Bila aku suka seseorang
Aku suka buat dia marah
Sebab aku tak nak dia tahu yang aku suka dia...hahaha..jahat tak aku...
Bila aku suka seseorang
Aku suka buat perangai jahat
Supaya dia nampak aku ni buruk perangai....hahahaha...nakal tak aku
Bila aku suka seseorang
Aku suka buli dia selalu
Agar dia tahu yang aku ni tak baik dan suka membuli
Bila aku suka seseorang
aku suka uji kesabaran dia
sebab dia akan marah-marah dan tak suka aku
Bila aku suka seseorang
Aku suka jauhkan diri dari dia
supaya hubungan kami tidak terlalu rapat
Bila aku suka seseorang
Aku akan keraskan hati macam batu
Sebab aku takut terjatuh cinta kat dia...hahahaha
Kenapa aku buat macam ni
Sebab dulu aku tunggu seseorang tu
Aku setia kononnya kat dia ... eeee
Kenapa aku buat macam tu
Sebab aku takut tersuka kat orang lain pula selain dia
Tapi orang yang aku tunggu tu pun dah ada orang lain...huhu..
Kenapa aku masih buat macam tu
Sebab aku dah terbiasa takut nak suka orang lain
Wahhh...aku dah tak tunggu sapa-sapa jadi bolehlah suka orang lain kan
Kenapa aku buat macam tu
Sebab perasaan takut aku tinggi sangat
Ish tak boleh la aku kena berani
Walau macam mana sekali pun aku suka seseorang
Aku hanya berdoa agar bertemu jodoh dengannya
Kerana Dialah yang berhak menggetarkan hati kami
Moga Allah menjaga hati dan tingkah ku
Kerana aku adalah milik Allah selamanya
Ingatkanlah hambamu ini pada batas-batas pergaulan