Hari ini sekali lagi aku di suruh untuk menjaga projek membuat longkang di hadapan gudang BMW ***. Projek ini telah mendapat surat amaran kerana kelewatan pembikinannya. Oleh yang demikan, anak-anak buah ku telah diminta untuk memberhentikan kerja lain buat sementara waktu dan dihantar untuk membantu kerja-kerja membuat longkang.
Aku pun sekarang sudah menjadi sangat hitam tak hingat. dah hangit. muka macam bontot kuali berkilat,berjeragat,berjerawat sakit tak hingat arghhh tengah merana jerawat sakit ni. Kesian kat aku kan. Kesian gak kat mak aku penat lahirkan aku putih-putih sekarang kerja dah macam apa. Agak-agak mak aku sedih tak tengok aku macam ni? Dulu keje duk selalu main tahi. Sumbat sana sini,walaupun bukan aku yang buat tapi aku teman pekerja aku buat keje. Korek longkang tersumbat, duduk rehat tepi jalan. Keje jelah selagi mana terdaya. Sempena bukan ramadhan yang bakal tiba ni. Kerisauan melanda. Tak tahulah aku mampu untuk bertahan atau tidak. Kalau belajar masa kat sekolah dulu cikgu ada cakap kalau kita bekerja keras sepanjang tahun dibolehkan tidak berpuasa tetapi ada lah syarat-syarat lain. Mohon diberi kekuatan untuk aku bekerja di bulan ramadhan ini dan keadaan cuaca yang sangat indah selama sebulan Ya Allah.Amin
Projek ini dijaga oleh budak praktikel ditempat aku. Jadinya aku tumpang jaga jer disebabkan anak-anak buah aku semua berada disini. Tempat lapang dan sangat terik. Adalah 2 batang pokok. Tapi alahai keding sangat. Nak berteduh pun tiada tempat.Termasuk pekerja yang sedia ada membuat longkang dan anak-anak buah aku adalah 12 orang yang aku kena pantau mereka buat kerja. Aku nak mengarah sangat pun aku tak reti sebab kerja ini tidak dikawalselia oleh aku. Karang salah arah, jadi lain pula.
Projek ini adalah untuk menggantikan beg yang mengandungi pasir yang diletakkan di tepi tebing longkang dengan batu-batu besar campur simen. Ala yang macam kat mana-mana longkang besar. Ada 3 kawasan tapi ini adalah kawasan paling pendek. Itupun macam parah je aku rasakan. Antara kerja yang dilakukan adalah alihkan dan angkat batu besar-besar, bancuh simen,tolak kete sorong yang ada simen,(bos aku panggil bolbero), korek pasir dalam longkang, ratakan tebing pasir, kemudian tutup dengan kain untuk mengelak hakisan.
Macam biasalah bila bos datang dia mesti cari kesalahan untuk dimaki hamun. Kadang-kadang siket punya hal pun dia nak maki. Ada je lah. Bos kalau dah maki mana ingat nak berhenti. Habis semua perkataan mencarut kuar dari mulut dia. Dulu masa mula-mula kerja aku memang tak berkenan nak dengar bos maki. Kalau nak marah,marah je la. Tak payah la nak mencarut bukan-bukan terutama pasal sex. Dia selalu maki lucah-lucah. Leceh betul la aku nak dengar. Memanglah hak dia nak marah. Bos lah katakan. Tapi toleh-toleh la kiri-kanan. Walaupun aku sorang sahaja perempuan pekerja dia kat tapak, arghhhh lucah betul la. Tapi sekarang aku dah biasa kot. Sebab bos kalau maki memang suka cakap xx@$&*L&@$%# sangat banyak. Dah jadi macam makanan dia,dia kata la. Dan setiap kali dia marah-marah pasti aku buat muka tak tahu, tak menyampuk, diam jer, buat tak reti, buat tak faham. Kalau menjawab nanti lagi banyak dia cari kesalahan. Biarkan saja dia terus bebel sampai dia puas hati. Yang paling penting kalau dia maki lucah perkataan itu akan bagai angin lalu saja dalam diriku...hahaha..aku suka...dia nak cakap apa cakaplah. Sebab akan masuk telinga kanan dan terus keluar telinga kiri. Tak akan aku benarkan sangkut sedikit pun dalam telingaku. Bernanah dan penuh dosa jer. bos oh bos. Boleh tak kalau nak marah tu marah je la. Tak payah la guna perkataan 18sg.18xl,18 xxl dan apa sahaja yang sekutu itam dengannya.atoyai.apa pun tak boleh. Jangan marah-marah selalu bos. Nanti kena sakit jantung.
No comments:
Post a Comment