Assalamualaikum w.t.h. Topik kali ini mungkin agak serius bunyinya. Tapi itulah hakikat kematian yang kita semua tidak dapat elak baik pun mempercepatkan atau melambatkan walau sesaat.
Waktu kematian itu pasti akan tiba walaupun kita tidak mengundangnya. Apabila tiba detik kematian itu pasti semua yag kita ada di dunia ini ditinggalkan.
Sedekah jariah dimaksudkan dengan pemberian ikhlas bagi membangunkan umat islam bukan sedekah untuk membina pusat maksiat. Sedekah yang pastinya kearah kebaikan, lebih-lebih lagi kepada anak yatim dan orang susah. Sedekah yang tidak perlu menunjuk-nunjuk sehingga masuk muka depan akhbar dengan jumlah sumbangan dipaparkan sebesar mungkin. Ikhlas ke kalau macam ni. Sedekah seharusnya bukan berniat meminta balasan sebaliknya sedekah yang ikhlas pada jalan Allah adalah dengan cara sembunyi-sembunyi adalah lebih baik dari bermegah-megah untuk mencari redha Allah. Kenapa dikatakan sedekah jariah ini dapat membantu kita apabila sudah mati? Ini kerana apa yang kita sedekahkan, jika masih digunakan dan terus memberikan manfaat pada mereka, insyaAllah selagi itulah pahala mereka gunakan pemberian kita itu turut mengalir dalam poket saham pahala kita walaupun kita sudah tiada di dunia ini. Bila kali terakhir anda bersedekah? Apa tunggu lagi ,marilah bersedekah walaupun sedikit. Serendah-rendah sedekah adalah senyuman. Tak kan nak senyum pun payah kan? Jom senyum :)
Antaranya Allah berfirman yang bermaksud:"Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikannya itu adalah lebih baik bagimu"(Surah al-Baqarah:ayat 271)
Ilmu yang bermanfaat yang kita kongsikan dengan orag lain dan orang itu pula kongsikan pada orang lain, maka ia jadi berpanjangan. Ilmu itu mestilah ilmu yang berguna bukan ilmu yang membawa kerosakan. Waima membetulkan bacaan bismillah sesorang. Jika orang itu masih mengamalkan bacaan yang betul, dan mengajarkan pada orang lain pula maka mengalir jugalah saham pahala mengajar ilmu yang berguna walaupun kita sudah tiada diatas muka bumi ini. Mudah bukan untuk mendapat pahala yang berterusan. Apa tunggu lagi, berusahalah berkongsi ilmu yang boleh mendatangkan manfaat kerana itu pasti sangat memberi manfaat pada kita juga dimasa akan datang tanpa kita sedari.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan kepada orang lain, maka baginya pahala yang sama seperti yang diperoleh oleh orang yang membuat kebaikan itu"(Riwayat Imam Muslim)
Doa dari anak yang soleh. Semestinya kita mahukan semua yang terbaik buat anak-anak kita apabila kita tiada lagi nanti. Tapi pernah kita fikir apa yang anak-anak kita boleh berikan pada kita apabila kita tiada lagi? Inilah dia, doa anak yang soleh. Kebaikan doa meraka ini insyaAllah dapat membantu kita dialam sana. Anak-anak yang soleh yang tidak lupakan solatnya,amalannya,tanggungjawanya pada kedua ibu bapa pasti sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa walaupun ibu bapa telah meninggal dunia. Tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat ibubapa kita. Bayangkanlah jika ibu bapa kita terseksa, sanggupkan kita membiarkan mereka sedemikian rupa. Sentiasalah berdoa untuk mereka walaupun meraka masih hidup bersama kita apatah lagi apabila mereka sudah tiada. Berdoalah.
Ingatlah kematian itu pasti datang! Tidak kira masa tidak kira tempat! Tidak kira muda tidak kira tua! Berdoalah agar kita tidak mati dalam keadaan kufur. Bayangkan jika kita mati dalam keadaan membuat maksiat. Subhanallah. Saya sendiri mengingatkan diri saya,begitu juga diri kalian harapnya. Diri saya juga tidak sempurna. Tidak tahu adakah orang yang akan menguruskan jenazah saya nanti. Jika berkemampuan tegurlah saudara islam kita agar kembali pada jalan yang diredhai Allah. Apa yang kita cari dalam hidup ini adalah redha Allah.
Zaman sekarang terlalu banyak yang 'menghalalkan' benda yang haram dengan alasan mengikut trend. Jika tidak ikut dianggap sebagai kolot. Seorang sahabat pernah berkata; kalau ikutan hati nak sahaja mewarnakan rambut, meletak tatu serata badan tapi sebab mengingatkan mati 'duty' mati 24 jam. Bayangkan jika kita mati dalam keadaan beramput perang, badan bertatu, kuku berkuitik(warna), minum air kencing setan dan lain-lain yang ramai semakin 'menghalalkan' kerana trend. Bagaiamana agaknya orang yang nak sempurnakan jenazah kita itu. Kita sudah mati tidak dapat menolong diri kita lagi. Semua akan dibuat oleh orang lain. Dimantikan, disikatkan, diwangikan, dicium buat kali terakhir disembahyangkan dan sebagainya.Mahukah kita mengadap Allah dalam keadaaan hina. Subhanallah. Moga di jauhkan dari kita. Semua yang ada di dunia ini sangat mudah untuk ite perolehi tetapi yang sukar dicari adalah pahala dan keredhoan dari Allah yang kita tidak tahu adakah diterima atau tidak.Marilah sama-sama muhasabah diri kita wahai sahabat dan saudara islam ku. Moga Allah sentiasa menetapkan iman kita walaupun disaat akhir nyawa dicabut dari malaikat nanti. InsyaAllah.
Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah yang bermaksud:"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang salih"(Hadis Riwayat Muslim).

No comments:
Post a Comment