Followers

Translate

Tuesday, September 27, 2011

aku keliru kebelakangan ini

Aku seperti kekeliruan kebelakangan ini. Terlalu banyak perkara yang menghambat kotak fikiran. Apa sebenarnya yang merobek hatiku sehingga aku menjadi gusar. Apa yang aku fikirkan hingga aku kerap kali sakit kepala. Tidurku juga tidak lena seperti sediakala. Arggghhh aku buntu bila memikirkan apa sebenarnya menjadikan aku begini. Aku sendiri terasa aku semakin sukar untuk tersenyum atau berbual. Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tidak.

Satu hari aku sudah mendapat pekerjaan yang lebih elok angka gajinya tetapi ayah pula kelihatan agak berat membenarkan aku pergi. Hatiku berbelah bagi.
Namun aku lebih rela melihat ibubapa gembira daripada aku membuat mereka risau tentangku setiap masa. Dengan berat hati aku menolak jawatan tersebut demi kebaikan semua. Aku dipanggil temuduga lagi.wah rezeki mencurah-curah namun ada sesuatu yang telah mencuri hatiku..jengjengjeng....Terus menyenakkan pemikiran.

Ditambah pula dengan kematiann seekor anak kucing yang ku panggil 'adik' yang bakal menjadi 'merah jr' sebelum waktu maghrib tadi. Punah sungguh harapan unuk mendapat pengganti si erah. 'Adik' mula tidak boleh berjalan sejak pagi dan keadaan semakin lemah menjelang tengah hari apabila aku memberikan minum air zam-zam buat kali ke 2. Sebelum aku pergi kerja, aku memberikan kata-kata semangat pada 'adik',''adik kena kuat, nanti along balik kerja along nak tegok 'adik' sehat yer''. Sudah suratan takdir adik pergi menyambut seruan Ilahi sewaktu aku cuba memberikan air zam-zam. 'Adik' tidak minum habis sebaliknya terus sesak nafas. Semasa memberikan 'adik' air zam-zam melalui picagari kelihatan lidah adik sedikit terputar dan aku tahu itu tanda ajal sudah semakin menghampiri. Aku memanggil adikku fuad untuk memberitahu keadaan dan kena redha dengan apa yang bakal berlaku. Air mataku mula berguguran apabila 'adik' menarik nafas pertama yang agak kuat. Fuad berkata ini kali kedua dia tengok kucing nazak sampai terkencing-kencing. Lalu kelihatan ada air kencing 'adik' maka aku tahu, adik bakal pergi meningglkan kami. Lama 'adik' diam. Tetiba 'abang' pula datang menjilat 'adik' tetapi aku tarik supaya tidak memijak air kencing 'adik'. 'Adik' tarik nafas lagi dengan kuat buat kali kedua. Aku usik 'adik' dan 'adik' cuba membengkokkan badan. Air mata sudah tumpah ke bumi. Tidak dapat ku tahan lagi. Adikku pula mengusap 'abang' yang kelihatan agak gelisah dan bising seakan-akan tahu apa yang bakal berlaku pada 'adik'. Lama ku tunggu sambil mengusap 'adik' dengan berkata''jika ini yang terbaik buat 'adik','adik' pergilah dengan tenang dan mudah,along tak nak tengok 'adik' terseksa dan akhirnya 'adik' menarik nafas panjang dan itulah hembusan terakhir buat 'adik' yang pergi mengadap ilahi penciptaNya. Semakin kuat air mataku keluar. Aku masih mengusap 'adik' sambil aku rapatkan matanya yang terbuka serta mulut yang ternganga. 'Adik' dah tidur buat selamanya. 'Adik' seakan faham yang dia menunggu aku pulang berehat dari kerja agar dapat menemaninya. Dengan keadaan mata merah aku sambung bekerja dan aku harap tiada siapa yang perasan. Tidak tahu kenapa aku terlampau mudah menitiskan air mata apabila kematian kucing. Pernah satu ketika mataku kelihatan bengkak apabila pergi kerja dan sahabatku perasan akan keadaanku. Kematian si erah sehingga dimasukkan ke icu, pengorbanan ayah membayar duit rawatan si erah yang mencecah lebih RM500.00. 3 hari juga baru aku boleh terima pemergian si erah. Terlalu sayang. 

 Tekanan seperti menimpa-nimpa kebelakangan ini atau aku sahaja yang terlalu banyak berfikir. Terlalu memikirkan nasib hidup ku yang belum betul-betul terjamin. Terlalu kesuntukan masa tidak sampai 2 bulan sahaja lagi. Seperti menjadi satu beban besar dalam otak fikiran ku ini. Ayah terlalu berharap agar aku mendapat pekerjaan yang lebih stabil sebelum dia pencen. Tapi tengoklah pekerjaan ku sekarang. Walaupun ayah tidak pernah menyebut hal kahwin dengan ku tetapi aku amat memahinya dari penceritaan adikku. Masalahnya aku sendiri tiada kekasih hati. Bingung aku memikirkan apa yang perlu dilakukan. 2 Bulan...oh mampukah aku berbuat sesuatu?terdayakah aku?

Mungkin kerana jiwa terganggu,fikiran kusut. Jadi saban malam aku mimpi yang pelik-pelik. Tidak tahulah itu petanda baik atau buruk. Kerana aku ini jenis jarang sekali bermimpi. Tetapi selalunya mimpi aku ini insyaAllah dimasa akan datang akan menjadi kenyataan. Nak hingat semua mimpi dan tulis disini nanti banyak la pula. Tapi mimpi yang aku paling ingat adalah,sahabatku Rahila Arshad yang pernah ku tentang haknya atau buah fikirannya untuk menukar kereta baru atas sebab-sebab yang aku rasakan sangat munasabah. Sebab tentangan ini hubungan kami agak renggang. Aku tahu dia suka Myvi. Ada satu malam tu aku bermimpi Rahila  atau ku panggil Ila datang berjumpa ku membawa kereta baru warna emas hitam,kelihatan seperti savvy. Terjaga dari tidur dan terus menghantar pesanan ringkas melalui telefon bimbit dan dia membalas dengan senyuman. Kami terus berbalas pesanan ringkas sehingga Ila memberitahu bahawa dia ada 'Test drive' Myvi 1.5 petang semalam. Sedangkan kami sudah sebulan tidak berhubungan. Bagaimana mimpi ku itu kelihatan seperti firasat besar. Sejak itu hubungan kami semakin baik semenjak aku menentang niatnya dahulu. Seakan-akan merajuk. Mimipi jadi realiti.

Mimpi lain yang aku masih ingat adalah diriku sudah hampir mati disebabkan aku sesak nafas. Memang kebelakangan ini aku tidak sihat. Masalah hidungku yang sering tersumbat dan mengeluarkan lendir hijau apabila pagi. Aku tahu aku sudah terkena alahan teruk sejak dari asrama lagi. Dalam mimpi yang nyawaku hampir dicabut itu tiba-tiba emakku datang tolong menyelamatkan. Kebetulan emak ku penah bekerja sebagai jururawat. Akhirnya nyawaku dapat diselamatkan. Memang di akui hubungan aku dengan bondaku kurang ngam,aku memang la jahat kot. Payah sikit nak ngam dengan bondaku. Mungkin sebab kami sama-sama api. hehe..tapi aku tetap sayang bonda cuma aku tak reti nak luahkan jer. Atau mungkin petanda aku ini banyak dosa pada bonda yang perlu aku minta maaf kerana ajalku semakin menghampiri. Walaupun aku tahu bonda lebih menyenangi adikku tetapi bonda tetap datang menyelamatkan aku yang hampir mati dalam mimpi itu. Jika dilihat pada tafsir mimpi ada yang bermaksud baik dan ada yang buruk. Aku bukan tidak percaya mimpi tapi aku takut yang mimpi aku pasti jadi kenyataan. Tidak tahu baik atau buruk. Sebab aku tahu mak sekarang banyak mengamalkan doa-doa sebagai pendinding diri sejak beberapa perkara besar berlaku dalam keluarga kami. Ada ku baca dari sebuah blog menyatakan tafsir mimpi ku ini yang melihat aku seola-olah belum mati bekmaksud umurku sudah dekat dengan ajal. Sudahkah aku bersedia.Entahlah....

Semalam pula aku bermimpi di patuk ular pada tangan kanan di garaj kereta. Bisanya sudah mula merebak tetapi ada yang datang cuba menyelamatkan aku. Bisa dibuang dengan darah yang begitu banyak. Sehingga aku hampir pengsan. Sehingga bisa dikeluarkan dengan habis, aku diminta berehat kerana tangan kananku kelihatan masih kebiruan. Menurut tafsir mimpi ada yang menyatakan bahawa itu petanda bakal dipinang orang. Yang menjadi masalah adalah aku ni , kekasih hati pun tiada, siapa pula yang mahu masuk meminang ni. Macam mengarut sahaja, manakala tafsir lain menyatakan petanda ada orang menghantar sihir kepadaku. Subhanallah. Aku bermusuhan dengan siapa pula. Moga Allah melindungi hambamu ini yang sangat lemah.

Sesungguhnya aku tidak mencari kekayaan didunia ini semata-mata malah aku lebih utamakan kekayaan diakhirat kelak. Apa guna erti duit berjuta jika sakit terlantar, apa guna umur panjang jika sering berbuat dosa, apa guna berilmu tinggi jika diguna untuk jalan yang salah, apa guna berlari jika merangkak pun belum pasti.

YaAllah, 
Jika rezeki masih di langit Kau turunkan ia kebumi,
Jika rezkiku masih di dalam bumi Kau keluarkanlah ia 
Jika rezki ku terlalu sukar Kau permudahkan ku
Jika rezki ku tiada Kau limpahkan kepadaku
Jika cinta itu benar, Kau getarkanlah hatiku apabila bertemu
Jika hamba mu ini kesesatan, Kau tunjukkan jalan
Jika hatiku gusar, Kau lindungilah hambamu ini
Sesungguhnya Kau Maha mengetahui 
Amin Ya Rabbal A'lamin



5 comments:

HIDAYAH_MUTIARAKU said...

kak..best entri...bab ulr 2..dlm p'bncngn tv3..ad mai tgk..lau ulr patk..bkn krn jodh tp mgkn ad yg niat xbaik dgn kte..jd hti2...ni bkn tfsir..tp memg ikt dlm tatacra islam..ustaz dlm tv yg ckp...:-)...

yayashimano said...

mai:masalahnya,malam semalam sekali lagi akak mimpi dipatuk ular hitam,tapi kali ini tak kena ada yang bantu bunuh ular itu..wisau akk,dalam jangka masa seminggu je mimpi mcm2.tp biarlah kita2 je yg tau.

HIDAYAH_MUTIARAKU said...

kak....napa mmpi kte same je kak???mai penh ctekn kt mkngh yg mai penh mmpi cm akk ckp ni???tp dh bbrape buln yg lalu...ape mksd mmpi 2 kak?ble tgk al hidayah ptg2...mcm2 ustz 2 bg pnergn...mmpi yg kte mmpikn ni mgkn t'golg diantra stu sebb ad org yg nk santau kte...tp 2 sume khndk ALLAH...hrp2 sngt...sume 2 xb'laku...huhu

yayashimano said...

harap xd apa la..mainan syaitan tu..lg pun akk sdg berhadas...lemah sket kot kawalannya

HIDAYAH_MUTIARAKU said...

insyaALLAH...memg syaitan pon..huhu...nti kim slm org sne...:-)...

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi