Followers

Translate

Tuesday, April 24, 2012

Seronok berkampung di Lenggong Grik Perak

Memulakan perjalanan dengan keadaan yang agar sukar kerana hujan lebat melanda pagi itu. Semasa berjalan kaki menuju tempat yang dijanjikan aku terpijak lopak air menyebabkan air masuk dalam kasut. Buatr pertama kali kasut basah. Ye le selalunya hidup penuh kesenangan dihantar diambil. Tapi sekararang semua kena buat sendiri. Koyakkan buku sumbat dalam kasut dan keringkan stokin sementara menunggu student yang lain. Kebetulan pula hari tersebut ada pesta konvo di USM, maka banyak jalan yang ditutup dan van USM terkandas untuk mengambil kami.Perjalan kami lewat sejam setengah dari jadual asal.

Sampai saja diasrama Pusat Lapangan Arkeologi Lenggong, berkemas untuk ke kampung yang telah disenaraikan. Satu pengalaman yang sangat baru dan sebelum membuat temubual dari rumah kerumah banyak tips yang aku tanya sebab kami akan bergerak secara individu. Kmpg Gelok banyak rumah yang dekat tetapi disebabkan teknik kurang berkesan hanya mendapat 9 set soalan terjawab. Sebagai balasan pada yang sudi menjawab kami hadiahkan cenderamata tuala sebagai kenangan. Pulang ke asrama jam 6 petang. Sangat penat dan lapar. Makan malam dan tido.

Seawal jam 8 pagi bertolak ke kampung Temerlong..haha aku pun lupa nama kampung tu. Tapi hari kedua aku dah daptkan beberapa tips. Aku buat all out. Sebelum makan tengah hari aku dapat siapkan 12 set dan petang 15 set. Hebat. Agak seronok hari kedua. Orang kampung jenis dah maju sedikit berbanding kampung semalam. Sambutan lebih baik dan mudah. Ada yang bagi kueh, buah-buhan, makan mee, naik kembung pergi tiap rumah disajikan minuman.

Awal pagi juga kami bertolak. Kami seramai 6 orang dari USM dan dibantu oleh sepasang adik beradik penduduk kampung sebagai pemandu pelancong kami. Hari ketiga dari awal pagi mood aku kurang enakmungkin sebab sudah terlalu letih. Tak seceria semalam. Jam 11 pagi aku sudah berpuluh kali menguap semasa intibiu dijalankan. Betul-betul jam 3 petang aku dah terdaya untuk berjalan lagi. Mana tak nya jalan pergi rumah orang. Penat berjalan dah sampai kena terangkan apa tujuan kita datang dan teruskan dengan soal jawab kalau mereka setuju untuk diintibiu jika tidak kena l api cari rumah seterusnya. Bercakap pun penat tau. Dapat la merasa naik beberapa gua antaranya gua puteri. Pertama kali la aku masuk gua. Teringat kat kawan aku yang suka giler kot aktiviti  gua ni iaitu zidot dengan eira. Kawan masa kat UPM dulu. Masa datang gua tu pun ada team yang berkhemah kat situ. Mereka sedang masak. Sayangnya ada kawasan gua yang diconteng. Itukan warisan sejarah.

Kalaulah ada masa lebih aku nak je pergi tempat yang disoal dalam set soalan macam ladang rusa,ladang teh, banjaran titiwangsa dan gunung hijau, makam sejarah, tempat perak man, muzium arkeologi lenggong, tempat proses pekasam  kampung orang asli, bukit bunuh tempat komunis, bukit sapi yang dikatakan ada kesan letusan gunung berapi, berkayak di tasik raban, memancing di kolam ternakan dan maca-macam lagi la. Memang seronok masuk kampung. Bukan saja orang kampung yang peramah, aku rindu sangat pada anak ayam, angsa, itik cat. hampi setiap rumah ada kucing dan ayam. Kalau ada arwah atuk dan nenek mesti aku masih boleh bermain ayam di reban. seperti terngiang-ngiang suara nenek menjerit ''jangan kejar ayam nenek tu nurly''. Aku serios seronok dan paling syok setiap kali berkesempatan bergambar, gambar meow la yang aku ambil berbanding gambar aku sendiri membuat keje intibiu. Hari ni keje tido bangun tido bangun je. Aura nak edit journal yang Doktor Mas nak tu, nak buat macma tak ada semangat. Mungkin badan letih sangat. Apapun aku tak siap 15/60...hahaha..

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi