Followers

Translate

Tuesday, June 21, 2011

Sekali lagi mengenai dadah


Assalamualaikum pada semua pembaca.

Nampak gayanya sudah lama saya tidak berkarya disini, Oleh kerana kekangan masa yang sangat ketara kebelakangan ini.Namun sy masih membaca dan mengikuti blog2 lain.

Gayanya saya ingin berkarya mengenai topik yang sama dan kali terakhir saya berkarya disini. Ia mengenai DADAH. Ini kerana di tempat kerja saya tadi ada pameran dan ceramah mengenai barang terlarang ini iaitu dadah. Gusar hati saya bila ada pasukan Agensi Anti Dadah kebangsaan(ADDK) kelihatan disitu. Rasanya,kejadian lama atau boleh dikategorikn sebagai fobia muncul semula walaupun ia hanya sekadar pameran. Janganlah pula anda membayangkan saya terlibat sama tetapi saya dikelilingi oleh masalah ini.

Banyak sangat perkara yang saya tanyakan pada saudara penjaga pameran. Pada awalnya kelihatan raut wajahnya, amat mencurigai saya. mungkin kerana soalan-soalan panas dan pelik dari saya. Mungkin dia fikir saya salah seorang atau ada ahli keluarga yang terlibat dengan dadah. Banyak kali beliau nyatakan sebarkan pada ahli keluarga. Akhirnya saya dapat lihat bagaimana yang dikatakn syabu/ais yang sering dijadikan 'barang mainan terkenal ' buat masa ini. Syabu datang dlm bentuk serbuk. Ia boleh dilarutkan. Ia mudah didapati. Jika tersilap gaya di makmal universiti juga boleh dibuat syabu ini. Ini kerana pelbagai bahan kimia boleh di bawa masuk sebagai satu proses pembelajaran,tetapi jika disalah gunakan ia mendatang keburukan. Mungkin kerana saya pernah terlibat dengan serbuan, jadi banyak yang saya tanyakan untuk menjadikan manusia yang lebih berhati-hati dalam pergaulan.

Dadah ini tidak mengira pangkat. Bukan sahaja pada mereka yang kurang pengetahuan tetapi pada mereka yang berjawatan tinggi juga seperti peguam,doktor,ahli bina badan dan ramai lagi. Terkejut saya bila dikatakan peguam dan doktor juga ada mengambil dadah. Mereka terlibat adalah disebabkan tekanan kerja,manakala yang golongan rendah disebabkan pengaruh kawan dan kurang perhatian keluarga.

Kategori dadah yang paling popular adalah ais dan yang paling terkini adalah stiker gula2. Ais @ syabu didatangkan dalam bentuk serbuk. Ia boleh dilarutkan dalam air. Mengikut keterangan pihak penganjur, biasanya dadah akan disuntik pada pelapik air kotak. Kotak masih kelihatan baru dan kita pun minum. Tidak kira lelaki atau perempuan,berhati-hatilah apabila menerima air kotak orang yang kita tidak kenal atau berkongsi minuman menyebabkan kita juga terminum sama ais. Beringatlah sahabatku semua. Buat diriku juga. Kadang-kadang juga ada jenis dadah cecair, Ia akan dicalit pada rokok. Berhati-hati pada yang suka share rokok ya. Kata penagih nikmat syabu 6 kali ganda nikmat seks. Beliau ada juga menceritakan nasi kandar atau beriani yang menjadi ketagihan pemakan, atau ada juga dilabelkan sebagai nasi kandar dadah. Ini adalah kenyataan yang dadah memang telah diletakkan dalam nasi tersebut menyababkan pelanggan gian untuk datang makan lagi. Namun masih belum ada akta yang menghalang dadah diletakkan dalam makanan lagi.

Stiker gula-gila dihisap dilidah larut sebagai dadah,sekeping kertas sebesar duit 5 sen pun boleh dan telah dijadikan 'barang' oleh USA. Siapa sangka bukan.harga sekeping kertas gula-gula dadah ini mencecah rm 180 sekeping. Ia menggunakan konsep plastik gula udang yang akan larut juga dalam lidah kita. Macam-macam kaedah ya mahu dapatkan 'barang'. Bayangkan jika hanya membawa sekeping a4.wow cepatlah kaya.

Dalam kategori ubat juga ada batasnya dan perlu ikut nasihat doktor dalam pengambilan. Jangan sampai terambil pil hayal yang di anggap panadol biasa.

Pesanan saya dan perkonsgsian ini saya harap dapat memberi sedikit manfaat untuk mengenali dadah. berhati -hatilah semasa menerima air kotak dari orang yang kita tidak atau gula-gula yang telah di olah menjadi 'barang'. Beringat sebelum terlambat. Berwaspada dalam memilih kawan. ''SAYA BENCI DADAH''

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi