Followers

Translate

Sunday, November 13, 2011

Bubur Merah

Bubur Merah dalam hidup aku adalah sangat istimewa. Paling istimewa kerana dibuat oleh orang yang istimewa dalam hidup aku. Tetapi pasti aku tidak akan dapat merasa bubur merah ini kerana orang yang istimewa itu telah kembali mengadapNya. Yang tinggal adalah kenangan bersamanya yang tidak akan aku lupa sampai akhir hayat aku iaitu arwah nendaku Fatimah Binti Abu Bakar. Alfathihah.


Terima kasih pada mak yang sudi membuatkan aku bubur merah. Nenek kata kalau buat bubur ni ada hajad. Tak boleh buat sembarangan macam buat pulut kuning. Tapi mak buat je. Bila aku makan hari ini aku terus teringat nenek.Walaupun tak sama macam nenek buat rasanya tapi membuatkan aku rindu pada nenek. Lama noli tak jumpa nenekkan. (air mata dah berlinang ni)...Rindu sangat.

Teringat masa dulu bila ada buat bubur macam ni nenek mesti dah asingkan siap-siap dalam pinggan yang bubur merah dengan bubur putih untuk disejukkan. Pastinya akulah orang yang paling tidak sabar. Pernah aku makan bubur yang masih panas kerana tidak sabar. Nah sakit lidah. Sejak nenek tiada aku memang dah jarang sangat makan bubur merah ni. Aku rindu kat nenek. Dia meninggal pada tarikh sehari sebelum hari lahir adik aku iaitu 23 Dis. Tak akan aku lupa tarikh tu. Disaat-saat akhir hayatnya aku sempat menjaganya kebetulan cuti semesta.

Gurauan dia tak akan aku lupa walau sejengkal dari kotak fikran ku. Mandikan dia dengan shower aku yang wangi itu dia pasti tersenyum dan berkata wanginya nenek hari ni. Apabila aku bedakkan dia pasti dia calit bedak di muka aku dan bila aku sikatkan rambut dia yang sikit tu pasti dia sentiasa tersenyum. Sebab sikat macam tak sikat je. Gurauan yang tidak akan aku lupa apabila dia meniup rambut depan ku yang agak berjuraian semasa menyapu minyak didadanya. Serius tak akan aku lupa saat itu. Dan ketika dia begitu sukar untuk membuang air besar ketika hujan sangat lebat. Dan ketika itu aku hampir sejam menemaninya di dalam bilik air dengan sabar.

Sejak nenek sakit terlantar aku sudah niatkan semua pahala bacaan Al-Quran ku dari awal aku sedekahkan pada nenek aku. Sayangnya aku baru habiskan 3 suku naskah Al-Quran itu semasa nenek pergi mengadap Ilahi jam 9 malam 23 dis. Malam itu aku bertekad mahu menghabiskan bacaan. Syukur aku dapat sempurnakan sehingga khatam sehingga subuh hari. Entah dari mana semangat itu datang untuk aku mengaji berjam-jam lamanya. Mungkin niat aku yang sangat kuat itu. Tiada apa lagi yang dapat akau buat untuk nenek. Disaat semua orang sudah tidur aku tetap meneruskan bacaan seorang diri dihadapan jenazah. Tidak sanggup rasanya aku meninggalkan nenek tanpa ditemani. Terima kasih juga pada mak ngah ketika itu menghulurkan satu jak air masak pada ku dikala semua orang telah tidur nyenyak. Tercapai juga niat aku buat nenek tersayang. Nenek,noli tetap sayang nenek walaupun kita tidak dapat bersua lagi.

BUBUR MERAH NENEK BUAT TIADA GALANG GANTINYA :(

* Disaat sibuk jemari menaip luahan,disisi kelihatan miqo tengah menjilat baki bubur ku di mangkuk

3 comments:

HIDAYAH_MUTIARAKU said...

huhuhu...terbaikk....:-(

yayashimano said...

huhu...so sad..t bljr buat bubur merah dr mk ngah

HIDAYAH_MUTIARAKU said...

uit2...sory late reply...hahah...la wtpe la nk blaja dr mkngh kak...jauh2 je...mkteh kn ad...dekat je..hr2 bole tny...

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi