Followers

Translate

Monday, October 10, 2011

rindu sangat pada kawan-kawan tapi....

Setelah berhenti kerja di PTP aku dah tak pergi lagi taman tempat biasa aku lepak-lepak. Lma jugalah dekat 2 bulan lebih. Semalam dengan terujanya aku pergi menaiki basikal berbekalkan beberapa kepig roti buat kawan-kawan ku....

Memang agak teruja. Sebelum tu pam tayar dahulu. Apa tah malang rantai basikal tercabut 2 kali. Kotor tangan aku membetulkannya. Kira lewat juga aku bertolak. Dalam perjalanan tu ada kemalangan di simpang 4 berhampiran Seri Orkid. Sesak sikit jalan tetapi nasib aku naik basikal, aku mahu cepat sebab tak sabar jumpa kawan-kawan. Sesampai saja di pintu masuk sekali lagi kesesakan berlaku. Kalau pergi menaiki kereta kompem tak ada paking. Wahhhh..orang terlalu ramai, macam lautan terutama di bahagian playground yang baru siap tu. Aku teruskan kayuhan dengan perlahan kerana orang terlalu ramai. Takut nanti ada yang kena langgar dengan shimanoku.


Sesampai je ke tempat kawan-kawanku ada pulak seekor kucing. Nampak macam sakit, aku berikan roti yang aku bawa dan dia makan. Mungkin sebab orang terlalu ramai dia jadi takut dan beredar. Bagi roti aku campakkan dalam tasik. emm agak mendukacitakan sebab kawan-kawan aku macam tak ada jer. Atau mungkin bilangan mereka telah dikurangkan. Penat gak aku tunggu tapi tak muncul. Cuma  kelihatan beberapa ekor sahaja. Apa yang aku maksudkan adalah kura-kuran dan labi-labi. Kecewa kot hati aku. Mungkin juga terlalu banyak dan telah dikeluarkan dari tasek.

Untuk mengubat kekecewaan hati tu aku lepak le tengok gelagat manusia dan klik-klik dengan my alex tu. Apapun aku sangat rindu saat-saat aku ada banyak masa untuk aku jumpa kawan-kawan aku tu semua. Waktu kerja ku membataskan aku untuk berpoye-poye dengan kawan-kawan. Tiada lagi hari minggu buat aku. Kerje..kerje..kerje...Sampai aku sangat letih dan mengantuk sewaktu bekerja ditambah sakit tulang belakang beberapa hari. Penat gak aku fikir apa pasal tulang belakang aku sakit, mungkin sudah lama tidak minum susu dan rupanya sejak dari naik cuti raya, aku strait je keje tanpa cuti. Takut gaji tak cukup bayar kerata sebab cuti raya lama sangat. Haaa..padan muka aku, dah sakit baru nak ingat cuti. Pepun happy sunday at tasek. 










2 comments:

HIDAYAH_MUTIARAKU said...

hehehe....uit akk..nape lak kura2 dkurgkn???n pegi tmn dgn sape 2...

yayashimano said...

apa pasal gelak? tah mna g kura2..tido agaknya...hihi..g sowang ler..lain kali datang akk bw jalan..jgn tido je pulak...kak jan pun dh pernah pergi tau

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi