Melihatkan kepada kedudukan kewangan yang statik je, namun di selubungi dengan kehendak diri untuk dipenuhi. Membelanjakan sebahagian pendapatan pada kehendak melebihi keperluan kerana bertindak mengikut kata hati bukan kata akal berfikiran waras.
Penghijrahan yang baru bermula mendukung dan menuntut lebih pengorbanan dan kesabaran untuk diistiqomahkan. Pengorbanan masa, waktu, pergaulan, tindakan, perancangan, pengangkutan dan lain-lain tidak membataskan pergerakan ini. Bukan untuk menunjuk tapi sesetengah fahaman orang sekeliling tidak menunjukkan respon positif pada awalnya. Mengelak adalah perkara sia-sia, kerana akan wujud perasaan tertekan.
Berat menutur pada awalnya, lama-lama lelah sudah terbiasa dan laju bicara jawapan bila di tanya. Dalam diam penghijrahan itu mendorong orang yang melihat untuk turut serta tanpa kita memaksa. Memang terkejut tapi syukur tak terkata itu lebih indah dan besar nilai kegembiraan hati ini. Benar-benar pengorbanan itu menarik lebih ramai kearah penghijrahan yang lebih besar untuk disokong.
Saya juga bermula dari keterpaksaan, tapi sebab keterpaksaan itu mendidik diri menjadi disiplin dan keredhoaan hati menjadikan ia sangat manis untuk dirasai. Memandang saja sudah indah apatah lagi mendampingi. Bukan minta balasan atau tuntutan tapi perasaan yang seronok dapat melakukan bersama-sama menjadikan situasi itu sangat indah.
Bukan sebab penghijrahan saja membuat saya teringin memiliki motor, tapi rasanya memudahkan dan melancarkan pergerakan. Paling penting lari dari kesesakan dan paking lebih mudah. Menjimatkan duit minyak dan mungkin duit itu boleh digunakan untuk perkara yang lain bukan. Tapi tu semua angan-angan yang entah bisa jadi kenyataan sebab utama saya tiada lesen motorsikal. Beli motor dan ambil lesen itu mudah tapi keizinan dari ayah itu paling sukar untuk dimiliki. Kalau ayah baca tulisan ini, saya nak cakap kat ayah macam ni :
" Saya dah nak habis bayar hutang kereta hujung tahun ni, boleh tak saya nak sambung berhutang beli motor pula?" (dengan muka penuh mengharap mendapat jawapan positif)

2 comments:
boley..tp bahaya la..mst ayh tk bagi
agak dh jawapan ayah tu.
Post a Comment