Followers

Translate

Sunday, February 26, 2012

Berdating di stadium.

Intan oh intan. Jejauh aku datang nak jumpa ko, ko bawak aku berdating di stadium. Dalam banyak-banyak tempat kat UTM tu stadium juga ko ajak aku berdating...haha..kelakar pun ada, tapi seronok juga kan. Ingat janji kite untuk next lokasi dating nanti insyaAllah.

Seronok la dapat bercerita dan tahniah kerana telah menjadi student. Ingat, jangan sesekali ko berputus asa walau segunung mana cabaran yang akan ko lalui. Terima kasih kerana telah meluangkan masa bersama dan aku sangat hargai. Melalui masa-masa yang sangat suntuk tetapi kurasakan sungguh bermanfaat. Bercengkerama di stadium, kemudian berpoye-poye di pasar malam. Yang paling aku hargai menemani dan membantu ibu. Sory kerana mencuri masa ko terlalu lama kurasakan.
Pada ibu fatimah. Moga kuat dan sabar dengan dugaan yang Allah berikan. Terima kasih atas kata-kata semangat yang sangat menusuk kalbu. Walaupun mengerang kesakitan, tetap terukir senyuman dan kata- kata semangat yang tidak putus-putus menyulami setiap perbualan kita. Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu pada anak-anak tidak dapat dibalas oleh anak-anak pada seorang ibu. Dapat kurasakan detik- detik sukar yang ibu sedang tanggung di riak wajahnya walaupun terukir senyuman. Moga ibu tabah melawan kesakitan akibat rawatan kanser ibu.

Khusus buat ila. Sebagai seorang sahabat, maaflah kerana sudah tidak dapat berada disisi menemani dan memberi semangat. Semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya. Rasanya dalam masa 2 minggu ni macam-macam telah berlaku. Bangga dengan apa yang ko buat dan moga dinding kesabaran ko tetap utuh. Ikhlaskanlah semua yang pernah ko buat unutk ibu kerana percayalah ini masa terbaik bersama walaupun kelelahan dan dicemburui waktu tidurmu. Walaupun kepayahan tetapi percayalah waktu-waktu ini yang akan ko ingat satu masa nanti. Kerana kelelahan itu pasti akan berlalu satu hari nanti. Bersabarlah. Jangan dibandingkan dengan yang lain, kerana itu pasti lebih melukai hati. Walaupun berjauhan akak tetap sedia meminjamkan telinga untuk kite berkongsi sesuatu.

Melepak-lepak di tanah lapang. Bukan menikmati keindahan bintang atau bulan tetapi cahaya dari layang-layang. Di tanah lapang mutiara rini. Berlegar-legar di angkasa meliuk-liuk dipukul angin. Cantik sungguh langit yang gelap di ceriakan dengan layang-layang lampu. Kalau korang yang berada di johor bolehlah berkunjung ke tanah lapang berhampiran taman rekreasi Mutiara Rini. Pasti ada sesuatu yang unik  disitu disebelah malam.

Melalui detik-detik sukar itu memanglah menyakitkan tetapi percayalah satu hari nanti ia akan menjadi sesuatu dalam sesuatu yang sesuatu untuk digambarkan dengan kata-kata. Pengalaman pahit manis tidak semua mampu membeli untuk dimiliki,kerana ia adalah sesuatu yang dimiliki tanpa membeli. Pengalaman adalah mahal, tiada guru setinggi pengalaman.

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi