Followers

Google+ Followers

Translate

Wednesday, April 25, 2012

sampai termimpi-mimpi

Selepas sahaja meeting untuk tugas di Lenggong pada jumaat lepas (20 april 2012), aku membuat panggilan telefon ke rumah dan ayah menjawab salam. Aku meminta izin dan menyatakan bahawa aku akan membuat kerja luar di Lenggong, Perak. Sambil meneruskan perjalanan kaki balik ke opis di HBP dari STRC nun di bukit tu, aku membuat panggilan telefon pula ke kampung Kluang untuk bertanya khabar pada mak ngah. Dengan suara yang gembira beliau menyambut salam aku.

Seperti biasa bertanya khabar kerana agak lama tidak menziarah kerana bertugas jauh. Aku siap menceritakan bahawa akan bertugas di luar kawasan dan dengan senang hati beliau memberikan beberapa tips dan adat di kampung orang sebagai pesanan.

Sesampai di sana, aku aplikasikan apa yang dipesan. Almaklumlah aku ni jenis kasar. Kena la cakap dan senyum manis pada orang kampung. Malam pertama di sana aku bermimpi yang mak ngah ajak aku menunaikan umrah. Aku tahu makngah ada hajad nak pergi umrah dengan sedara rapat 2 tahun lepas tetapi mengenangkan sudah tidak bekerja, duit simpanan yang ada pun untuk tanggung sara hidup sampai hari tua. Terpaksalah mak ngah menunda hajadnya.

Aku pun tak tahu apa makna mimpi aku tu. Tapi kalau korang baca blog dan facebook aku , aku memang sangat berhajad menunaikan umrah sebelum umur 28. Entah kenapa aku pilih umur itu. Tengah berusaha simpan duit tapi belum secara serius nak fikir sebab kewangan belum secukupnya ready. Tapi tu la dalam mimpi mak ngah ajak pergi bulan depan. Masa tu bulan 12 tau. Maksudnya bulan depan dah Januari dan umur aku bakal mencecah 28 tahun. Oleh yang demikian aku sangat teruja untuk menemani mak ngah. Sayangnya aku terjaga dan tidak tahu apa kesimpulan yang aku harus buat. Simpanan yang ada aku kumpul untuk pergi menunaikan haji yang entah tahun bila. Agak-agak perlu tak aku cerita kat ayah mimpi dan niat aku ini. Memanglah aku tidak bersedia. Orang kata nak pergi tanah suci ini kena banyak bertaubat, banyak bersihkan diri dan tambah amalan.

Apa pun aku sekadar meluahkan disini setakat ini apa yang aku mimpi dan hajad aku sebelum umur 28. Tak tahulah terlaksana atau tidak. Jika tidak terlaksana atau tidak panjang umur, diharap ada saudara mara yang membaca blog ini menyampaikan hajad aku ini kepada mak ayah aku. Dengan keizinan aku meminta jasa baik membuatkan aku haji dan umrah dengan simpanan yang aku telah asingkan untuk haji dan umrah serta hutang kereta dan PTPTN jika satu hari aku telah tiada di muka bumi ini lagi. Itu pun jika telah selesai hutang atau proses mengurus aku nanti.

Sekali lagi hajad aku kalau boleh nak menunaikan umrah sebelum umur 28. Disebabkan tidak berkahwin lagi dengan mana-mana lelaki yang sudi jadikan aku peneman hidup, jadi aku perlu memikirkan siapa yang aku perlu bawa sebagai peneman muhrim ku di sana. YaAllah bantulah hamba Mu ini membuat keputusan selari dengan keupayaan, kemampuan dan keinginan ku kerana Kau Maha Mengetahui mana yang lebih baik buat hamba Mu ini. Amin

Tuesday, April 24, 2012

Seronok berkampung di Lenggong Grik Perak

Memulakan perjalanan dengan keadaan yang agar sukar kerana hujan lebat melanda pagi itu. Semasa berjalan kaki menuju tempat yang dijanjikan aku terpijak lopak air menyebabkan air masuk dalam kasut. Buatr pertama kali kasut basah. Ye le selalunya hidup penuh kesenangan dihantar diambil. Tapi sekararang semua kena buat sendiri. Koyakkan buku sumbat dalam kasut dan keringkan stokin sementara menunggu student yang lain. Kebetulan pula hari tersebut ada pesta konvo di USM, maka banyak jalan yang ditutup dan van USM terkandas untuk mengambil kami.Perjalan kami lewat sejam setengah dari jadual asal.

Sampai saja diasrama Pusat Lapangan Arkeologi Lenggong, berkemas untuk ke kampung yang telah disenaraikan. Satu pengalaman yang sangat baru dan sebelum membuat temubual dari rumah kerumah banyak tips yang aku tanya sebab kami akan bergerak secara individu. Kmpg Gelok banyak rumah yang dekat tetapi disebabkan teknik kurang berkesan hanya mendapat 9 set soalan terjawab. Sebagai balasan pada yang sudi menjawab kami hadiahkan cenderamata tuala sebagai kenangan. Pulang ke asrama jam 6 petang. Sangat penat dan lapar. Makan malam dan tido.

Seawal jam 8 pagi bertolak ke kampung Temerlong..haha aku pun lupa nama kampung tu. Tapi hari kedua aku dah daptkan beberapa tips. Aku buat all out. Sebelum makan tengah hari aku dapat siapkan 12 set dan petang 15 set. Hebat. Agak seronok hari kedua. Orang kampung jenis dah maju sedikit berbanding kampung semalam. Sambutan lebih baik dan mudah. Ada yang bagi kueh, buah-buhan, makan mee, naik kembung pergi tiap rumah disajikan minuman.

Awal pagi juga kami bertolak. Kami seramai 6 orang dari USM dan dibantu oleh sepasang adik beradik penduduk kampung sebagai pemandu pelancong kami. Hari ketiga dari awal pagi mood aku kurang enakmungkin sebab sudah terlalu letih. Tak seceria semalam. Jam 11 pagi aku sudah berpuluh kali menguap semasa intibiu dijalankan. Betul-betul jam 3 petang aku dah terdaya untuk berjalan lagi. Mana tak nya jalan pergi rumah orang. Penat berjalan dah sampai kena terangkan apa tujuan kita datang dan teruskan dengan soal jawab kalau mereka setuju untuk diintibiu jika tidak kena l api cari rumah seterusnya. Bercakap pun penat tau. Dapat la merasa naik beberapa gua antaranya gua puteri. Pertama kali la aku masuk gua. Teringat kat kawan aku yang suka giler kot aktiviti  gua ni iaitu zidot dengan eira. Kawan masa kat UPM dulu. Masa datang gua tu pun ada team yang berkhemah kat situ. Mereka sedang masak. Sayangnya ada kawasan gua yang diconteng. Itukan warisan sejarah.

Kalaulah ada masa lebih aku nak je pergi tempat yang disoal dalam set soalan macam ladang rusa,ladang teh, banjaran titiwangsa dan gunung hijau, makam sejarah, tempat perak man, muzium arkeologi lenggong, tempat proses pekasam  kampung orang asli, bukit bunuh tempat komunis, bukit sapi yang dikatakan ada kesan letusan gunung berapi, berkayak di tasik raban, memancing di kolam ternakan dan maca-macam lagi la. Memang seronok masuk kampung. Bukan saja orang kampung yang peramah, aku rindu sangat pada anak ayam, angsa, itik cat. hampi setiap rumah ada kucing dan ayam. Kalau ada arwah atuk dan nenek mesti aku masih boleh bermain ayam di reban. seperti terngiang-ngiang suara nenek menjerit ''jangan kejar ayam nenek tu nurly''. Aku serios seronok dan paling syok setiap kali berkesempatan bergambar, gambar meow la yang aku ambil berbanding gambar aku sendiri membuat keje intibiu. Hari ni keje tido bangun tido bangun je. Aura nak edit journal yang Doktor Mas nak tu, nak buat macma tak ada semangat. Mungkin badan letih sangat. Apapun aku tak siap 15/60...hahaha..

Friday, April 20, 2012

jumpa ini dan itu

Pepagi jejalan jumpa cat nemok..giler berbunga hati tau tak, bila dekat mula la dia ngengade. Habis dia chreeet kat tembok. Saje je tu. Aku bagi la bekal roti yang aku bawa. emm jual mahal tak mahu makan. Takpe-takpe cat nemok dh buat sedikit ceria kat hati aku.

Balik meeting aku jalan kaki je dari STRC. Ok sok aku kena pergi Lenggong selama 3 hari. ok macam tak faham sangat tapi, on je cari pengalaman. Sehari target 20 orang!. Harap semua berjalan lancar selama 3 hari kat sana. Kena la study soalan-soalan malam ni. Gogogo.Yang best aku jumpa ini. taraaaa.....

Member eyqn yang sangat comel kot...

Thursday, April 19, 2012

menjadi individu pendiam

Meow di Jeti Kilim
Secara tidak langsung aku telah bertukar menjadi individu pendiam yang sangat ketara dengan aku sedari. Bukan aku tidar sedar. Sangat-sangat sedar dan aku sendiri tidak tahu bagaimana aku yang sangat riuh boleh bertukar jadi raksakasa pendiam atau pasif. Aku kena gastrik kot semalam. Ada la 7 kali muntah kuning jer ngn buang air 4 kali. Doktor berkulit gelap bagi ubat tahan muntah n beri-ber serta air garam. Tah macam mana boleh kena. Aku masak makan malam tu. Kawan yang makan ok je, aku lak yang muntah-muntah.

Mungkin terlalu banyak yang aku fikirkan dan perlu banyak masa untuk kembali menjadi lebih aktif. Serius aku tak suka jadi pasif ni. Bukan sifat aku kot. Serius aku nak bermain dengan meow. Aku rasa itu ubat yang termujarab buat masa ini, lagi pun berjauhan dengan family membuat aku tiada tempat untuk berbicara. Kalau jumpa meow nanti aku pasti nak borak panjang. Meow boleh jadi pendengar setia aku dan tak akan membalas apa yang aku cerita. Nanti nak cerita kat meow tu sampai meow tu muntah hijau..haha..pai pengsan guling-guling. Cian kat meow tu, tapi nak cerita gak. emm, mana la nak terjumpa meow ni. YaAllah temukan aku dengan meow secepatnya. Banyak aku nak cerita ni. Hari ini aku pakai minyak wangi jenis lain dengan harapan mood aku bertambah ok.GOGOGO ;P

Tuesday, April 17, 2012

dulu kereta idaman ayah

Kereta wish keluaran toyota ini merupakan kereta impian ayah satu masa dahulu. Time tu berangan la satu hari nanti nak belikan ayah kereta yang dia nak sangat tu. Nak belikan memang macam tah tahun bila boleh cukup kumpul duit.


Jadi aku lukiskan kereta idaman ayah ni. Moga-moga satu hari nanti aku dapat belikan ayah kereta ini walaupun sekarang dia dah tak minat kereta ni. Tak best MPV katanya. Kalau balik kampung barang-barang tak letak kat bonet. Ye la MPV kan tempat duduk penumpang campur dengan tempat letak barang. Minat dah beralih kat eyqn comel aku. 







Rim dah tukar. Ada lagi setahun lebih nak habiskan bayar. Ada rezki nanti boleh cat warna baru, along bagi eyqn ni kat ayah. Kereta idaman aku 9 tahun yang lepas dah jadi kenyataan tapi macam bakal dapat kat ayah je.huhu..apapun untuk ayah tak keysah ler...

Sunday, April 15, 2012

teringat zaman muda-muda


masa zaman muda2 present projek asam jawa tehn kuar betul-betul under adabi


3 set packaging tamarind drink

Wednesday, April 11, 2012

kenapa wanita payah meluahkan perasaan dengan kata-kata?

  • Malu
  • Selalu guna bahasa isyarat
  • Terlalu memikirkan yang negatif
  • Bersikap konvensional
  • Terlalu berhati-hati
  • Beremosi
  • Penakut

Tidak salah jika wanita yang memulakan luahan perasaan kerana ia akan memberi kelegaan yang tidak dapat digambarkan berbanding dengan membiarkan perasaan itu terpendam di dasar hati. Berdiam diri tidak akan dapat merubah keadaan. Cubalah jadi sedikit berani bertindak keluarkan apa yang terpendam agar tidak kecewa dikemudian hari.(Bio kecewa awal dari memendam sampai mati). Untung sabut perasaan akan berbalas untung batu perasaan dibiar sepi. Tapi sekurang-kurang telah berusaha. Perasaan itu bersifat subjektif dan sukar digambar. 

* Pada seorang sahabat saya yang sedang mengalami situasi ni, saya doakan dia kuat meluahkan, jangan biarkan diri mu terus berada di dalam dilema atau SS. Setiap persoalan itu pasti ada jawapannya.



Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
(* saya dah tahu kenapa sahabat saya suka lagu ini ;p)

Tuesday, April 10, 2012

janganlah terlalu sayang(rapat) atau terlalu tak sayang(jauh)

assalamualaikum..korang sehat?Aku nampak je sehat padahal dekat 10 kali buang air besar. Tah dimana silap makannya.Ok aku nak olah satu topik tentang jangan terlalu sayang. Boleh di katakan sayang terlampau la. +200 % gitu.

Sifat sayang ni terlalu subjektif untuk diukur. Tidak kira pada sesiapa malah kepada haiwan juga kita akan rasa sayang. Bila kita sayang akan sesuatu, kita pasti akan jaga dengan baik namun bagaimana jika kita terlalu sayang? Kecewa jika rosak,terpurus,pecah, hilang dan sebagainya. Sayang boleh tetapi jangan berlebih-lebih. Nanti pasti anda tidak nampak apa yang tersirat berlaku. Mesti anda membantah apa yang aku cuba sampaikan. Pendapat masing-masing la kan.

Aku bagi contoh mudah. Korang pi pegang sebatang pen dengan jarak yang selesa. Korang akan dapat melihat sifat fizikal pen itu siap dengan jenamanya sekali. Cuba korang rapatkan betul-betul hampir pada mata korang. Korang nampak ke lagi sifat fizikal pen itu? Pasti tidak bukan. Begitulah yang aku ingin sampaikan pada korang agar jangan terlalu rapat dan jangan juga terlalu jauh kerana pasti kesalahan itu akan korang pandang sebelah mata.

Pada diri aku sendiri pun aku pernah terlalu sayang pada seekor kucing bernama merah. Pada waktu kecil pandai berak dalam tandas tetapi setelah semakin remaja semakin degil jadinya. Selalu berak belakang meje televisyen di ruang tamu setiap hari setiap pagi. Disebabklan terlalu sayang, aku tutup sahaja sebelah mata kesalahan si merah itu. Tanpa marah tanpa merungut dengan rela hati akan membersihkan sisa buangan si merah tu. Sikit pun aku tak rasa terbeban dengan keadaan itu malah sangat rela hati. Akibat terlalu sayang sampai kesalahan berak pada tempat yang tidak sepatutnya aku abaikan tanpa sedikit marah @ dendam. Sekian si Merah yang telah pergi buat selamanya setelah ditahan di icu selama 4 hari terkena penyakit virus kucing.

So janganlah terlalu sayang(rapat) atau terlalu tak sayang(jauh)

Wednesday, April 4, 2012

J.O.M.E.M.B.E.R.I

Selalunya kita akan merasa payah atau sukar hendak memberi sesuatu kepada seseorang. Malah kadang-kala disertakan dengan kata cacian dan herdikan. Nampak sangat tidak ikhlas memberi. Tahukah dari mana datangnya rezeki yang ada di tangan kita itu.

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi