Followers

Translate

Thursday, September 22, 2011

Kerana Cinta, Manusia..........


Kerana Cinta Aku Turutkan

Kerana cinta hidupku pun berubah
Cinta mengajarku erti
Kasih rindu dan luka
Tahukah engkau
Betapa aku sayang
Setiap hari kurindu
Dan terbayang wajahmu
Betapa syahdunya


Lumrah dalam cinta
Waktu sedang suka hidup bahagia
Resah dalam cinta
Pedih tak terkata
Bila hati luka jiwa sengsara

Kepada kekasih ku
Ingat pesanku
Jangan kau hancurkan hatiku... Oh..
Engkau dan aku pernah mengukir janji
Untuk terus bersama walau apapun terjadi
Jika ada silap kuharap maafkan lah aku
Demi kerana cinta kau takkan kulupakan

Demi kerana cinta kau takkan kulupakan

Kerana cinta, manusia sanggup berbuat apa sahaja. Tidak kira dari sudut positif atau negatif. Kerana cinta manusia boleh berubah atau boleh aku klasifikasikan lebih 200%. Tidak kiralah bagai mana sesorang itu menafsirkan makna cinta dalam hidup mereka. Maknanya terlalu kompleks untuk di untai satu persatu. Jika di kupas satu persatu bak meleraikan kelopak mawar dari induknya yang berduri. Semuanya kerana CINTA yang punya harga diri yang tersendiri tanpa diduga sifat peribadinya.

Bagi yang sedang bercinta,
Teruskan menyelami makna cinta yang anda cari. Pastinya sedang indah buat mereka saat ini yang sudah mendambankan cinta sejati itu.Jangan biarkan ia mekar hanya untuk sementara. Jangan hanya sekerat cuma seperti habis madu sepah di campak merata. Datanglah duka apabila hilangnya tawa. Mereka yang mengalaminya pasti sedang tersenyum menikmati keindahan cinta.

Bagi yang belum berjumpa lagi dengan cinta,
Kenal diri sendiri dahulu,jangan nanti biarkan dirimu hanyut tersesat oleh dek kekejaman cinta. Jika betul itu cinta milik mu,pasti ia akan hadir suatu masa nanti,jangan pula kamu menidakkan cinta dalam hatimu kerana cinta itu lumrah kehidupan. Cuma mungkin belum masanya lagi. Berdoalah agar Allah menggetarkan hati mu untuk mengenali cinta

Bagi yang sedang kecewa kerana cinta,
Apa yang pasti cinta akan datang lagi, kecewa itu mainan sementara,ujian dari Yang Maha Esa. Cari dan teruskan mencari cinta yang hilang itu. Jangan bilang ini yag terakhir kerana cinta walhal ia adalah permulaan untuk mendapat ubat yang lebih mujarab pada kekecewaan cinta. Cinta akan lahir setiap hari walaupun anda menolaknya setiap detik. Cuma janganlah jadi hamba cinta. Kita yang menentukannya.

Bagi yang bermain cinta,
Jangan kamu berbuat demikian rupa kerana satu masa kamu akan tertewas dengan permainan cinta, Fikirkanlah dari pelbagai perspektif apa yang kamu lakukan ini, Sukakah kamu melihat ada hati cinta yang terluka kerana kamu menang bermain cinta. Cinta bukan barang taruhan atau barang yang mudah dijual beli. Pastinya kamu akan merasa bagaimana dipermainkan cinta satu masa nanti.

Bagi yang tidak percaya cinta,
Seperti tajuk lagu pula, kikislah sedikit keegoanmu, leraikan semua dendam kesumatmu, lontar seluruh batu besar dalam benak fikiranmu, ceraikan ketulan-ketulan hitam dihatimu. Jangan biarkan cinta itu pergi tanpa kamu menyentuhnya. Jangan biarkan cinta berlalu tanpa kamu menyapanya, Jangan biarkan cinta ditolak sebelum kamu cuba mengenalinya.

Lontarkan semua perkataan TIDAK.JANGAN,BENCI,MALU,
kerana ini tidak membantu
Malah sebutlah IZINKAN,MARILAH,PERCAYALAH,CUBALAH
kerana anda sendiri akan tahu .



2 comments:

HIDAYAH_MUTIARAKU said...

gler ah...jiwg dy mai ni...hehehe...aytnye manis...trase sprti sedg minum air yg b'gule...hehehehe

yayashimano said...

hahahaa...air bergula nnt kencing manis lak..berdoalah jika benar cinta itu milik kita agar Allah menggetarkan untuk hati mengenali cinta itu

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi