Semakin hari perkara kecil ini semakin menghimpit diri. Dari sehari ke sehari aku semakin berfikir. Tidak tahulah jika hal yang akan akau ceritakan ini dianggap kolot pada kalian. Maafkan aku dari awal bicara ini.
Sudah semestinya kalian semua tahu bahawa hukum persentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan bukan muhrim adalah haram bukan?Terang-terangan jika aku bicarakan topik pasangan kekasih yang berpimpin tangan, kalian semua sudah tahu akan jawapannya. Pulak tu mereka dengan rela hati membenarkan pasangan kekasih berbuat demikian sesuka hati.
Tapi apa yang menghantui kotak pemikiran ku ini sedikit sebanyak mempengaruhi diriku. Pernah satu ketika dahulu aku pernah bekerja sebagai juruwang dan penunggu tempat menyimpan barang. Disinilah bermulanya apa yang selalu aku cuba elakkan menjadi lebih kerap berlaku. Pertukaran barang atau wang menggunakan tangan telah menyebabkan aku kerap kali bersentuhan atau tersentuh secara tidak sengaja pastinya dengan bukan muhrin baik lelaki atau wanita bukan islam. Pastinya hukumnya sama iaitu haram. Sedaya upaya aku cuba mengelak perkara ini sehinggakan ada satu masa aku memakai sarung tangan. Maka keluarlah cerita-cerita pokpekpokpek. Hal ini mungkin nampak mudah bagi kalian tapi aku yang bekerja terpaksa juga lakukan tugasan demi sesuap nasi. Bayangkan jika sehari aku tersentuh 10 orang. Contoh 10 sehari x 7 hari =70 unit kerosakan.wah banyak bukan.
Emm ni nak cerita pasal salah satu pekerjaan yang aku lakukan. Pekerjaan ni memerlukan aku berkongsi komputer yang sama dengan rakan seperjuangan ku. Dan akibatnya terlalu banyak berlaku persentuhan yang tidak sengaja aku alami. Kalau sempat mengelak pastinya aku akan membuat aksi seperti menyorokkan tangan. Tetapi apakan daya, aku bekerja dan memerlukan banyak pergerakan dan pertukaran yang melibatkan anggota pengting iaitu tangan. Maka dengan keraplah aku terpaksa bersentuhan. Sebagai pekerja yang bertemu dengan ramai kerenah manusia membuatkan aku tidak mampu mengelak walaupun aku telah cuba sedaya upaya.
Setiap kali tersentuh dengan tidak sengaja, aku seperti terkena RENJATAN ELEKTRIK. zrrruuuupp....Tidak dapat aku bayangkan keadaan itu. Tindakan refleksi yang secara automatik aku lakukan adalah menyembunyikan tangan dan menggosok kawasan yang terkena atau tersentuh ke seluar seperti menghilangkan kotoran di situ. Aku rasa sangat kotor dan sangat sakit. Aku sedar aku bekerja,aku sedar aku berdosa,aku sedar gosokan seperti membersihkan dengan gosokan itu tidak menggambarkan apa-apa. Ia tetap dosa. Tidak dapat menghilangkan dosa disitu.
Maaf sekali lagi jika apa yang aku ceritakan ini mengganggu gugat jiwa kalian yang membacanya. Sekali lagi aku ulang bahawa perkara ini kecil tetapi impaknya sangat besar apatah lagi kerap dilakukan secara ulangan, maka makin lama makin banyak jika dikumpul bukan? Renung-renungkan

4 comments:
kak noli...ah bgs sggh idea mu tls tntg ni....mai pn penh ase cmni..nk ckp dpn..tkt org pk kte...alim sngt...sy sedr sy xalim..agma pn xpndai sngt..tp hkum hkam pst tau skt2..thnks a lot kak sbb dh tls tntg ni...hti b'bunga2 ble bce tntg ni..upenye akk pn trase cm mai...:-)..
hehe..ati berbunga2 yer...kdg2 bnda kecil xperlu dibesarkan nnt pening...tp bila ditambah2 jd besar gayanya bukan...sekadar perkongsian apa yg dirasa...alwaz thingking about that
yup..mstila hti b'bunga2...hehehe...ske sngt ble ad org tls tntg ni...senym smpi tlinga..hehe..tp 2 la...org skrg..anggp sume cm bnd biase je..yg pkwe mkwe..bt mcm org dh sah laki bini..yg kte nmpk pgg tgn je..yg hncr mhkota..kte xnmpk..kn??..hemm..amek iktibr dr sume ni..
tah la..dunia zaman skrg..macam cerita kasih alia..''islam hanya pada nama sahaja''..berdoalah agar kite diberi petunjuk..
Post a Comment