Followers

Translate

Saturday, April 16, 2011

ujian air kencing & ...



Malam yang hening,mereka berbual seketika mengenai pelbagai perkara. Diluar beranda kelihatan cahaya samar-samar dari lampu jalan. Bunyi cengkerik dan katak berirama beralun selang-seli bagaikan melodi lagu indah terjadi secara semula jadi..

man:naz.marilah tolong potong rambut aku ni. Panjang dah ni.

naz:boleh, tapi ko sediakn barang-barang dulu baru aku datang.

man:orait , beres bos.tunggu jap aku bek kat dalam

ktik...suis dihidupkan...ngerrr...zlupsss..zlupsss..bunyi rambut yang dipotong dengan mesin jatuh gugur kebumi...mereke bercerita pelbagai perkara pasal kerjaya,kehidupan politik,sukan,kereta dan macam-macam lagi, tiba-tiba...shreeettttt..sebuah jip dan kereta peronda polis masuk ke perkarangan rumah dengan keadaan yang sangat mengejutkan.dush..kepakkepap...rumah telah siap dikepong dan seorang pegawai datang kearah kami.

pegawai:kami polis,kami datang untuk membuat pemeriksaan pada kamu semua.Berapa orang dalam rumah ni?

man:5 tuan

pegawai:mana yang lain?

wan:kat dalam la ..

pegawai:mintak kad pengenalan kamu!panggil sekali yang lain.ka
mi nak check urine kamu semua(dengan nada yang kasar dan serius)

wan menjeling kearah man sambil memberi bahasa isyarat...kami semua masuk kedalam umah dan diberikan sebotol seorang supaya kencing dan akan dibuat pemeriksaan keatas air kencing tersebut samaada positif atau negatif.Naz,wan,man,din, dan mat masing-masing menunggu giliran untuk kencing di tandas.

pegawai:kalau ada sapa-sapa nak mengaku ambek barang,
bagi tau je la.tak payah sorok-sorok.aku syak ko memang tegar beb.ko betul tak ambek?baik ko cakap.ko hisap apa?

man:saya tak hisap barang cik,sy hisap rokok je.betul tuan,sumpah ,saya tak hisap barang.

4 batang tester dicelup ,memang ternyata negatif.betul-betul pegawai ini mengesyaki man.tapi ternyata memang negatif

pegawai:ko plak ?hisap apa?cekap je,kot nanti senang diringan hukuman.sebelum pe-pe jadi baik ko cakap.senang je.mengaku ko ambek apa bro?

naz:saya ambek tuan,saya ambik ganja(dengan nada terketar- ketar naz menjawab)

manakala wan,din,dan mat sedang menunggu giliran diambil ujian air kencing. ujian air kencing dilakukan untuk pengesahan bahawa positif atau negatir terlibat dengan bahan terlarang iaitu dadah.din pula tidak boleh buang air,terpaksalah lama menunggu. akhirnya ternyata tiga daripada mereka positif dadah.polis cekap sahaja mencium lubuk-lubuk yang ada untuk mereka serbu.ternyata sepandai-padai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. sambil itu anggota yang lain menggeledah rumah.kereta ,motor,lori,pacuan 4 roda semua diperiksa cukai jalan, no siri kerana menjalankan tugas.akhirnya mereka yang bersalah dibawa k
ebalai.

*ini adalah kisah benar yang telah diubah suai watak dan jalan ceritanya.jika perkara sebegini berlaku pada diri kamu semua atau pada salah seorang ahli keluarga kamu ataupun kenalan kamu.Apakah yang akan kamu lakukan?berdiam diri?terus berkawan dengan mereka?menjamin mereka keluar lokap?aku sendiri berada dalam kebuntuan.diluah keluar darah ditelan rasa nanah.tidak pernah terlintas langsung dalam kotak pemikiran aku yang akan menghadapi situasi sedemikian rupa. semua in takdir qadaq dan qadar Allah untuk aku lalui sebagai pengalaman yang akan tersimpan rapi dalam lipatan sejarah hidupku.berwasapadalah dalam semua perkara yang ingin kita lakukan.
Pasti menitis air mata dan harapan ibubapa apabila mendengar berita anak mereka menghisap dadah.tidak kira heroin,ganja,syabu,ice dan lain-lain.ini bukan sahaja menjatuhkan maruah malah telah menghancurkan warisan negara kerana anak mudalah y
ang akan mewarisi kejayaan dan kemajuan negara,bukan merosakkan negara. janganlah sesekali mendekati dadah,sekali terjebak pasti merana sepanjang hayatmu.

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi