Famarsi D’Apotic sebagai hadiah ulangtahun kelahiran ku. Seketika cuma, reti pula aku nak bermakeup2 ni. Kemudian diterima masuk sebagai kerani tapak di Gelang Patah namun memonopoli tugas di Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP). Turun naik lori tu perkara biasa la. Maki hamun tu dah jadi makanan setiap hari. Telefon bimbit adalah nyawa terpenting. Nak order barang, nak cari pekerja buat keje kat mana, nak minta kunci pintu dari pegawai PTP, kena sentiasa berkredit. Ada saja kerosakan menjerit-jerit la telefon aku tu nanti. Bayangkanlah satu pelabuhan tu aku cover, dapat aduan kerosakan, telefon anak buah pula untuk arahkan mereka ke lokasi dan selesaikan kerosakan. Muka aku memang muka tandas sebab masa aku masuk keje, company aku tengah kontrak repair tandas. Sebab tu aku jaga 1 pelabuhan kerana dimana ada tandas disitu ada muka aku termasuk juga me’repair’ pintu. Untung juga kerana semua tempat aku boleh masuk termasuk la bilik ceo PTP ditemani pegawai polis, tandas pegawai tinggi, kantin, gudang-gudang serta mana-mana tempat yang tersumbat. Pernah pecahkan tandas sebab mahu keluarkan bangkai ular, tandas tersumbat akibat seluar dan baju dalam. Bergelumang dengan najis setiap hari dan semakin hitam kerana jaga projek cat dan membuat jalan disekitar pelabuhan. Akhirnya aku jadi pandai menukar paip dirumah ku sendiri. Termasuk juga menampal sink bocor di rumah nenek. Perkara yang aku tak akan lupa apabila bos memaki hamun kami dengan perkataan ‘anak haram’ telah membuatkan aku meletak jawatan 24 jam. Muka aku memang ‘wanted’ sebabnya aku perempuan yang keje outdoor, pernah kena ‘stop work’ dengan bomba selama 3 jam kena ceramah sebab guna wayar nampak timah, masa tu baru je 4 hari aku bekerja dan yang paling aku tak akan lupa adalah kes dadah pekerja aku buat sampai tebal muka keluar masuk balai mengadap pegawai polis. 2 kali kena rush nasibla aku tak kena buat urine test skali. Sampai sekarang anak buah aku ni semua rajin call aku tanya khabar. Mungkin sebab aku rajin teman mereka buat keje dan sangat kuat membebel jika mereka main-main.hahaha…
Pages - Menu
Followers
Translate
Saturday, December 31, 2011
Buletin 2011
Famarsi D’Apotic sebagai hadiah ulangtahun kelahiran ku. Seketika cuma, reti pula aku nak bermakeup2 ni. Kemudian diterima masuk sebagai kerani tapak di Gelang Patah namun memonopoli tugas di Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP). Turun naik lori tu perkara biasa la. Maki hamun tu dah jadi makanan setiap hari. Telefon bimbit adalah nyawa terpenting. Nak order barang, nak cari pekerja buat keje kat mana, nak minta kunci pintu dari pegawai PTP, kena sentiasa berkredit. Ada saja kerosakan menjerit-jerit la telefon aku tu nanti. Bayangkanlah satu pelabuhan tu aku cover, dapat aduan kerosakan, telefon anak buah pula untuk arahkan mereka ke lokasi dan selesaikan kerosakan. Muka aku memang muka tandas sebab masa aku masuk keje, company aku tengah kontrak repair tandas. Sebab tu aku jaga 1 pelabuhan kerana dimana ada tandas disitu ada muka aku termasuk juga me’repair’ pintu. Untung juga kerana semua tempat aku boleh masuk termasuk la bilik ceo PTP ditemani pegawai polis, tandas pegawai tinggi, kantin, gudang-gudang serta mana-mana tempat yang tersumbat. Pernah pecahkan tandas sebab mahu keluarkan bangkai ular, tandas tersumbat akibat seluar dan baju dalam. Bergelumang dengan najis setiap hari dan semakin hitam kerana jaga projek cat dan membuat jalan disekitar pelabuhan. Akhirnya aku jadi pandai menukar paip dirumah ku sendiri. Termasuk juga menampal sink bocor di rumah nenek. Perkara yang aku tak akan lupa apabila bos memaki hamun kami dengan perkataan ‘anak haram’ telah membuatkan aku meletak jawatan 24 jam. Muka aku memang ‘wanted’ sebabnya aku perempuan yang keje outdoor, pernah kena ‘stop work’ dengan bomba selama 3 jam kena ceramah sebab guna wayar nampak timah, masa tu baru je 4 hari aku bekerja dan yang paling aku tak akan lupa adalah kes dadah pekerja aku buat sampai tebal muka keluar masuk balai mengadap pegawai polis. 2 kali kena rush nasibla aku tak kena buat urine test skali. Sampai sekarang anak buah aku ni semua rajin call aku tanya khabar. Mungkin sebab aku rajin teman mereka buat keje dan sangat kuat membebel jika mereka main-main.hahaha…
Saturday, December 24, 2011
SELAMAT HARI ULANGTAHUN MOHD FUAD BIN HJ ISMAIL
Tuesday, December 20, 2011
Sunday, November 13, 2011
Bubur Merah
Wednesday, November 9, 2011
''apa yang yaya ada, nikmatilah''
Tuesday, November 8, 2011
Kali Pertama Aku....
Kali pertama aku kena sakit gigi. Sejak ramadhan lagi aku sudah merasa kurang selesa pada setiap pagi apabila bangun tidur. Tapi pada hari itu,
Sunday, October 30, 2011
Bila aku suka seseorang.....shyyyy
Bila aku suka seseorang
Aku suka buat dia marah
Sebab aku tak nak dia tahu yang aku suka dia...hahaha..jahat tak aku...
Bila aku suka seseorang
Aku suka buat perangai jahat
Supaya dia nampak aku ni buruk perangai....hahahaha...nakal tak aku
Bila aku suka seseorang
Aku suka buli dia selalu
Agar dia tahu yang aku ni tak baik dan suka membuli
Bila aku suka seseorang
aku suka uji kesabaran dia
sebab dia akan marah-marah dan tak suka aku
Bila aku suka seseorang
Aku suka jauhkan diri dari dia
supaya hubungan kami tidak terlalu rapat
Bila aku suka seseorang
Aku akan keraskan hati macam batu
Sebab aku takut terjatuh cinta kat dia...hahahaha
Kenapa aku buat macam ni
Sebab dulu aku tunggu seseorang tu
Aku setia kononnya kat dia ... eeee
Kenapa aku buat macam tu
Sebab aku takut tersuka kat orang lain pula selain dia
Tapi orang yang aku tunggu tu pun dah ada orang lain...huhu..
Kenapa aku masih buat macam tu
Sebab aku dah terbiasa takut nak suka orang lain
Wahhh...aku dah tak tunggu sapa-sapa jadi bolehlah suka orang lain kan
Kenapa aku buat macam tu
Sebab perasaan takut aku tinggi sangat
Ish tak boleh la aku kena berani
Walau macam mana sekali pun aku suka seseorang
Aku hanya berdoa agar bertemu jodoh dengannya
Kerana Dialah yang berhak menggetarkan hati kami
Moga Allah menjaga hati dan tingkah ku
Kerana aku adalah milik Allah selamanya
Ingatkanlah hambamu ini pada batas-batas pergaulan
Saturday, October 29, 2011
Aku kuat merajuk???
Wednesday, October 26, 2011
BAJU ISTIMEWA SUDAH SAMPAI
Kot-kot asyik emo je, datang la bungkusan yang dinantikan dari Perak...huhu...suspen, teruja, gembira, tak sabar semua ada. Yela tak sabar nak tengok hasilnya macam mana....Cuma tahu warnanya biru... Mula-mula buka bungkusan sopan je tapi dah tak sabar aku rabakkan je...hahaha. Terus buang dalam tong sampah.. Apa yang penting adalah isi dalam. Dengan teruja aku melihat isinya...wah cantiknya...Nak tahu apa yag aku maksudkan ini. Sepasang baju kurung yang dikait oleh makcik ku di Gopeng. Dia yang pilihkan warna dan macam tahu-tahu je aku suka corak batik. Pandai Mak Yang aku pilih la..TERBAIK...Apa yang best Mak Yang berpakat suruh cakap pada mak yang baju ni tak sempat siap. Ada-ada sahaja Mak yang nak bergurau dengan emak. Tapi semalam sudah terkantoi sebab mak masuk bilik aku...huhu...
Ini baju ketiga yang Mak Yang kaitkan untuk hari-hari bersejarah aku. Bangga giler la aku pakai baju yang Mak Yang kaitkan ni....Makcik aku buat ni oiiiii...Lihat lah dunia....kikiki.. Ni Baju ke tiga yang dia buatkan. Baju pertama semasa aku khatam Quran masa kecik-kecik dahulu. Tak ingat darjah 5@6. Aku masih simpan baju tu walaupun tak berapa muat nak pakai...almaklum lah tinggi tak ada tapi isi makin banyak... ini bajunya>>>>>
warna kinung telur
Baju kedua adalah semasa kahwin Abang Long di Pahang. Ini bajunya...>>>>>>
pu
dan untuk hari istimewa akan datang ni....inilah bajunya...jengjengjneg
Biru
Cantek bukan...haha tau korang jeles....so pada sapa-sapa yang dah mendapat jemputan tu...apa lagi..tak reti-reti nak datang...meriahkan majlis....huhu...k....nanti jumpa korang yer...nanti kite tanggap gambar dengan baju aku ni yer...gagagaga....
Saturday, October 22, 2011
Pasang penyangkut langsir kat rumah pak cu
Pagi-pagi hari dah dikejut oleh ayah untuk diajak ke rumah pakcu...Niat hati masih mahu bermalasan dirumah. Mengenangkan akan tinggal sorangg kerana mak ikut sekali,maka bangun la juga. Tak tau la pesal dari semalam aku cam tak ada mood je..Gi la jugak dengan hati yang berat....lagi dan lagi aku bawa je kamera tapi tak ada memory kad nya...hampeh betul la aku ni...dah argh... aku ni tak ada hp berkamera...kalau tak boleh tunjuk kat korang kami bertungkus lumut pasang penyangkut langsir 1 rumah pakcu....
Mood tetap tak ada, bermalasan sambil baca buku..bila ayah panggil tolong baru tolong ...hehe..Mungkin sebab aku biasa dan ada basic buat kje-kje kasar ni..ala kacang jer....setakat ukur pintu tingkap kemudian potong batang besi tu..remeh je...dah tu nak jimatkan kna la ukur mna yang sesuai....serah saja pada aku...beres...Sakit juga tangan menggergaji sebab 2 hari lepas main badminton. Ayah punya pasal tak mengapa...siap akhirnya tugas aku..mak pula tolong pegang tangga dan hulurkan barang...Aku nak tolong ayah drill memang la tak dapat sebab aku terlalu tinggi...hhihihihi...jadi kerja-kerja mengukur,potong sesuai la...akhirya cantek la umah pakcu...mak siap pasangkan langsir lagi...wah sedihnya aku tak ada hp berkamera....tengok lah nti kalau ada duit lebih aku cepat2 beli hp baru...
Pada saudara ku yang berada di melaka,terengganu kluang dan sebagainya, mai la umah baru pakcu...cantik oooo. Jangan pulak buat muka pelik...aku tolong promote umah pak cu aku...hhihi...mungkin lepas ni projek kat rumah nenek pula....jom datang tengok
Thursday, October 20, 2011
Very Appreciate
Dan akhirnya pas balik kerja kami betul-betul main badminton. Yang paling tak boleh blah tu supervisor aku yang pasangkan lampu...haha tanda setuju kami main badminton. Walaupun main banyak gelak,dah macam chalicaplin aku rasa....hahaha...macam-macam krenah dah macam kanak-kanak riang aku rasa kuar dari rumah jumpa tanah....hahaahahaha..termasuk aku sekali la sebab aku dah lama kempunan nak main badminton ;(.
Tak kisah la mereka main macam mna pun , yang paling aku hargai adalah kesudian ruang masa dan tenaga mereka menunaikan hajad aku ..wawawawa...terharu...VERY APPRECIATE...Aku akan ingat sampai bila-bila..kot ada peluang rasa cam nak main lagi lo.
Memang bestlah kan sebab buat apa yang kita suka. Tapikan tengah syok-syok main bulu tangkis aku boleh lak terkena muka supervisor aku ....atoyai..tak sengaja la...mesti dia malu n sakit kot..dah la malam tu dia tampal muka dengan handyplas sebab ada jerawat..pastinya bertambah ar luka kat muka sebab kna bulu tangkis..huuhuuu..sian bos aku..dah minta maaf tapi jangan aku kena buang kerja udah le..gara-gara smash supervisor...serius tak sengaja....BOS...SAYA MINTA MAAF YER!...
Kepada geng-geng main badminton...MISS U ALL ;)
K la aku jumpa lagu ni nk share kat korang ..best tau lagu ni...mungkin sebab ada gitar yang bunyi tahap gaban bestnya...TERBAIK la Najaw Latif....Terimalah CARTA HATI
Wednesday, October 19, 2011
aku curi kereta ayah jap...hihihi...
Monday, October 10, 2011
rindu sangat pada kawan-kawan tapi....
Saturday, October 8, 2011
supervisor aku masak tau!
Friday, October 7, 2011
dah berpunya ke belum?
Wednesday, October 5, 2011
Kalau hati dah menyampah atau suka.APTB
Tuesday, October 4, 2011
'Duty' mati 24 jam
Tuesday, September 27, 2011
aku keliru kebelakangan ini
Monday, September 26, 2011
Angan-angan adalah percuma
Namun demikian tidak salah rasanya kita berangan-angan, kerana angan-angan ini percuma. Tidak perlu di bayar. Angan-angan tanpa usaha adalah seperti mat jenin. Ia adalah sia-sia. Tetapi jika angan-angan disusuli dengan usaha, doa dan tawakal ia sebahagian dari pembakar semangat untuk mencapai matlamat. Ia sebagai gambaran apa yang ingin dimiliki.
Oleh itu marilah kita berangan-angan kerana ia adalah percuma. Wah apa tunggu lagi cepat la berangan ;)
Thursday, September 22, 2011
Kerana Cinta, Manusia..........
Kerana Cinta Aku Turutkan
Cinta mengajarku erti
Kasih rindu dan luka
Tahukah engkau
Betapa aku sayang
Setiap hari kurindu
Dan terbayang wajahmu
Betapa syahdunya
Sunday, September 11, 2011
selalu macam ni tau
Saturday, September 10, 2011
ROKOK VS SYAWAL
Sunday, August 14, 2011
Perkara kecil impak besar(pahala-part II)
Thursday, August 4, 2011
Perkara kecil impak besar(pahala-part I)
Sunday, July 31, 2011
beg tangan baru
Saturday, July 30, 2011
encem tak aku??
Tuesday, July 26, 2011
maki tak hagak2
Monday, July 18, 2011
bos suka maki-maki lucah
Thursday, June 30, 2011
Sunday, June 26, 2011
MERAH TERSAYANG
Keasyikan tidur yang tidak boleh diganggu. Boleh bawa kendong kemana-mana pasti tidak terjaga.
Tuesday, June 21, 2011
Sekali lagi mengenai dadah
Assalamualaikum pada semua pembaca.
Saturday, April 16, 2011
ujian air kencing & ...
Wednesday, March 23, 2011
Disebalik kejadian Tsunami
& Salam Sejahtera,
Rahsia kejadian tsunami Jepun 11/03/11 dah dinyatakan dalam al-quran
1. Tarikh yang berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.
Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 ayat ke 4.
Rujuk di Quran.
1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".
2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
Ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.
Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.
3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.
4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.
5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
Di persilakan untuk share. Bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat..
Saya...
- yayashimano
- suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi