Followers

Google+ Followers

Translate

Sunday, February 26, 2012

Berdating di stadium.

Intan oh intan. Jejauh aku datang nak jumpa ko, ko bawak aku berdating di stadium. Dalam banyak-banyak tempat kat UTM tu stadium juga ko ajak aku berdating...haha..kelakar pun ada, tapi seronok juga kan. Ingat janji kite untuk next lokasi dating nanti insyaAllah.

Seronok la dapat bercerita dan tahniah kerana telah menjadi student. Ingat, jangan sesekali ko berputus asa walau segunung mana cabaran yang akan ko lalui. Terima kasih kerana telah meluangkan masa bersama dan aku sangat hargai. Melalui masa-masa yang sangat suntuk tetapi kurasakan sungguh bermanfaat. Bercengkerama di stadium, kemudian berpoye-poye di pasar malam. Yang paling aku hargai menemani dan membantu ibu. Sory kerana mencuri masa ko terlalu lama kurasakan.

Friday, February 24, 2012

Tersesat lagi

Hahahahaha....rasa nak gelak pun ada, geram pun ada. Semalam aku tersesat lagi. Mungkin disebabkan kepadatan tetamu awam yang sesak menggunakan rapid 301 aku terlepas stesen yang sepatutnya aku turun. Sudah la laluan 301 lebih jauh dari 303 jadinya menapak la dengan penuh syahdu dan tersenyum sendiri akibat kegagalan turun di tempat yang sepatutnya. Tak pasal aku kena berjalan hampir 35 minit. naik bus baru 15 minit. Menapak pun seronok juga sebab terjumpa meow warna oren. Sudah la tu berbulu panjang. Giler comel.
Memang tidak dinafikan suasana sekarang sangat berbeza. Walaupun hidup dalam rumah kotak yang tinggi dengan kawalan ketat pengawal namun untuk sampai aku perlu melalui sebuah kampung di tengah kesesakan kota. Jumpa kambing,ayam, meow...memang brutallah kampung ni. Seronok walaupun penat menapak setiap hari. Hari ni balik lambat so saing dengan budak balik sekolah. Terjumpa budak-budak main gasing,main kejar-kejar dan macam-macam lagi gelagat. Ramai member kat sini(ikan kelisa). Geram je rasa...
Apapun aku belajar sesuatu dari kesesatan perjalanan ku hari ini. Orang lain tidak dapat baca apa yang kita fikirkan melainkan kita meluahkan dengan kata-kata atau perbuatan. Maka bertanyalah atau tekan loceng jika sudah tersesat jalan....
Harap tidak tersesat lagi hari ni wahai khairiah...

Wednesday, February 22, 2012

aku tersesat jalan

Aku tersesat jalan.tah mana-mana jalan aku lalui kat lorong tu setelah turun dari bus 301..selaluny aaku naik 303.yakin je.Masa hari pertama dengan kedua aku di bantu oleh seorang makcik yang kebetulan melalui jalan yang sama ingin aku tuju. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan ku.
Sayangnya hari ini aku tersesat. Temui jalan mati dan banyak anjing. Lalu tepi kubur lagi.Selalunya aku naik bus dalam 10 min je dan jalan kaki dalam 20 min. Hari ini penat aku bertambah kerana berjalan kaki lebih 30 min.
Tapi yang seronok jalan kaki sesat tu aku jumpa banyak meow kat rumah-rumah tu.Aku kan giler meow, so berbunga-bungalah hati. Dah tu dalam kerisauan jalan mana yang harus aku tuju, aku mengangkat tangan pada seorang makcik dan dia menyapa ''baru balik ker''?. Aku membalas ''yer  makcik. Bertemu pula dengan kanak-kanak dalam umur 7/8 tahun menolak basikal. Aku cuba tersenyum. Yela takut tetap ada. Sudah la melalui kampung orang. Hilang sedikit kerisauan dan keletihan tatkala budak itu membalas senyuman ku.
Sungguh terasa diri ini tidak keseorangan di tengah-tengah kawasan yang sangat asing bagi ku. Harap aku tak sesat lagi esok...;)

Tuesday, February 21, 2012

Bila ada A.G.A.M.A........

Bila ada agama, kerje biasa pun dia akan gigih dan tak akan putus asa, amanah kerje halal.
Bila ada agama, miskin pun tetap bahagia sebab saling sayang dan anak2 pun sayang.
Bila ada agama, anak2 terbela terdidik Allah akan beri rezeki ikut cara lain.
Bila ada agama, kalau gaduh pun tak lama.
Bila ada agama, tenang ja sentiasa.
Tu sbb pentingnya agama.
Kalau ada rupa harta kaya kerjaya status pangkat tanpa agama, memang tak dak makna........
Tak bahagia

* pandangan dari seorang sahabat yang aku ceduk dan sisipkan disini dengan keizinannya untuk aku letak di blog aku. Terima kasih atas perkongsian dan pendapat yang hebat itu. Letakkanlah AGAMA ditempat yang tertinggi,insyaAllah DIA menjanjikan sesuatu yang istimewa dalam hidup ini.

Thursday, February 16, 2012

wawawa...dah berapa hari tangan ni tak pegang rubik....

rubik buat teman tido jer..
wat pandang2 jer.
sekarang ni kitaran hidup aku dah jadi lain..
sangat-sangat berbeza.
aku pun tak pasti apa yang aku buat ini keputusan yang tepat atau tidak.
semuanya baru dan sangat berbeza.
 wah cabaran dah pun bermula..korang yang membaca blog aku yang merepek terus ni..
doakan la aku dapat buat keputusan yang betul.
ditabahkan hati dengan sekental-kentalnya,
jika telah membuat keputusan ditetapkan hati,
jika belum dipandu untuk membuat keputusan yang betul,
dipermudahkan segala urusan,
dilimpahkan rezeki halal seluas-luasnya,
 di ukhuwahkan dengan semua sahabat ditempat baru yang sangat asing bagi aku
ditetapkan iman serta kesihatan yang berpanjangan..
terima kasih kerana mendoakan aku..
terima kasih kepada saudara syed putra yang telah menjebakkan aku..
selalu duk marah aku keje dah siap ke belum..haha..
aku rindu kat orang johor....
waawawawawawawa....
wawawawawawa...
wawawawa...
wawawa...
wawa..
wa..

Sunday, February 5, 2012

CUBE RUBIK AKU DAH SIAP......HOOOOREEEYYYY

HIPHIPHOREEEYYYY........................
Akhirnya cube rubik yang aku pening kepala buat selama ni siap juga....nampak tak kotak putih dan biru kat atas tu bukti dah siap. Mula-mula memang ego la main je tapi jadi stress bila orang asyik tanya bila nak siap atau boleh ke buat. Akhirnya aku tengok la kat utube. Tapi nak buat yang last layer tu memang susah gak. Tengok dalam utube memang la senang.. cer try buat...haha terkial-kial. Tapi siap gak....melompat-lompat tunjuk kat adik mak n sms kt kwn....huhu....mak kata berapa lama awak buat,siap gak. Sebelum tu ada share kisah menarik dengan adik semasa makan malam. Selesai makan malam main rubik dan mision complete. Bahagia. Harap terus bahagia dihari mendatang.

So sekarang dah tak ada mainan lagi...aku ada 6 jenis mainan rubik cume belum tercapai hajad nak cari yang bulat.....Kalau korang tau ada kat mana jual bagi tau yer...dalam hati dah tak nak main lagi rubik wat masa ni sebab tau rubik bulat susah nak cari...if terjumpa suatu hari nanti baru on balik main rubik. Kawan keje aku kata masa kecik aku tak bahagia sebab tak puas main. Sebab tu dah besar masih mein-main lagi. Terpulanglah nak cakap apa, mainan ni mahal so tak berbaloi kalau aku mintak makayah belikan,baik beli makanan atau barang sekolah masa kecik dulu. Selain tak kena bebel. hehe... Aku mula simpan kerete pun selepas PMR, memang kumpul duit sendiri baru beli. Mainan rubik yang aku ada ni  memang la nampak biasa tapi ada yang mencecah RM 80 sebuah..Yang murah pun aku layan beli kat kedai runcit je rm 6...Aku main saje nak menggerakkan minda. Mungkin ni cara aku hiburkan diri....Tak perlu nak bercuti jauh-jauh,tak perlu nak berkaroke mahal-mahal, mainan pun menghiburkan selain tengok kartun...

CUBE RUBIKS
SETI TIGA RUBIK
SILINDER RUBIKS
SNAKE RUBIKS
TWIST RUBIKS
RUBIKS 360 DARJAH;
:
:
:
:
BALL RUBIKS
?
?
?
?
SATU HARI NANTI

siaaaaaan bossss rindu kat mak diaaaaaa....

Huhuhuhuhu....bos buat puisi. ayat macam d masalah jer besar je..bila ditanya rindu kat mak katanya.hohohoho..rupa-rupanya masalah rindu kat mak...sian bos aku rindu kat mak dia..sabo eh...sket lagi kan nak balik kampung...ni aku tangkap gambo and tolong post kat blog. Kot nanti mak bos kat kampung beronline boleh la baca. Mula-mula ingatkan bos nak anta kat majalah ujang ke apa ke..ye le sebab buat aku gelak baca bila bos guna ayat SENGSORANG. Perosak bahasa betul...hahaha...

Thursday, February 2, 2012

hari ni aku bangun dengan kekecewaan

Selamat pagi...aku macam tak ada mood nak menulis tapi tak tau nak cerita kat sapa apa yang hati aku rasa...cerita-cerita pun lum dapat keputusan. Pikiran dengan hati aku ni tengah berat memikirkan sesuatu..mungkin ada juga yang telah tau mungkin ada yang tidak..

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi