Kali pertama aku mengenali sakit gigi...wah dah macam nanyian lagu si black pula. Ini merupakan kali pertama salam sejarah hidup aku sakit gigi. Selama ini aku hanya mendengar orang sakit gigi. Orang paling dekat yang pernah terkena penyakit ini adalah adik aku. Memang nampak sengsara,nak tidur pun payah. Nah sekarang aku pula yang merasakannya.
Kali pertama aku kena sakit gigi. Sejak ramadhan lagi aku sudah merasa kurang selesa pada setiap pagi apabila bangun tidur. Tapi pada hari itu,
3 hari lepas, kesakitannya agak lebih sedikit. Mungkin disebabkan aku berpuasa hari itu, maka tiada sebarang makanan atau minuman yang menyentuh gigi-gigi ku. Tiba waktu untuk berbuka...Bismillahirrahmanirrahim...Minum air kopi panas. Subhanallah. Sakit tidak terkata, seperti mahu menjerit. Disebabkan mak ada di dapur, aku berlari ke bilik air. Macam mahu menangis. Sah memang aku sakit gigi. Adik aku kata mungkin sakit gusi. Reda rasa sakit kononnya ingin kembali menjamu selera tetapi dengan hampanya kesakitan menjengah kembali. Sekadar makan sepotong kuih sedangkan perut memang lapar. Kerisauan menerjah kotak fikiran ku. Wah kalau sakit berterusan mahu kena cabut gigi.TAKUTTTTT.....
Disebabkan ada barang hendak dibeli, usai sudah solat maghrib aku dan adik pun keluar. Tapi sebelum tu dah telan panadol.huhu aku kena sakit gigi. Masuk sahaja kawasan beli belah yang sejuk itu kesakitan mula terasa. Dalam keadaan tak selesa menahan sakit tu carilah juga barang yang hendak dibeli iaitu pendrive dan ink printer. Perut pun berkeroncong kuat. Singgah di tempat makan sekali lagi kesabaran diuji. Layanan lambat sangat. Udah la lapar. Tup minum horlick panas ...perghhhh...sakit tersangat-sangat. Disebabkan adik aku tu lapa sangat dan dah sakit kepala aku tahan la sakit sampai makanan pula sampai. Mee hoon sup aku sampai dulu tapi memang malang la. Masuk je mulut sakit dia punya denyut memang tak terkata. Masa tu aku dah tolak semua air makanan ketepi. Dalam otak ni sakitsakitsakit. Minum pula teh o ais adik aku,kurang sakit. Sah tak boleh makan benda panas. Mee hoon dengan horlicks bagi pada adik. Nasi goreng adik aku jamah sikit je sebab gigi dah sakit.
Pertama kali aku sakit gigi kat tempat awam. Tunggu adik makan 2 pinggan tu makan masa juga. Teh o ais pin sudah mahu habis. Aku kolom air tu kurang sakit tapi bila ais habis sakit kembali. So berulam air la. Minta order lagi horlicks bungkus yang letak straw untuk minum. Sekali lagi kesabaran aku diuji. Gigi memang dah sakit sangat, makcik tu boleh buat air terkedek-kedek dah tu dia ikat mati air horlicks aku tu. Adik aku suruh makcik tu ikat semula. Dah la nak buka ikatan pun payah. Seperti baru pertama kali ikat minuman gantung. Time tu rasa nak hentak je meja makan tu. perghhhh sakitnya gigi jangan cakapla. Barulah aku fahami bagaimana sengsara sakit gigi.
Disebabkan adik masih sakit kepala terpaksa la aku drive dalam kesakitan tu. Kena la dia jadi pemegang air air yang setia sampai balik umah. Setiap kali sakit aku minum kolom telan. Sepanjang perjalanan. Kembung perut. Adik la banyak bagi semangat sepangjang perjalanan balik sakit gigi tu. Dia suh singgah kedai mamak nak carikan ubat. Terima kasih la kat adik aku sebab ambil berat masa aku sakit gigi hari tu. Yele dia dah ada pengalamankan.
Sesampai je rumah, mak pula kata paip sink bocor. Waduh-waduh...gigi dah ar sakit. Pastu aku tengok memang banyak la periuk tersadai. Besen bawah sink memang penuh air. Nak tak nak kena la aku tengok apa masalah paip tu. Ku gagahkan juga diri. Makan ubat dulu baru main air. Rasanya boleh repair tapi spanar hidup pula tiada. Minta tolong adik. Nasib la dia dah reda sakit kepalanya. Tenaga lelaki nak pulas kuat sikit dari aku yang sakit gigi ni. Syukur adik faham dan dia pun menolong. White tape balik tempat tu dan alhamdulilah dah kurang tapi tetap kena guna spanar hidup kalau mahu betul ketat. Buat keje barang tak cukup macam ni la jadinya. Guna kain je putar.
Hari ni masuk hari ketiga aku sakit gigi. Tapi kesakitan dah kurang cuma aku perasan aku tak boleh minum minuman manis pasti kesakitan menerjah dengan sangat pantas. Selalunya memang aku bawa bekal air manis, disebabkan aku ank habiskan juga air sebelum balik. haa...Amekaw sakit gigi mencengkam padu. Herm tersadai aku dalam kerete malam tadi sebab tunggu orang pulang bekas makanan basuh lama sangat...huhu...Konon nak makan ubat kat umah je, tapi tunggu punya tunggu dalam kete memang dah tak boleh blah skit giginya. Terus makan panadol. Cerita kat adik. Apalagi kena gelak la. Lain kali jangan minum air manis lagi-lagi air cendol yang bergula tu. ok.minum air masak jer. Time nak tido miqo lak datang. Dah baik-baik tido dengan adik aku dalam bilik, terjaga lak dia. Kena la tunggu dia tido baru aku alihkan. Bukan apa aku takut terpenyek dia. Dah nyenyak aku pun alihkan jauh sikit dari aku. Apapun memang tidur tak nyenyak. Kejap rasa dia ada kat kaki, kejap rasa ada kat tepi pinggang kejap rasa dia main gigit-gigit seluar. Tu yang aku malas tido dengan miqo ni. Mainan dia MR RABBIT ada dalam tempat tido dalam bilik adik aku pula tu. Disebabkan mengantok aku biarkan je dia gigit-gigit seluar. ''Miqo-miqo napa la tak tido dengan abang ko, ni tidur dengan along memang la along tak dapat tidur nyenyak sebab takut terpenyek ko''.
Apapun inilah pengalaman pertama aku sakit gigi yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Gigi geraham ni aku dah mula tampal sejak umur 4 tahuun. Kira gigi pertama yang aku tampal dalam hidup aku. Pecah tampal pecah tampal. Doktor ada kata tampal ni melambatkan rosak tapi tetap akan rosak. Boleh tahan 4/5 tahun je. Tapi bersyukur aku masih ada gigi rosak ni hampir 20 tahun. Terima kasih gigi sebab bagi aku pengalaman yang ternilai bagaimana Allah menciptakan urat nadi dalam gusi gigi ku.

2 comments:
hahahahahaah....sblm ktawe sy nak ckp..ksian akk sbb sakt gg....ok dah...skrg nk ktawe lak...hehehehe...klaka la cte ni....memg sakt gler ble gg sakt....ase time 2 cm salurn nafs pon nk t'henti....kikikih...apepon...t'baik entri ni...heheh
wah gelak la yer...sakit gg tak kelakar yer...sakit ooo...bila supervisor bg tips guna garam ,ada la kurang sakitnya...dh seminggu sakit ni..kalau sakit gak mak kata kena cabut la tu...wawawa...
Post a Comment