Followers

Google+ Followers

Translate

Wednesday, November 28, 2012

Tanjung Asam, Teluk Kumbar


Teruja tak melihat pemandangan yang indah di Tanjung Asam. Tempat istirehat yang sangat menarik untuk dikunjungi oleh seisi keluarga. Persekitaran yang bersih. Air yang jenih serta pukulan ombak yang sederhana. Kelihatan anak-anak ikan berenang-renang di gigi air menonjolkan betapa bersihnya air pantai. Udara yang segar serta jauh dari hiruk pikuk kenderaan.
Perjalanan mengambil masa setengah jam dari Sungai Dua jika jalan tidak sesak dengan raksaksa jalanan. Untuk peringatan kawasan ini tiada lingkaran komunikasi terutama talian telefon bimbit dan frekuensi radio. Sangat sesuai untuk jauh dari masalah kerja atau bingit jeritan telefon bimbit. Menjadi masalah juga jika sebarang perkara tidak diingini berlaku karana tiada talian komunikasi.

Friday, November 23, 2012

Mari membantu rakyat GAZA


Aku duk semangat nak sebar info apa yang dihajadkan Pengerusi Aman Malaysia. Video last tentang keadaan sebenar peperangan di GAZA buat aku rasa tersentuh. 
Nak kumpul sehingga RM 7500 untuk pergi kesana itu tidak mampulah. 
Tapi memang menanam niat akan menyumbang 10 % gaji bulan Nov untuk tabung GAZA. 
Ayuh sama-sama menderma. Tidak kira nilai. Paling kurang pun sepotong doa setiap kali usai solat.

DOA JUGA SENJATA ORANG MUKMIN

Tuesday, November 20, 2012

MAHA 2012 kembali lagi

http://www.maha.gov.my/2012/

Ini ada link untuk bakal pengunjung MAHA 2012

Sedang sibuk bercerita dan mencari gambar MAHA 2010 dan 2008 yang pernah aku pergi terjumpa pulak gambar kacak ni

Sunday, November 4, 2012

Dengan lafaz Bismillah buatlah pilihan

Tidak salah jika membuat pilihan yang salah diakhirnya
tetapi menjadi salah jika kita langsung tidak membuat pilihan

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi