Mengantuk dalam kelas waktu petang itu perkara biasa. Sibuklah aku menggosok mata,main telefon menguap berpuluh kali, belek nota makin mengantuk. Aku letakkan kaca mata ditepi sambil jari dilalukan di mata kiri dan kanan. Perasan makcik sebelah merenung aku agak lama mungkin perasan aku mengantuk dan membaca nota. Sekadar berbasi-basi memulakan perbualan sementara tunggu guru datang. Ilang juga pedih mata ku menahan ngantok. Kelas pun bermula dengan agak lewat petang itu.
Usai kelas makcik menambah perbualan. Kami berkongsi banyak perkara, perbualan rancak menjejak angka 7 malam. Bekas pensyarah Farmasi. Sudah berpencen. Aku utarakan untuk panggil Dr atau Prof. "Panggil makcik muda, sebab cucu kecik lagi" secara berseloroh. Perkongsian yang agak menarik dan merendah diri walaupun perkenalan singkat. Mungkin kita boleh jadi geng dalam kelas ni.
Antara kata-kata makcik yang buat aku boleh serap jadikan motivasi adalah
1) Jika rasa apa yang kita buat tu betul, teruskan sahaja. Sekurang-kurangnya kita mencuba dari kita berserah bulat-bulat begitu sahaja.
2) Sifat sabar itu sangat penting dalam apa jua kerja. Sabar itu menentukan kejayaan. Dimana kita atasi masalah yang wujud, dalam kerja, dalam belajar, dalam pergaulan waima dalam membuat keputusan.
3) Rata-rata orang melayu sifat MALAS sangat besar. Kena simpan dalam diri bahawa kena rajin tak kira dalam apa jua kerja terutamanya dalam ibadah harian kita.
4) Kalau kita selalu dekat-dekat dengan orang baik, kita juga akan dapat serpihan ilmu menjadi baik. Bermulalah dari sekarang(muda) kerana kelak kita akan sia-siakan usia muda itu sendiri tanpa sedar.
Walaupun makcik macam mak-mak atau orang berumur, cara teguran tu aku rasa seperti kawan-kawan yang lepak-lepak bersama je. Sporting la makcik. Panjang umur kita jumpa next kelas ye makcik.

No comments:
Post a Comment