jauhkan kami datang, tapi masa Malakof Penang tu kami berlari dengan seorang akak dari KL, kebetulan adik dia ada kat Penang. Now kami lak datang dari Penang. 2nd time masuk lari macam ni. 
Allah mudahkan urusan kami dengan bantuan pegawai bahagian komuniti UPM. Puan pegawai menghantar kami ke lokasi mengambil baju dan bip, menunjukkan tempat larian dan menghantar ke kolej sebelas dimana tempat kami sewa untuk bermalam. Gara-gara wawa la ni aku sampai gak kat UPM setelah sekian lama.

 Masa bermastautin disini tak ada la nak tangkap gambar bagaikan. Ni baru tergedik nak menyimpan memori lama. Kolej pun dah tak macam dulu. Banyak dah berubah. Yang lagi best kami siap pinjam kad matrik student sebab nak kuar makan malam. Ye la nak masuk asrama kena touch matrid kad untuk buka pintu. Dibuatnya tak ada orang balik malam. tak ke naya kena tidur kat koridor. Seharusnya balik sebelum jam 12 malam. Kalau tak nak kena menjawab dengan guard atau gate kolej dan kunci.

 Pepagi aku dera si salikin ambil kat kolej dan hantarkan ke padang depan fakulti ekologi (antara bangunan paling lama di UPM). Jauh juga nak menapak pergi situ. Ingatkan mula dari padang kawat rupanya tamat kat padang kawat. Kami bersemangat bergambar sebelum memulakan larian.

Jangan cakap la, laluan memang berbukit la. UPM memang banyak bukit bukau. Malam sebelum milo pun UPM ada buat Nite Run untuk warga UPM. Hari yang sama larian Milo ada larian juga untuk bebudak Palapes dari KOSAS, UPM.
Yang canggihnya badan kami 2 kali di scan menandakan kami ada dalam larian dan tidak menipu la kan. Dah macam scan barang. Bila lalu berbunyi la mesin tu.


Lagi 1 km yang terakhir aku dah buget tak dapat tamatkan larian seperti masa yang  ditetapkan. Disebabkan bukit aku lebih banyak berjalan. Jam di tangan tinggal 9 minit je lagi. Sebab awal larian kami bermula lambat, al maklum ramai lagi kat depan tu. Aku pun melajukan larian.
Alhamdulillah sesampai je dah ramai yang sampai, dan paling tak sangka sempat sampai dalam masa yang di kehendaki iaitu kena tamatkan larian dalam masa sejam setengah.
Ambil medal dan wawa dah tungguh kat depan tu.
Terus highfive dengan wawa dan kami berpelukan. Tak sangka ooo, berjaya tamatkan larian, dah tu tamat dalam masa ditetapkan dan dapat medal. Aku terus buat sujud syukur. Macam lautan manusia kat padang kawat tu. Pengacara Faizal Ismail (FBI) hot Fm tu mengelolakan majlis.


Rasa macam gah sangat buat meja bebanyak ni ditengah padang lapang

Paling best adalah minum milo sepuas-puasnya. bercawan-cawan rasanya tak terkira. Cuma sedih makanan  banyak habis dan mengubat kelukaan dengan tapau milo masuk botol.hehe.
Kemudian sambung jalan kaki balik kolej 11. Rasa kami dah melangkah lebih 7km hari tu.

Kali kedua berlari macam ni. Aku pun macam tak percaya apa aku buat sampai sanggup berlari di KL. Pasni kena berfikir-fikir jika perlu bermalam untuk berlari. Wawa oh wawa...pepun credit pada wawa sebab buat saya ada pengalaman indah macam ni. Wawa ni positif sangat. 

Tapi masih berfikir-fikir untuk daftar Penang Bridge open women 10 km. Wawa dah daftar. Macam mampu masuk fun run je..hehe..7km. Sebelum 31 mei kena daftar. Kalau tak harga makin naik.

Pepun ia pengalaman indah dan mengubat rindu pada UPM, track larian adalah track aku semasa berbasikal  di UPM dulu.

Ini ada larian percuma dan korang hanya daftar menggunakan bahan kitar semula, sijil dapat, baju dapat, ada cabutan bertuah, dll. Pakat-pakat la kumpul barang kitar semula dan pi daftar.

Friday, May 3, 2013

Bunga-bunga pujaan cek yan














Seronoklah mengikut cek yan bershoping pokok bunga dan pasu di semenyeh, singgah sebentar sebelum menghantar wawa (opismate) ke hotel untuk mengambil peperiksaan mara keesokan harinya.
Di budak deybab sebelah rumah kat bangi, nomey sangat. Kalau datang lagi sekali nanti mesti dah pandai berlari agaknya.

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi