Followers

Translate

Thursday, July 26, 2012

10 kebaikan 1 keburukan

assalamulaikum,

Sudah lama tidak bercengkerama disini. Hari ni nak membebel satu perkara yang biasa-biasa saja. Sebab dah lama tak berdrama kan. Lagi-lagi bulan Ramadhan ni. Oh ye, Selamat menyambut Bulan Ramadhan pada semua umat Islam.

Setakat hari ni semua aktiviti berjalan lancar kecuali aku ni sering mengantuk. Tu yang saje menarikan jejari menaip disini. Puasa pertama diperantauan. Budak-budak rumah semua rajin memasak. Aku pun tumpang sekaki la. Bagus diorang ni. Rajin bersedekah. Belanje kawan-kawan makan, rajin pergi masjid, kerap bertadarus. Aku ni je yang ada penyakit M yang sangat besar. Bahaya lak tu. Tak ada ubat....

Fikiran ku ini ingin mengongsikan. Adoi rosak bahasa aku ni. Maaf yer. Duk teringatlah dalam bebelan dan contengan buku motivasi Dato' Dr Fadzilah Kamsah yang setiap kuburukan yang kita ingin tegur itu perlu di dahulukan dengan 10 kebaikan.

Secara semulajadi menurut hukum alam pun yang buruk itulah yang akan kita ingati berbanding dengan kebaikan. Setuju kan apa yang aku katakan ni. Kalau setuju kelip mata 3 kali. Kalau tak setuju kelip mata banyka kali..hehe..Janganlah kita mengenangkan SATU keburukan itu sepanjang masa. Cube kita renung kembali SEPULUH kebaikan yang telah kita perolehi. Tak adil bukan. Kita sendiri tidak sempurna. Kita tak boleh hidup sorang-sorang dalam muka bumi yang luas ini. Kita perlukan semua, semua yang ada, khazanah alam, doa dari ibu ayah dan kawan-kawan, hidup bermasyarakat, makanan yang sehat, pekerjaan yang terbaik. Walaupun kita ada Allah yang selalu bersama kita tetapi semua yang ada disekeliling kita ini adalah menjadi PERANTARA untuk Allah menyalurkan bantuan pada kita. Secara tidak langsung kita semua adalah perantara yer kengkawan.

Jadi mari kita maafkan diri kita, ibubapa, sanak saudara dan semua sahabat-sahabat kita serta seluruh umat islam sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali mengadap Ilahi. Kenanglah 10 kebaikan berbanding 1 keburukan yang kita hadapi. Ayuh maafkan sekarang juga. Jangan tangguh-tangguh yer. Jumpa lagi nanti.

Wasalam,

Saturday, July 7, 2012

aku menyimpan la sebab aku nak beli

Sangat terasa hati bila orang duk menghimpit dengan ayat penyataan bahawa adik beradik dua orang, minta apa pun makayah bagi. Bapak orang kaya minta apa pun dapat. Silap la wei !!! Aku bukan jenis macam tu ok. Yang kaya tu makayah aku tapi bukan aku. Dari kecik mak memang ajar aku menabung. Kalau nak beli sesuatu tu kumpul duit sendiri. Ingat lagi kalau nak beli majalah 'kawan' zaman aku tu dulu siap kongsi duit belanje sekolah dengan adik.

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi