Cuba tanya semua orang dalam dunia ni, ada tak yang mahu kereta buruk,wah pastinya jawapan yang diperolehi mahu yang mahal-mahal,canggih,berkilat jer. Tanya lagi ada tak yang nak rumah kecil, mana boleh kecil, pastinya mahu yang besar tersergam indah,jika orang lalu pasti berkata''wah cantiknya rumah sapa ni?''.Disoal lagi ada tak nak hp yang ada lampu suluh tu je pasti di balas zaman sudah moden belilah yang canggih sedikit atau tanyalah, ada tak nak awek tak cun / pakwe tak kacak, pasti dijawab mana boleh, mestilah yang sepadan dengan saya. Tanyalah, pasti anda menemui jalan buntu bila persoalan ini di utarakan. Sebab semua jawapannya TIDAK.
Saya pun termasuk dalam golongan ini. Janganlah menipu diri sendiri wahai sahabat. Itu semua adalah nafsu. Cuba direnung kembali apa sebenarnya yang dikehendaki. Itu semua kecantikan,kekayaan adalah bersifat sementara dalam kehidupan ini. Namun jika kita mendapat segala yang terbaik seperti kereta mewah, rumah besar, sahabat baik dan sebagainya ia adalah sebagai bonus buat kita.
Namun demikian tidak salah rasanya kita berangan-angan, kerana angan-angan ini percuma. Tidak perlu di bayar. Angan-angan tanpa usaha adalah seperti mat jenin. Ia adalah sia-sia. Tetapi jika angan-angan disusuli dengan usaha, doa dan tawakal ia sebahagian dari pembakar semangat untuk mencapai matlamat. Ia sebagai gambaran apa yang ingin dimiliki.
Oleh itu marilah kita berangan-angan kerana ia adalah percuma. Wah apa tunggu lagi cepat la berangan ;)

2 comments:
hahahah...jom kwn2...kte brangan meh...
jom2..hehe..free jer
Post a Comment