Wah canteknya...macam mana nak buat macam ni?
Buruk je..tak ada yang istimewa pun.biasa-biasa sahaja
Apa motif yang ko tangkap ni.. aku tak fahamlah..subjeknya apa?
Aku suka gambar ni...Aku lak suka gambar tu
Kesimpulannya
Gambar itu bersifat dan bermakna subjektif, lain orang lain pandangannya pada hasil sesuatu gambar. Saya senaraikan beberapa sebab kenapa gambar itu dipandang/dipuji/dikutuk/disukai kerana:
1. Sememangnya pemandangan / situasi di tempat itu sudah semestinya cantek / ceria
2. Kamera yang digunakan berlense elok seperti leica atau carl zeiss atau yang best(walaupun hp/kompak)
3. Kita berada dalam mood 'cun' / happy untuk tangkap gambar
4. Apa yang kita tangkap itu perkara yang kita suka macam bf/gf/famili, pemandangan,kucing,kereta..haha
5. Teknik atau perspektif gambar kita unik dan rare
6. Motif / subjek dan makna gambar itu dapat difahami
7. Aura dari gambar itu sendiri seperti kenangan atau sejarah peristiwa
8. Kamera kita canggih sangat kononnya
9. Berjaya tiru teknik photo dalam majalah
10. Pengalaman pertama tangkap gambar (1st guru)
11. Korang memang perasan dan syok sendirila...hahahaha
Apa pun penilaian dan perspektif orang terhadap gambar yang anda hasilkan. Silalah nilai dari pelbagai sudut. Dalam 1000 keping dapat 10 keping yang cantek sudah memadai. Terus geledah dunia kamera yer. Jangan putus asa kerana semakin banyak kita belajar semakin kita kenal dunia gambar. Banding hasil tangkapan kita dengan tangkapan orang lain agar kita dapat belajar sesuatu.
Bandingkan.
Jangan syok sendiri.
Selamat Menembak.
No comments:
Post a Comment