Assalamualaikum w.t.h. Apa khabar kalian semua? Diharap sehat dan dilindungi rahmat selalu. InsyaAllah. Kesihatan ku kurang memberangsangkan sejak raya pertama lagi. Hari ini semakin melarat jadinya. Sudah lama rasanya aku tidak berkarya kerana menyambut lebaran di kampung ku,Teluk Anson atau lebih dikenali sebagai Teluk Intan,Perak. Tidak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Salam Aidil Fitri pada semua umat islam di dunia ini. Minta ampun dan maaf jika sepanjang berkarya ini ada yang menyinggung perasaan kalian.
Mungkin kalian tertanya-tanya apa kaitan rokok vs syawal yang ingin aku sampaikan dalam ruangan kali ini. Seperti yang kita semua sedia maklum,rata-rata perokok adalah terdiri daripada lelaki. Namun dewasa ini ia sudah menjadi sebahagian daripada trend bagi golongan wanita pula menjadi perokok. Saya harap anda bukan orang yang saya maksudkan. Anda bebas dari menghisap rokok tapi anda kena ingat bahawa anda tidak dapat bebas dari asap rokok waima lelaki atau perempuan mahupun orang tua dan kanak-kanak.
Bulan Ramadhan adalah bula puasa iaitu menahan dari lapar dan dahaga termasuklah juga menahan dari menghisap rokok. Adakah anda orag yang berjaya menahan nafsu tersebut. Sebaik sahaj abulan syawal tiba..ketagihan,keinginan menghisap rokok kembali meluap2 bukan. Lihat sahaja jualan rokok di tempat kerja ku sehingga boleh diistilahkan kering kontang. Disebabkan cuti syawal beberapa hari,maka penghantaran rokok juga bercuti. Keluh resah, raut wajah yang rata-rata kecewa,resah kerana hampa rokok tiada. dalam kotak fikiran aku''diorang ni makan rokok ker? makan la ketupat ker,lemang ke,lagi berfaedah''. Walaupun sudah beberapa hari syawal berlalu. Keadaan masih sama, rokok tetep laris bak goreng pisang panas. Hantar la berapa banyak carten rokok,pasti habis. Kemana sifat-sifat ketahanan semasa bulan ramadhan dahulu. Kenapa tidak diamalkan sampai sekarang? Moga kalian dapat mengurang sedikit demi sedikit ketagihan merokok ini.
Ada lagi satu yang aku ingin kongsikan disini. Korang tahu tak bahawa untuk memasuki negara Singapura korang tidak boleh membawa kotak rokok dalam keadaan penuh. Korang boleh ditangkap kerana menyeludup rokok. Patutlah ada segelintir perokok akan mensedekahkan rokok apabla membeli. Malaysia ada ke buat macam tu. Bagi bawa masuk bercarton-carton lagi adalah. Bagus juga dia sedekah,dari 10 batang dia akan hisap 8 batang sahaja.
Kepada perokok tegar,kurang-kurangkan lah merokok tu,banyak keburukan dari manfaatnya tu. Pada yang tak merokok pandai-pandailah bawa diri menjauhi asap rokok tu. Pada yang ada niat nk mencuba tu lupakan lah terus,banyak lagi benda lain yang kalian boleh cuba.