Followers

Translate

Thursday, August 4, 2011

Perkara kecil impak besar(pahala-part I)

Setelah beberapa hari berpuasa dan bekerja dibulan ramadhan ini, ada beberapa perkara yang membuatkan aku berfikir. Nampaknya perkara itu kecil tetapi bakal memberikan impak yang besar. Tidak pula berniat untuk menujukan pada sesiapa tapi lebih tumpukan pada diri sendiri. Bukan juga untuk menghukum atau menilai ini dosa itu pahala, itu semua kerja Allah S.W.T. Sapalah aku untuk menentukan semua itu.

Walaubagaimanapun, apa yang ingin aku coretkan disini adalah perkara-perkara kecil yang sering kali terjadi tetapi dipandang enteng sahaja. Solat sunat tahyatul masjid. Kita ada peluang untuk solat sunat tahyatul masjid ini apabila kite pergi ke masjid sahaja. Sudah pasti dan semestinya kita tak akan dapat lakukan solat sunat ni dirumah...apa salahnya...sesekali (sy memang jarang ke masjid,sy akui) kita buat solat ini. Sekadar 2 rakaat sebelum kita duduk di dalam masjid. Percayalah perkara ini nampak kecil tapi ia sebagian daripada cara kita melengkapkan solat kita, selain mencari pahala. Masjid juga ada haknya tersendiri untuk kita menghormatinya.


Pengertian :
        Ialah solat sunat 2 rakaat yang dilakukan sebaik sahaja masuk ke dalam masjid sebelum duduk

Tujuannya:
        Sebagai menghormati / memuliakan masjid

Lafaz Niat Solat Sunat Tahiyatul Masjid :
                             اصلى سنة تحية المسجد ركعتين لله تعالى
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid 2 rakaat kerana Allah taala

Kemudian bolehlah di susuli niat untuk beriktikaf di masjid


Seperti yang aku katakan tadi, aku juga bukan kaki masjid, al maklumlah aku ni orang biasa saja. Bila ada program barulah nampak batang hidung aku ni kat masjid...kalau tak jangan haraplah. Teruk juga aku ni. Korang janganlah ikut macam aku tau. Kebetulan bulan ramadhan yang mulia ni. Kita susuri hari malam dengan solat sunat terawih yang hanya dilakukan pada bulan ramadhan sahaja. Sungguh istimewa juga kan seperti solat sunat tahyatul masjid yang dilakukan di dalam masjid sahaja. Memang ramai yang datang ke masjid untuk menunaikan solat terawih. Ramainya mengalahkan hari-hari lain.(selain bulan ramadhan).

Sebenarnya aku hendak bercerita mengenai solat sunat rawatib. Kita akan menunaikan solat sunat terawih selepas solat isyak bukan. Aku memang puji dan kagum ramai yang datang ke masjid, sayangnya hanya sebahagian yang menunaikan solat sunat rawatib ini. Sekali lagi aku katakan ini perkara kecil tetapi memberi impak yang besar. Kenapa aku katakan sedemikian rupa. Sebab aku pun jenis yang demikian, jarang ke masjid dan sudah pastinya jarang juga melakukan solat sunat rawatib. Tetapi apabila kita berada di masjid dengan secara sendirnya kita akan menunaikan solat sunat tahyatul masjid dan solat sunat rawatib. Jika dirumah sudah pasti tidak akan buat solat sunat rawatib ini, kalau ada pun kadang-kadang je. Ini kerana persekitaran kita apabila berada didalam masjid, maka dengan secara automatiknya kita akan turut sama melakukan solat sunat rawatib ini. Anda setuju bukan dengan pandapat aku ni? Jika anda tergolong dalam kalangan yang selalu buat sunat rawatib ini ,alhamdulilah. Jadi apa salahnya kita lengkap solat sunat tahyatul masjid, solat sunat rawatib dan solat terawih sekali bukan?


Pengertian:
       Solat sunat 2 rakaaat yang mengiringi solat fardu sama ada sebelum  ( qabliah  )  atau  selepas ( ba'diah )

Tujuan / Hikmah
  • Mendekatkan diri kepada Allah
  • Menyempurnakan kekurangan pahala solat fardu
  • Mendidik diri sentiasa berdisiplin dan beradab
  • Menambahkan pahala
   Solat 2 rakaat :
Ø  Sebelum solat Fardu Subuh
Ø  Sebelum dan selepas solat Fardu Zohor
Ø  Sebelum solat Fardu Asar
Ø  Selepas solat Fardu Maghrib
Ø  Sebelum dan selepas solat Fardu Isyak

Contoh lafaz niat solat sunat rawatib :

1.        Sebelum :    ' Sahaja aku solat sunat sebelum …………….. dua rakaat kerana  Allah taala"
2.        Selepas  :    ' Sahaja aku solat sunat selepas  …………….. dua rakaat kerana  Allah taala"



Sebagai manusia biasa, aku tidak lari dari melakukan kesilapan. Walaupun ia perkara biasa sahaja, tetapi ia adalah satu permulaan yang baik untuk kita terbiasa dan akan selalu melakukannya terutama solat sunat rawatib. Kelebihan solat sunat rawatib ini adalah untuk menutup kekurangan dalam solat sunat fadhu kita. MasyaAllah betapa Allah masih memberi kita peluang untuk menutup atau melengkapkan kecacatan yang wujud tanpa kita sedar atau tidak dalam solat fardhu kita ini. Marilah sama-sama merebut peluang ini. InsyaAllah.

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi