Followers

Translate

Tuesday, November 2, 2010

KepuTusan Telah Di buat

Akhirnya semalam aku telah menghantar surat perletakan jawatan. Maafkan saya bos,saya terpaksa pergi jua kerana itu peluang yang saya ada. Jarang dan tidak semua berpeluang mendapatkannya.
Kisahnya bermula apabila aku menghantar nama untuk menyertai program jelajah berbasikal mahasiswa 1 Malaysia anjuran UPM. teringin mencatat nama sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang melakar sejarah mengelilingi Malaysia. Walaupun agak takut, poyo, gila, teruja, gembira, cabaran dan macam-macam perasaan bercampur baur. Kini keputusan telah dibuat dengan perbincangan ahli keluarga. Mereka tidak membantah dan tidak menghalang namun kata-kata nasihat terima dan janji yang aku buat, aku yakin aku boleh laksakan dengan sempurna.
Program akan bermula dari UPM sendiri menuju ke UTM. UMP ke UMT. UMK ke UUM, akhir sekali USM ke UPM. Ekspidisi akan berlangsung selama sebulan lebih. Ini adalah program ke edisi ke 2 namunn aku tidak berpeluang menyertai edisi pertama. Inilah yang dikatan peluang. sesiapa yang menyertai harap kita akan dapat melaksanakan dengan jayanya. Nanti saya hendak berkenalan dengan kamu semua.
Kepada semua yang mengenali diri saya, saya minta maaf kerana jarang update blog ini,minta maaf jika ada salah silap, termakan terminum, terkasar terguris, termarah tersayang, terbuli termaki, apa jua. Saya juga maafkan kamu. Doakan keselamatan saya sepanjang jelajah berlangsung ye.

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi