Followers

Translate

Wednesday, April 4, 2012

J.O.M.E.M.B.E.R.I

Selalunya kita akan merasa payah atau sukar hendak memberi sesuatu kepada seseorang. Malah kadang-kala disertakan dengan kata cacian dan herdikan. Nampak sangat tidak ikhlas memberi. Tahukah dari mana datangnya rezeki yang ada di tangan kita itu.

'tak ada duit kecil la', 'saya yang bekerja kenapa nak beri pada dia', 'dia nak, kena la cari sendiri', ' ini aku punya la, mintak kat orang lain la', 'lain kali la dik' dan macam-macam lagi. Korang pernah terfikir tak? atau aku je yang terperasan keadaan demikian dan kadang-kadang aku sendiri ada terbuat dialog macam tu. Korang ada buat tak?haha..ngaku je la jangan malu-malu...

Seperti selalu yang menerima pasti akan lebih gembira tetapi selepas ini jadikanlah diri sebagai pemberi yang ikhlas kerana pemberi adalah orang yang lebih gembira kerana setelah melihat penerima gembira mendapat sesuatu yang dipinta. Pemberian dengan ikhlas hati kerana Allah walaupun sedikit pasti akan memberi seluruh ketenangan kerana memberi dengan kasih sayang. Kasih sayang tidak dapat dibuat-buat jika dipaksa.

Jika anak kecil meminta dibelikan gula-gula setelah ibubapa balik dari kerja. Bayangkan keadaan anak kecil itu jika ibubapa tidak membelikan apa yang diminta dengan situasi lain dimana riak wajah anak kecil itu semasa menerima gula-gula tersebut. Sesungguhnya sebagai ibubapa akan merasa lebih gembira sebagai pihak memberi walaupun dengan gula-gula, tapi di semaikan dengan kasih sayang. Apatah lagi anak-anak yang menerima.

Sebagai pemberi juga, dalam tersiratnya Allah telah mengutuskan kita sebagai perantara kita dengan orang yang memerlukan itu. Jika kita tidak memberi dengan ikhlas walaupun sedikit secara tidak langsung sebenarnya kita juga telah menutup pintu rezki pada orang lain. Seperti dalam kes anak kecil tadi kita telah memberi rezeki pada pemilik kedai dengan membeli gula-gula. Nampak bukan memberi dan menerima sama-sama penting dan akan menjadi lebih indah memberi dengan niat ikhlas kerana Allah.

Sekali kita memberi kebaikan, insyaAllah akan dibalaskan dengan berganda kebaikan yang kita tidak nampak. Namun janganlah niat memberi untuk mendapat balasan tetapi sekali kita memberi dengan ikhlas kerana Allah pasti ada rezki yang akan diberi untuk situasi yang lain pula.

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Cakap tidak semudah yang diatakan. Oleh itu mari praktikan perkara ini. Bukan hanya dengan wang ringgit malah memberi dalam pelbagai bentuk seperti menghulurkan tenaga, memberi nasihat, memberi pinjam telinga(menjadi pendengar), mendoakan kesejahteraan, melantonkan idea malah senyuman ikhlas juga sebahagian dari tugas memberi. 
J.O.M M.E.M.B.E.R.I

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi