Followers

Translate

Tuesday, October 30, 2012

Wanita dan telekong baru


Dalam kehidupan ni wanita tidak akan dapat lari dari menyarung telekong. Cubalah lari…pasti kena kejar. Setuju bukan dengan pendapapat saya? Kerana saban hari kita akan menyarungnya.

Bila kali pertama wanita memiliki telekong adalah apabila ibu bapa mula mengambil berat akan kewajipan mengajar anak solat. Seingat saya telekong baru pertama saya seusia 4 tahun. Anda pula bagaimana?

Telekong baru seterusnya adalah semasa diri kita telah akhil baligh iaitu telah datang darah kotor. Pada ketika itu semua dosa pahala telah menjadi tanggungjawab diri wanita itu sendiri. Terletak diatas bahu satu kewajipan tugasan wajib yang harus digalas sendiri. Pastinya sekali lagi ibu bapa memberikan telekong baru sebagai pembakar semangat untuk anda wajib solat. Secara kebetulan mungkin masih bersekolah dan ditanggung ibubapa.

Saban tahun digantikan dengan telekong baru apabila sudah lusuh atau menjelang hari raya. Bukankah disunatkan memakai serba baru atau elok dipagi raya sebagai tanda meraikan. Jadi sekali lagi telekong baru pasti menyelubungi diri di pagi raya.

Jika ada keizinan dan rezeki untuk menunaikan umrah atau haji, ketika itu pasti dengan niat berkobar-kobar untuk mengadap Allah dengan keadaan paling bersih, cantik indah serta segala-galanya di hadapan Allah SWT. Keputihan telekong melambangkan kesucian.

Ada lagi satu situasi yang sangat wajib sebagai wanita memakai telekong adalah ketika dikafankan kerana ia termasuk dalam 5 lapisan kain kafan. Ketika ini kita tidak berdaya lagi untuk pakai sendiri. Orang sekeliling yang akan menyarungkan pada tubuh kita. 

Walau macam mana sekali pun mahal atau murah, berbunga atau warna warni. Kita tetap memakai warna telekong yang sama ketika kita menghadap Allah SWT. Kita tetap sama semuanya disisi Allah diakhirat nanti walaupun kita berbeza telekong didunia ini. Berapa kali anda memakai telekong baru? Bergantikah telekong anda seperti mana anda mengganti baju baru saban bulan?

Mood(sedang memakai telekong baru untuk solat aidil adha. Telekong berbunga merah jambu yang menarik perhatian. Memandang cermin dan masih berdaya memakai sendiri telekong baru. Melihat kedasar cermin dengan niat jika aku mati nanti mudah-mudahan ada yang sudi memakaikan aku telekong baru serba putih buat kali terakhir, insyaAllah)
*telekong kafan bukanlah seperti telekong yang kita pakai saban hari

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi