Followers

Translate

Wednesday, November 28, 2012

Tanjung Asam, Teluk Kumbar


Teruja tak melihat pemandangan yang indah di Tanjung Asam. Tempat istirehat yang sangat menarik untuk dikunjungi oleh seisi keluarga. Persekitaran yang bersih. Air yang jenih serta pukulan ombak yang sederhana. Kelihatan anak-anak ikan berenang-renang di gigi air menonjolkan betapa bersihnya air pantai. Udara yang segar serta jauh dari hiruk pikuk kenderaan.
Perjalanan mengambil masa setengah jam dari Sungai Dua jika jalan tidak sesak dengan raksaksa jalanan. Untuk peringatan kawasan ini tiada lingkaran komunikasi terutama talian telefon bimbit dan frekuensi radio. Sangat sesuai untuk jauh dari masalah kerja atau bingit jeritan telefon bimbit. Menjadi masalah juga jika sebarang perkara tidak diingini berlaku karana tiada talian komunikasi.









Desiran ombak yang menenagkan jiwa kerana setiap desir menggambar makhluk ciptaan Allah selalu berzikir tanpa henti.

Terima kasih pada sahabat-sahabat yang menemani percutian di Tanjung Asam.
Sayang korang semua dunia akhirat insyaAllah
Moga kita hidup bahagia dengan penuh keceriaan dan bersemangat untuk terus melakukan ibadah seperti alam sentiasa berbisikkan zikirnya sepanjang masa tanpa henti yang menyelinap dan menyerap masuk ketenangan dalam jiwa semasa kita menikmati keindahan ciptaan Allah di Tanjung Asam.




Sama-samalah menjaga alam sekitar
Ingat jangan buang sampah merata-rata

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi