Selamat tahun baru kat semua penduduk bumi.. wah macam ada yang duduk luar bumi lak aku nak wish tahun baru..kiki...Tapi kalau ada pun apa salahnya..Aku nk ucap selamat juga.
Walau apa jua keadaaan tahun baru bagi aku setiap hari adalah hari-hari baru buat aku..Kita
akan hadapi setiap hari dengan bnyk hal baru yang kekadang tidak terjangkau dek akal kite sebagai manusia. Sebagai manusia biasa kekadang aku juga ada rasa kecundang walaupun semangat setiap hari perlu ditiupkan...Syukur aku tergerak hati untuk mambaca buku langit ilahi..Tuhan tidak akan lupakan kita..Sangat banyak atau banyak sangat manfaat yang aku dapat...
Walau macam mana keadaan kepayahan,keperitan,kegembiraan,kesedihan,kegemilangan Allah akan sntisa ada bersama kita...Tidak sesekali akan melupakan kita baek kita ni jahat atau baek. DIA tetap tidak menghentikan oksigen walaupun kekadang kita telah melakukan perkara yang ditegah. Ingatlah sesekali pun DIA tidak akan melupakan kita. Kita yang terlupa adalahkn.. Sebaliknya bersyukurlah atas dugaan atau kesakitan yang diberi kerana DIA sayang kita. DIA mahu kita sentiasa ingat bahawa kita adalah hamba yang mesti sntiasa ingt kepada Tuannya iaitu pencipta kita,Allah s.w.t. Jangan jadi seperti Firaun yang mengaku tuhan. Firaun tidak pernah bersin selama 500 tahun.
Walaupun hampir semua yang aku rancang untuk tahun depan telah terkubur semuanya sebelum sempat memasuki tahun 2011,memanglah sedih tapi aku percaya ada yang lebih baek buat ku...aku percaya kerna Allah telah merancang yang terbaek buat aku. walaupun aku rasa rancangan aku sudah terbaek mungkin ada hikmah disebaliknya. Sapalah aku untuk menyalahkan takdir. Moga rezkiku yang masih dilangit dapat diturunkan kebumi dan yang masih didalam perut bumi dikeluarkan buat aku.
Jika hatiku tersasar doakanlah aku kembali mengingatiNYA.Kerna aku hanya hamba yang lemah. Dengan indah aku ingin kembali kesyurganya tempat asal kite semua sebelum Nabi Adam dicampakkan ke bumi.
Buat peringatan diriku dan pembaca semua, kembalilah berpegang pada landasan kita iaitu Al-Quran dan Sunnah dalam menjalani kehidupan kita ini. Hidup ini hanya sementara yang kekal selamanya adalah alam Akhirat nnt. Teruskan mencari cinta dalam Islam sebagai agama yang syumul.
Selaklah kembali lembaran-lembaran sejarah islam. Cabarn mereke lebih kuat dari yang kita hadapai sekarang ini. Janganlah sesekali berputus asa. Allah s.w.t sentiasa ada bersama kita. Moga tahun baru ini makin menjadikan kita hamba yang sentiasa dekat pada penciptanya. Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment