Followers

Translate

Sunday, January 9, 2011

MAAF...aku KOLOT

Syukur di lahirkan dlm keluarga yang serba sederhana. Terkadang fikir gak bestnyer kalau hidupmewah. Tapi sekarang dah tak ada fikir sangat. Sangat-sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni.

Serius kat sini aku memang nak mengaku aku memang kolot. Aku memang selalu berperasangka baik kat semua orang. Tak pernah rasa syak wasangka, tapi tu lah senang juga kena tipu. Kekadang sedey gak diperlakukan sedemikian. Sejak aku sekolah aku rasa semua orang baek. Kalau tengok cerita dalam tv tu aku rasa watak-watak orang jahat tu sume lakonan belaka. Bila dah habis belajar dan bekerja ni serius aku mcm baru sedar bahawa watak dlm tv tu ada betulnye. Silap aku ker kerana menganggap semua orang dikeliling aku adalah baek. Aku tidaklah bermaksud bahawa aku ni seorang yang baek. Inilah antara cabaran kehidupan buat aku.

Sejak sekolah rendah hinggalah di tingkatan 6 atas, semua kengkawan bertudung. Itulah yang menyebabkan aku menyatakan bahawa semua orang adalah baek. Tapi rupanya mereka bertudung kerana terpaksa takut dengan cikgu disiplin. Memang agak memberontak juga kadang-kadang ayah tak bagi aku ikut berjalan jika aku
tidak memakai jilbab sejak aku tadika lagi. Tapi sekarang aku faham kenapa ayah bertindak demikian.

Aku minat juga bahagian agama tapi minat juga sains. Tapi dh ketetapanNya aku ambil bidang sains. Sebenarnya aku nak cerita kenapa aku rasa aku kolot.

Kisah pertama:
Aku penah menangis kerana kawan sekelas ku ingin berkahwin sehingga tidak menyambung persekolahan. Sedangkan keputusan PMR kami boleh dikatakan cemerlang. Aku pun xtau dimana dia sekarang. Tapi yang aku tau, ibunya suruh berkahwin untuk mengelakkan mereka terjebak perkara yang tidak elok. Tapi sayangnya,apalah salah tggu lepas SPM. Bukan lama sgt pun 2 thn jer lagi. Kolotkn aku bila menentang perkara-perkara percintaan apatah lagi perkahwinan diusia muda. Sebab itulah juga aku kehilangan cinta pertama aku. Maafkan sy Mr R. Sy Sungguh setia pada awak sehingga sy tamat pengajian. Sy juga terpaksa menghampakan mereke-mereka yang cuba dekati sy sebab sy pegang janji sy pada awak kerna sy percaya cinta pertama itu yang terbaek buat saya. arghh..jadi baek pulak bersaya-saya. Kolotkah aku berfikiran demikian. Tapi aku redha itu semua Qadaq n Qadar. Sekarang aku nak cari orang yang sudi jadi Imam aku. Dan aku bersedia menjadi makmum buatnya. Persoalannya ada ke yang sudi jadi imam aku?

Kisah Kedua:
Semasa di tingkatan 5, memandangkan kami akan menghadapi SPM. Kami sering belajar secara berkumpulan. Kadang-kadang umah A, umah B dll. Tapi kami selalu pi umah A(islam), sebab mak dia tidak bekerja. Mak dia rajin masak western dan bagi kami makan. Nak dijadikan cerita sy terperasan ada air tin kencing setan dlm peti ais. Tak perlu saya nyatakan jenamanya. Bila ditanya A kata buat2 panas badan jer. Tak kuat ler. Dan saya mula kurang ikut study group jika dirumah A, kalau ada pun juadah sy berkias tidak makan atau sudah kenyang. Telah terdetik dihati sy kenapa ada kawan sekelas aku yang jadi begitu. Apakah itu yang diajar disekolah. Makayah dia tak marah ker. Mustahil bukan. So boleh gambarkan mmg famili mereke minum bende tu. Nak dijadikan cerita sekali lagi aku 1 sekolah dengan A semasa tgktn 6. Aku dpt tau dia selalu g club dan pernah terlihat gambar dia berpelukan dengan perempuan(cousen kata A) sambil memegang air kuning berbuih..bukankah itu air kencing setan. Sejak itu aku mula menjauhi A, kerna aku tak terdaya untuk menegurnya. Lagipun tidak sekelas. Sebaliknya hanya doa yang mampu aku lakukan. Maaf A, aku bukan tidak mahu berkawan tapi aku memprotes keras perlakuan kamu.

Kisah Ketiga:
Terang lagi nyata bahawa mewarnakan rambut adalah haram. Selain merubah ciptaan Tuhan ia juga menyebabkan air solat atau mandi wajib tidak sah. Tak payah aku terangka sebab pembaca mesti sudah faham. Hal ni nampak remeh dimata korang tapi bagi aku besar. Kalau girl mungkin dia uzur so bley r warnakan selama dia tidak boleh solat. Tapi bagaimana dengan lelaki? Sekali lagi aku tidak dapat berbuat apa-apa pada sahabat-sahabat ku ini. Nak ditegur takut kata busybody. Lagi pun masing sudah besar dan ada kehidupan sendiri. Kadang-kadang rasa nak je aku potong rambut mereke tu bagi botak. Aku tak faham macam mana yang bersolat dengan rambut berwarna, diterimakah?. Tapi sapalah aku untuk menghakimi mereka.

Tapi itu belum masuk bab tak bertudung dan berpakaian seksi. Rasanya nak je aku belikan baju, kain atau apa saja yang boleh dicapai tangan untuk menutup anggota-anggota yang terdedah pada tayangan umum itu. Kolot ke aku menolak untuk tidak mewarnakan rambut? Kolot ke aku tidak memakai pakaian ketat seperti kalian. Ye memang aku kolot dan kadang aku rasa tertekan. Namun aku tidak punya hak untuk menegur kamu wahai sahabat-sahabatku. Moga hati kalian cepat mendapat petunjuk dariNya. Makbulkanlah doaku ini.

Kisah Keempat:
Kalau kat umah hari-hari makayah kejut bangun subuh. Kalau tak bangun mau kene bebel panjang punya. Pergh bila masuk asrama lain jadinya. Sahabat-sahabat aku yang solat tu alhamdulilah la. Tapi yang tak tu, aku jadi sangat sedeh. Macam aku cakap, sume dah beso dan aku tak mahu aku dikategorikan sibuk jaga tepi kain. Tapi selalu juga aku perli, yang faham tu baguslah yang wat dek je payah nak kata. Aku tau aku tak la baik sangat. Solat pun kadang-kadang terlepas dan aku cuba kadak. Bayangkan 3 tahun aku duduk dengan kalian, bila diajak atau ditegur baru solat. Inikan pula kita dah berjauhan. Aku harap korang ingat aku sebab aku tegur aku sayang korang, bukan aku benci korang. Aku doa korang buatlah perkara yang wajib korang buat seikhlas hati. Kalau jumpa korang harap korang tak benci aku.

Kisah Lima:
Pernah kerje 1 company cina. tu aku tak kisah le. Yang buat aku paling sedih pekerje-pekerje melayu pun sama tak solat. Tapi tetap bersangka baik, mungkin nanti akak dan abang tu solat kat umah. Kat opis banyak keje. Tapi apa yang buat aku paling sedey kalau ye pun tak puasa janganlah makan dikhalayak ramai, siap ajak aku g makan sekali tanpa segan silu berkata "nak ikut ke nak tapau" sedangkan tahu itu bulan Ramadhan. Malulah sikit. Mana pergi perasaan segan dan kesedaran mereka. Sehingga satu hari aku tidak dapat menahan air mata kesedihan, berlarilah aku ke bilik air. Kenapa ada orang sekeliling aku jadi begini. Kenapa ia bukan cerita dalam tv yang hanya rekaan. Abang tu tak sakit, malah badannya sangat sehat. Inikah budaya zaman sekarang? Kolotkah aku menolak insan yang bergelar melayu islam terang-teragan membuat perkara ditegah?


Maafkan aku kerana kolot.kolot.kolot... Bagi aku yang salah disisi Islam tetap salah. Perlu ditegah. Tapi mampukah aku berbuat demikian pada sahabat-sahabatku. Aku juga insan yang lemah serba kekurangan. Serius aku ulang sekali lagi aku memang kolot. Maafkan aku kerna jadi sahabat korang yang kolot. Ini adalah luahan hatiku. Memang benar-benar terjadi dalam kehidupan seharian. Namun aku tetap tak akan berubah anggapan bahawa orang disekeliling ku semua baik. Percayalah hidup didunia ini hanya sementara kerna yang kekal lama adalah disana nanti.

Yang baek datang dari Allah yang buruk datang dari diriku.





2 comments:

HIDAYAH_MUTIARAKU said...

ulang pembacaan..hehehe..nak say yang..post u terbaik la gurl..i suke sngt2...bce ulg2 pon xbosn..

yayashimano said...

wah mai..baca lagi ker?tq..tak sangka kamu ni kuat membaca owgnya...apa yg baik dijadikan contoh ..yg buruk dijadikan tauladan

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi