Ehemehemehem....Bukan tak ada cerita tapi sengaja nak simpan sejarah dalam blog aku ni. Bukan nak mengatal tapi entahlah. Diperkenalkan dengan seseorang oleh seseorang. Macam mana aku boleh setuju. Aku pun kurang pasti keputusan yang aku buat ni. Otak aku masih berpaksi tegak,emm tah la....
2 hari lepas Mr R mengirim sms. Sekadar bertanya khabar. Kami tetap meneruskan persahabatan walaupun tiada jodoh antara kami. Tiada la nak bermusuhan. Yang paling gembira dia akan melangsungkan majlis perkahwinan dia tahun depan dengan gadis yang terbaik buat dia.
Sms yang dihantar bukan sekadar itu sahaja tetapi mahu memperkenal seseorang pada aku. Mungkin sebab rasa bersalah, kerana lebih 10 tahun aku setia padanya. Namun disebabkan kami berjauhan dan membawa haluan sendiri semasa belajar. Dia ingat aku dah cari yang lain..huhu..kisah lama.
Sebenarnya sejak setahun lepas dia mahu perkenalkan aku pada sahabatnya ini, tapi aku yang menolak. Entah macam mana semalam aku boleh bersetuju.wahwahwah...nak mengatai namanya ni. Bukanlah...Macam kata Mr R apa salahnya berkawan dulu kan. Aku hargai niat baik Mr R ni..
hahaha...malam semalam Mr S tu dah mula sms aku. Aku pun tak pasti tindakan aku ni betul ke tak. Sebab nya aku macam dah terpengaruh dengan buku ''Pemilik cintaku selepas Allah dan rasul''. Tapi ada ke orang macam tu zaman sekarang ni, macam dalam buku. Tu pun kalau korang dah baca.
Apapun sesi perkenalan dah pun bermula. But very shy la. Macam tak reti nak cari sendiri sampai kena ada orang perkenalkan lak. Apa pun doa yang terbaik je lah. Ada rezki ada jodoh ada lah. Berusaha dan berdoa jalan terbaik. Jika Mr S yang terbaik buat aku satukanlah hati kami dalam keadaan paling baik dan bebas dari perkara mungkar.
Jangan ingat aku nak mengatai pulak yer, macam kata 'Hilal Asyraf' dalam buku dan blognya, cinta tidak akan datang dengan sendirinya tanpa kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Seperti laci tidak akan terbuka tanpa tangan kita yang menariknya.
2 comments:
sweetnyeee kak...mai pon nk lah...kikikikikih..grau je...hehe...mai ase...org crikn lbh baik dr cri sndri kot...sbb mai memg ske org crikn...hehe,,cth..mama yg cri jodh mai sndri nti...hahaha gatainye adk sdare akk ni....hehehe
ewah2...nak gak..meh akk kenal kn..dia budak BP..dekat la ngn kluang...hehe
Post a Comment