Oleh kerana teralu lama tidak berkarya akibat kerosakan
internet membuatkan hidupku jadi kaku seperti mayat tidak bernyawa. Banyak yang
membeku terus di benak fikiran aku. Menjadi tidak keruan akibat luahan
termendap di dasar hati. Lalu ingin ku gabungkan segenap suka duka sepanjang
2011 yang mungkin sebahagiannya adalah rahsia hidup yang tidak pernah aku coretkan
dimana-mana. Eksklusif gitu. Dan nak buat korang muntah membaca.....hahahaha...
Sambutan awal tahun 2011 sebagai seorang penganggur dirumah.
Kemudian diterima masuk bekerja di
Famarsi D’Apotic sebagai hadiah ulangtahun kelahiran ku. Seketika cuma, reti pula aku nak bermakeup2 ni. Kemudian diterima masuk sebagai kerani tapak di Gelang Patah namun memonopoli tugas di Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP). Turun naik lori tu perkara biasa la. Maki hamun tu dah jadi makanan setiap hari. Telefon bimbit adalah nyawa terpenting. Nak order barang, nak cari pekerja buat keje kat mana, nak minta kunci pintu dari pegawai PTP, kena sentiasa berkredit. Ada saja kerosakan menjerit-jerit la telefon aku tu nanti. Bayangkanlah satu pelabuhan tu aku cover, dapat aduan kerosakan, telefon anak buah pula untuk arahkan mereka ke lokasi dan selesaikan kerosakan. Muka aku memang muka tandas sebab masa aku masuk keje, company aku tengah kontrak repair tandas. Sebab tu aku jaga 1 pelabuhan kerana dimana ada tandas disitu ada muka aku termasuk juga me’repair’ pintu. Untung juga kerana semua tempat aku boleh masuk termasuk la bilik ceo PTP ditemani pegawai polis, tandas pegawai tinggi, kantin, gudang-gudang serta mana-mana tempat yang tersumbat. Pernah pecahkan tandas sebab mahu keluarkan bangkai ular, tandas tersumbat akibat seluar dan baju dalam. Bergelumang dengan najis setiap hari dan semakin hitam kerana jaga projek cat dan membuat jalan disekitar pelabuhan. Akhirnya aku jadi pandai menukar paip dirumah ku sendiri. Termasuk juga menampal sink bocor di rumah nenek. Perkara yang aku tak akan lupa apabila bos memaki hamun kami dengan perkataan ‘anak haram’ telah membuatkan aku meletak jawatan 24 jam. Muka aku memang ‘wanted’ sebabnya aku perempuan yang keje outdoor, pernah kena ‘stop work’ dengan bomba selama 3 jam kena ceramah sebab guna wayar nampak timah, masa tu baru je 4 hari aku bekerja dan yang paling aku tak akan lupa adalah kes dadah pekerja aku buat sampai tebal muka keluar masuk balai mengadap pegawai polis. 2 kali kena rush nasibla aku tak kena buat urine test skali. Sampai sekarang anak buah aku ni semua rajin call aku tanya khabar. Mungkin sebab aku rajin teman mereka buat keje dan sangat kuat membebel jika mereka main-main.hahaha…
Famarsi D’Apotic sebagai hadiah ulangtahun kelahiran ku. Seketika cuma, reti pula aku nak bermakeup2 ni. Kemudian diterima masuk sebagai kerani tapak di Gelang Patah namun memonopoli tugas di Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP). Turun naik lori tu perkara biasa la. Maki hamun tu dah jadi makanan setiap hari. Telefon bimbit adalah nyawa terpenting. Nak order barang, nak cari pekerja buat keje kat mana, nak minta kunci pintu dari pegawai PTP, kena sentiasa berkredit. Ada saja kerosakan menjerit-jerit la telefon aku tu nanti. Bayangkanlah satu pelabuhan tu aku cover, dapat aduan kerosakan, telefon anak buah pula untuk arahkan mereka ke lokasi dan selesaikan kerosakan. Muka aku memang muka tandas sebab masa aku masuk keje, company aku tengah kontrak repair tandas. Sebab tu aku jaga 1 pelabuhan kerana dimana ada tandas disitu ada muka aku termasuk juga me’repair’ pintu. Untung juga kerana semua tempat aku boleh masuk termasuk la bilik ceo PTP ditemani pegawai polis, tandas pegawai tinggi, kantin, gudang-gudang serta mana-mana tempat yang tersumbat. Pernah pecahkan tandas sebab mahu keluarkan bangkai ular, tandas tersumbat akibat seluar dan baju dalam. Bergelumang dengan najis setiap hari dan semakin hitam kerana jaga projek cat dan membuat jalan disekitar pelabuhan. Akhirnya aku jadi pandai menukar paip dirumah ku sendiri. Termasuk juga menampal sink bocor di rumah nenek. Perkara yang aku tak akan lupa apabila bos memaki hamun kami dengan perkataan ‘anak haram’ telah membuatkan aku meletak jawatan 24 jam. Muka aku memang ‘wanted’ sebabnya aku perempuan yang keje outdoor, pernah kena ‘stop work’ dengan bomba selama 3 jam kena ceramah sebab guna wayar nampak timah, masa tu baru je 4 hari aku bekerja dan yang paling aku tak akan lupa adalah kes dadah pekerja aku buat sampai tebal muka keluar masuk balai mengadap pegawai polis. 2 kali kena rush nasibla aku tak kena buat urine test skali. Sampai sekarang anak buah aku ni semua rajin call aku tanya khabar. Mungkin sebab aku rajin teman mereka buat keje dan sangat kuat membebel jika mereka main-main.hahaha…
Semasa bekerja di PTP aku memberanikan diri dengan
menebalkan muka menyertai perlawanan badminton dan berkenalan dengan seorang
staf selaku beregu dan kami telah mendapat tempat ke-4. Pasangan aku bernama
kak asmah dari department workshop. Hadiah medal dan duit yang aku dapat aku
belanja family sebab masa itu adalah hari ibu. Berkenalan juga dengan seseorang
di fb iaitu Syed Hussin yang telah membawa aku kembali ke gelanggang badminton
yang telah aku lupakan sejak tamat pengajian. Syed,zali dan kawan
sepermainan,bila lagi kita ada masa masuk gelanggang bersama ye? Rindu nak main
badminton dengan korang di ‘DJ SPORT’.
Mendapat hadiah sebuah beg yang tertera gambar ku sendiri.
Terharu giler, sapa lagi punya kerja. Adik-adikku la Razanah Aini dan Rahila.
Nak dijadikan cerita aku ni satu tempat kerja dengan Razanah Aini. Dia ni
sangat la penyabar dan pendiam dan aku akan selalu buli dia. Kami selalu solat
jemaah bersama jika ada masa rehat sama. Ada sesuatu dalam diri dia yang telah
buat aku berubah, kalau korang penah baca blog aku korang tau la apa dia. Aku
pun penah menyemak tangkap gambar masa along dia kawen. Macam dah kenal satu
keluarga. Keluarga aku pun dah kenal keluarga mereka. Mak aku pun dah jadi
kawan dengan ibu Fatimah. Ibu tengah berlawan dengan penyakit kanser. Yaya harap
ibu kuat dan boleh sembuh serta ceria kembali. Yang lawaknya tah macam mana aku
boleh berkawan dengan akak kepada Bruangcola ni. Hahaha..aku panggil aini
bruangcola sebab dia memang kuat tido. Akaknya tu la dia si gadis manis Rahila.
Kuat semangat ni orangnya tapi ada keras kepala sikit. Masa bruangcola masuk matrik
ada la juga beberapa kali aku melawat dia,siap berpoye-poye ke Melaka lagi. Bila
bruangcola gi sambung belajar tu yang aku jadi lebih rapat pada Ila. Semua
orang pelik macam mana aku boleh kawan dengan dia sebab kami bukan sebaya,bukan
satu sekolah, tapi tu la kawasan Tampoi kan. Penah dia teman aku g kenduri
kawen, kawan-kawan tanya muka macam kenal,budak kempas kan,macam mana boleh
kawan dengan aku..haha..kecikkan dunia ni…Mungkin kawan sekolah agama dia,sek
rendah dia. Itulah persahabatan yang aku kira pelik tapi kenyataan benar.
Pada penghujung bulan januari, rumah nenek di kluang dinaiki
air sehingga mak ngah terpaksa dipindahkan. Aku menghadiri kenduri kahwin
sabahatku Wahida di Batu Pahat dan berkenalan dengan Helmi Anuar di dalam bas.
Hujan lebat berterusan membuatkan aku dan fuad membuat keputusan bermalam di
kampung namun keesokannya kami ‘dihalau’ balik selepas zohor oleh mak ngah
kerana di khuatiri kereta kami terperangkap dalam banjir. Setibanya di johor
berita air mula naik dihidu oleh kami dan selepas isyak mak ngah telah di
pindahkan ke sekolah berhampiran. Pada Helmi Anuar saya minta maaf kerana tidak
menjawab panggilan dan membalas sms awak walaupun sehingga hari ini awak masih tidak
putus asa menghubungi saya hampir setiap hari. Saya takut ada yang berharap dan
saya tak mahu memberi harapan. Awak baik dan saya berdoa agar awak bertemu
dengan ‘orang rumah’ yang akan menemani awak di rumah yang baru awak beli itu.
Impian untuk berbasikal pusing perling juga telah tercapai
sejauh 15 km melalui Bukit Indah, Jalan Rawa dan sampai ke Perling Mall, naik
jambatan perling pusing ke Tan Sri Yaacob dan pulang kerumah di Bandar Selesa
Jaya. Shimanoku telah berganti seat jenama WTB, semasa UTM mengadakan Giant UTM
Mountain Bike Quest 2011, aku datang jadi penyokong dan jumpa kawan-kawan
basikal dari KL jer..hihi Dan yang paling best dapat pinjam dan cuba basikal
Off Road yang bernilai ribuan ringgit. Nampak macam berat je tapi ringan macam
kapas. Terbaiklah.
Tahun ini juga merupakan tahun yang membuat aku beraya tanpa nenda. Tiada lagi panggilan opah itu dalam hidup ku. Opah telah kembali menemui penciptanya pada ........Terlalu banyak suka duka yang tak akan aku lupai. Berapa derita, kesabaran keluarga, kacau bilau, pahit manis apatah lagi rutin harian serta makanan kegemaran yang harus dibelikan setiap balik kerja khas untuk arwah opah sepanjang arwah tinggal bersama kami. Mana yang indah aku akan simpan sampai mati, mana yang kurang baik tu aku campak jauh-jauh. Dan tunjukkanlah kejalan yang benar buat kami sekeluarga. Pepatah ''air dicincang tidak akan putus''. Aku harap begitulah keluarga kami semua.
Begitu juga tiada lagi panggilan Pak Ngah dalam kamus hidup ku. Telah pergi buat selamanya pada bulan Nov. Tiada sakit tiada tanda hanya jatuh dan pergi dengan tenang. Semua tinggal kenangan. Masa kita nanti tak tahu lagi macam mana keadaannya.
Dipaksa memiliki Digital Single Lense Reflex. Dalam erti kata lain DSLR. Dipaksa dan akhirnya aku dengan rela hati menerima walaupun pemberian itu aku rasakan belum bersedia. Sibuk kesana kemari mencari model apa yang aku sesuai. Memang tebal muka tetapi alhamdulilah,rakan-rakan di fb yang menceburi bidang fotografi banyak membantu dah akhirnya bermadulah My Alex (Panasonic compact Lx-1) dengan Nikon D90. Pada sapa-sapa yang duk sibuk nak korek aku pakai kamera apa ..ni ha secara rasmi aku nak umumkan ni aku guna D90 cuma aku belum dapat nama tuk madu My Alex ni. Kot korang d idea boleh la suggest kat aku yer.hehehe...
Apa lagi melaram lah D90 masa raya hari tu, apatah lagi digunakan semasa adindaku berkonvo pada 31 oktober. Adik aku pun dah dapat keje bagus. 4 kali ganda gaji aku sekarang.Oh ye aku ni dah hilang hp sony yang aku beli guna duit gaji keje badan. 5 Bulan kot aku kumpul. Lama aku kumpul dan buat pertama kalinya aku beli sendiri hp guna duit aku. RM 670. Kalau tak ayah la yang belikan atau guna pakai owg punya bila ada yang beli baru. Tertinggal kat tempat wuduk Masjid Kampung Gajah,Perak. Banyak jasa hp tu sebab semua projek PTP ada dalam tu. Masa tu aku nak sms jemput penyelia aku yang kebetulan sekampung tok datang kenduri arwah opah kat umah. Tapi sebab belum taip habis aku bwk turun kereta. Dan padan muka dah tertinggal. Lagipun tempat wuduk tu gelap. Kunfaykun. Redho je lah. Kat adik-adik angkat aku kat teluk intan si ecah n ira tu sory tak datang raya rumah sbb hp ilang. Segan nak redah rumah korang. Kawan-kawan yang kat perak yang aku janji nak jumpa sebab aku balik kampung lama pun sory la ye kat penyelia aku pun sory la tak dapat raya umah bos....semua gara-gara hp ilang.
Pekerjaan aku sekarang pun buat aku tak sangka aku akan berada disitu. Tak terlintas langsung aku masih bertahan disitu. Kerja ok,kawan pun ok. Tapi aku nak pergi gak kerja tempat lain nanti. Kalau ada keje kosong tempat korang mai la panggil aku yer. Memang gemok la aku keje situ. Duduk jer. Dah tu penyelia aku ni kuat makan tapi badan dia kurus je. Mr Zul dengan Tono ngn kawan2 share beli makanan macam-macam. Dan selalu juga aku akan jadi mangsa dipaksa makan ok. Ada 1 hari tu siap ada notes atas bubur cendawan Pizza Hut tulis to yaya, sila makan, tq. Terharu giler. Sapa lagi,keje penyelia aku la tu. Penyelia aku ni bukan saja kuat makan tapi siap pandai masak. Mr Zul ni penah masak sambal sotong ngn rendang daging bagi aku makan. Sedap, serius aku pun tak reti masak macam tu. Ada aku post pasal sambal sotong tu kat entry sebelum ni...haha..Serius gemok dah ni. Asyik ada orang belanje jer. Sejak keje situ, KFC,MCD,PIZZA,burger dah makanan rutin dalam sebulan. Kalau kat rumah setahun sekali pun lum tentu kami makan fastfood sebab mak ayah tak galakkan. Sampai mak sound ''aik.hari-hari d owg belanje, baru hari tu makan burger''. Nak tak nak sekarang hari2 dalam poket aku kena ada cash money sebab dah segan asyik d owg belanje.hahaha...Tapi ada satu aku nak share. D 1 bulan tu aku keje 29/30 hari tapi gaji aku dikire macam rm3 sehari...sedih sangat masa tu. Aku percaya tu semua rezeki Allah, Allah tarik sikit mungkin sebab aku murka..
Setelah mengetahui ada pembaca setia kat blog aku ni,jadinya makin rancak aku menulis. Sapa lagi kalau bukan sepupuku Siti NorHidayah Ismail. Nama kami sama tapi ayah lain yer. Dia pun dah terjebak dalam dunia blog ni. Tq kat mai sebab setia membaca blog aku ni. Pada semua sepupuku yang mungkin satu masa kita berjauhan, tetapi disebabkan kita telah menjadi semakin rapat dengan adanya FB. Penangan FB sangat kuat. Ingin jua aku akui bahawa aku telah membuat satu lagi Fb untuk kurus preperkahwinan secara sembunyi...
Tahun 2011 ni pun telah cipta sejarah aku suka kat seseorang. hahahaha...Ingat senang aku nak suka kat seseorang yang boleh dikatakan someone special. Tapi someone special tu tak tahu pun aku suka kat dia...hahaha..dan aku pun tak akan cakap aku suka dia..Kalau aku cakap memang aku giler..hahaha....Setelah bertahun-tahun aku keras hati tunggu seseorang,sapa lagi Mr R la. Dah terbiasa. Mr R nak kawen tahun depan, relex,kiteowang tetap sahabat la. 4 tahun juga i cant talk about this. Opppss yang ini aku mmg shy la nak cite..biar aku simpan dalam lipatan kain batik elok2 dalam gerobok..hahaha....
Akhir sekali aku nak cerita pasal kereta kelisa aku la..apa lagi buah hati aku la. Aku panggil 'ikan' tapi aku dah dapat nama baru ''EYQN''. Pada bulan 11 hari tu sambutlah 2nd aniversary dengan eyqn. Ayah belanje sportrim. Sejak adik keje dia bawa eyqn aku tu. Sekali dapat bawak perghhhh...rindu ooo...kat kerete pun aku boleh windu...sian eyqn yer...Pada Ila akk bukan tak nak cakap akak dah tukar sport rim tapi akak takut kamu terluka. Kak dah tak nak kamu terluka lagi. Akak tak tau apa2 pun alih2 fuad dan ayah bawa balik dan bertukar jadi transformer ehh bukan,rim baru. Banyk sangat meragam eyqn bulan ni. exzos patah welding pun patah lagi kena tukar baru. Roadtax pun mati. dah tu leaking air masuk kena tukar getah cermin lastly bateri kong. Dan dalam bulan yang sama serbis kilometer sudah sampai waktunya. Terduduk juga dengan eyqn ni. Nasib la ada ayah support. Eyqn ni kete idaman ak sejak lepas exam PMR. Akhirnya aku dapat gak. Sayang punya pasal, apa pun along akan buat. Tq pada ayahanda Ismail yang banyak berkorban poket,pada Bonda Zainab yang banyak beri nasihat, pada adinda Fuad yang sering meminjamkan telinga padaku.
Akhir sekali,eh banyk no akhir . Aku nak story pasal azam aku. Pergh nak kena masukkan azam kurangkan berat badan sebab dan eheemehem....gemoooook tau..nafas dah pendek...Aku nak keja yang lebih baik sebab aku wisau ayah dah pencen, aku kena lebih rajin cari duit,kumpul, panjang umur nak bawa family aku g umrah SEBELUM 2013. Tahun 2013 tu dah nak sampai dan aku rasa tak boleh ditangguhkan lagi sebab kami dah buat penangguhan 3 tahun. Aku ada 1 tahun je lagi ni. Beli eyqn 10 tahun punya angan2 baru dapat. So sekrang aku berangan nak beli rumah. Tah tahun bila akan dapat beli. Berazam gak nak cari pasangan hidupsemati. Open my heart to fall in love with some one yang tak tau sapa lagi. Ada rezeki boleh la bawa pergi bersama 2013 nanti. Berazam nak jadi makmum pada seseorang yang sudi jadi imamku seumur hidup...boleh gitu....
Pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak yang tercuri nama letak dalam blog aku ni,terbaca karya aku yang tak best ni,tergelak guling-guling macam dalam cite hindustan tu, yang muntah hijau dan juling mata baca ayat-ayat jiwang,eee jiwang ke aku....kalau ada tersalah bahasa ,terbusuk kata, terjatuh tangga ataupun terjatuh hati pada karya aku yang semerbak wangi ni aku dahulukan dengan big clap sebab korang dah jadi sebahagian dalam hidup aku. Aku tak reti nak ungkap melalui kata-kata tapi boleh melalui penulisan dan perbuatan. Semuanya mantol keluar dari lubuk hati yang ikhlas. Macam sepupu aku kata dah macam baca diari aku. Apapun sepuluh jari ku susun mohon maaf. Andai ini yang terakhir buat kalian membacanya. Jumpa lagi tahun depan.
Ingat
Bila kali terakhir kamu solat jemaah
Bila kali terakhir kamu makan bersama keluarga
Bila kali terakhir kamu bersedekah
Ingat bila pertama kali kita berjumpa
dan
ingat
bila terakhir kali kita berjumpa
Selamat tahun baru
Salam sayang dari saya
Noor Khairiah Binti Ismail
7 comments:
oh akk...hahaha...y rmai sngt yg ditolak....:-)....cercite....cri2 yg dprlukn msh xdjmpai lg ye dear...hemm...:-(...sntiasa doakn akk agr sntias hepy dsmpg yg t'syg...:-)
ku tahu isi htimu....:-)....waduh...pnjg bener ya entry nya...hahaha...palg top deh....best ad...kengn ad mcm2 ad....:-)...terbaikkk...bestnye dpt beg ad mke sndri...jeles sei..hahah...bestnya dpt lauk dr org..hahaha....adoiii...mcm2 la akk sy ni taw...hehehehe...plg pntg...bnyk pngalmn keje...2 yg salute...
haha..penglmn keje ngarut2...dah nama pun buletin.panjang la yer..tq bc dan dh masuk sejarah
alamak sy pn ader ker.. sy xder aper2 pun.. biasew2 jew.. =) slagi sy idup slagi itu lerr sy berusaha mcm org laen
pengalaman mndewasakan kite
bruangcola:mesti la ada..ko luar biasa la...
azs:pengalaman bg kite pengajaran
Post a Comment