Assalamualaikum,
Hampir luput dalam ingatan aku punyai blog, setelah berbulan-bulan tidak bercengkerama. last rasanya 9 bulan yang lalu setelah aku diterima masuk sebagai pelajar sekolah di salah satu institusi(poyo je jadi budak sekolah balik)
Habis sudah pengajian untuk 2 semester. Sekejap saja masa berlalu. Konon sibuk sampai tak sempat nak berkarya. Jika ada kelapangan aku nak update semua aktiviti yang aku buat terutama apa lagi marathon la. Semua baju lari hadiahkan pada ayah. Kalau ada yang mak berkenan dapatla kat mak. Adik pula aku bawa balik freegive atau voucer lelaki kat dia.haha. Medal lak dah penuh macam mana penuhnya kereta mainan dan rubik2 kesayangan aku tu. Tahun ni menyimpan cita-cita untuk half marathon. Tapi mahai oo..RM 70.
Actually nak story pasal hari-hari indah sempena hari tua aku ni. Satu pangkal angka baru buat hidup aku. Alhamdulillah telah bernafas sehingga ke hari ini. Walaupun masih terkapai-kapai tentang hala tuju hidup, tiada pekerjaan, tiada harta dan masih belajar. Pasal belajar lak aku rasa macam mimpi ada kat sekolah ni, PPPBP@HBP, USM. Tu la siapa suruh sudah tua-tua baru nak belajar. haha.
Makan..makan...makan...rasa nak meletop perut penuh makanan. Tapi seronok sebab mereka semua orang yang selalu sudi buat aku tersenyum. Pada yang dating belanja makan minum, yang wish dan doakan macam-macam, yang call sembang-sembang, dekat dan jauh, yang masakkan dan buat serperais sampai aku betul-betul tertipu. (malin dodol).
Aku minta main-main ja spagethi bolongnese ni, sekali dia dia betul-betul pi masak kat rumah member dia. Amekkaw, kena buli habiskan makanan ni. Ni keje budak nak cari bulan dan awan setiap bulan untuk thesis dia.
Makan tengah hari dengan jayanya, terima kasih wani dan lia. Moga korang selesaikan master dan PHD dengan jayanya. On time. Member lepak hari-hari kat skol.
Ada orang dengan jayanya dapat menjejaki aku di court badminton. dan tarrrrraaaa..air minuman nyumnyumnyum.. terima kasih effa. Semoga hang cecepat habis study. Smart la buah hati hang. Pinjam boleh.hehe
Banyak betul modus operandi budak ni, giler berjaya kelentong aku kawkaw itu ini, pi tandas la, ikut jalan jauh la.isi minyak la, pakcik viva bawa laju la, nak pinjam mancis untuk tebuk lubang projek bulan dia tu. Speechless la wei, sebab baru ja call mak. Mak bebel macam-macam, jangan kedekut, tolong orang, bawa kereta elok-elok, jaga kesihatan, pergi kelas cari ilmu timbun-timbun sebelum keluar dari sekolah ini, suh sampaikan amalan dan petua untuk kawan yang selalu batuk..and mak kata tak ada kek nak bagi...
Tapi tetiba budak ni buat serprese... aka malin aka roomate aku la.Terus terngiang-ngiang kata-kata mak tadi. hukhuk...
Sudah raikan awal kongsi dengan adik tersayang. Bapak belanje KFC. Terima kasih mak lahirkan saya, terima kasih ayah didik dan besarkan saya dan terima kasih adik fuad yang selalu ada depan belakang kiri kanan support along ni.
Terima kasih Allah panjangkan usiaku
Terima kasih semua yang mendoakan
Moga kita semua di bawah lindungan Allah
No comments:
Post a Comment