Followers

Translate

Sunday, August 14, 2011

Perkara kecil impak besar(pahala-part II)

Semakin hari perkara kecil ini semakin menghimpit diri. Dari sehari ke sehari aku semakin berfikir. Tidak tahulah jika hal yang akan akau ceritakan ini dianggap kolot pada kalian. Maafkan aku dari awal bicara ini.

Sudah semestinya kalian semua tahu bahawa hukum persentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan bukan muhrim adalah haram bukan?Terang-terangan jika aku bicarakan topik pasangan kekasih yang berpimpin tangan, kalian semua sudah tahu akan jawapannya. Pulak tu mereka dengan rela hati membenarkan pasangan kekasih berbuat demikian sesuka hati.

Tapi apa yang menghantui kotak pemikiran ku ini sedikit sebanyak mempengaruhi diriku. Pernah satu ketika dahulu aku pernah bekerja sebagai juruwang dan penunggu tempat menyimpan barang. Disinilah bermulanya apa yang selalu aku cuba elakkan menjadi lebih kerap berlaku. Pertukaran barang atau wang menggunakan tangan telah menyebabkan aku kerap kali bersentuhan atau tersentuh secara tidak sengaja pastinya dengan bukan muhrin baik lelaki atau wanita bukan islam. Pastinya hukumnya sama iaitu haram. Sedaya upaya aku cuba mengelak perkara ini sehinggakan ada satu masa aku memakai sarung tangan. Maka keluarlah cerita-cerita pokpekpokpek. Hal ini mungkin nampak mudah bagi kalian tapi aku yang bekerja terpaksa juga lakukan tugasan demi sesuap nasi. Bayangkan jika sehari aku tersentuh 10 orang. Contoh 10 sehari x 7 hari =70 unit kerosakan.wah banyak bukan.

Thursday, August 4, 2011

Perkara kecil impak besar(pahala-part I)

Setelah beberapa hari berpuasa dan bekerja dibulan ramadhan ini, ada beberapa perkara yang membuatkan aku berfikir. Nampaknya perkara itu kecil tetapi bakal memberikan impak yang besar. Tidak pula berniat untuk menujukan pada sesiapa tapi lebih tumpukan pada diri sendiri. Bukan juga untuk menghukum atau menilai ini dosa itu pahala, itu semua kerja Allah S.W.T. Sapalah aku untuk menentukan semua itu.

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi