Followers

Translate

Mari Menghafal

Kita ni selalu dan terlalu mudah untuk menghafal lagu-lagu, ilmu buku, ilmu sekolah, ilmu pelajaran baru, apa jua dalam kehidupan kita hari ini. Kita memang pakar sangat. Soalan saya, berapa banyak surah yang kita hafal? Al-fatihah, adh-Dhuha, Al-Kaafirun, Al-Ikhlash, Al-Takatsur dan banyak lagi. Berapa banyak? 

Namun pernah kita terfikir bahawasanya apa salahnya kita mencuba untuk menghafal surah-surah dalam Al-Quran. Mungkin nampak macam sukar. Kononnya kita bukan seorang pelajar agama untuk menghafal Al-Quran, kita bukan mahu jadi Hafiz atau Hafizah, bukan juga untuk mengambil peperiksaan untuk jawatan agama. Sedar tak kita bahawa dalam setiap waktu solat, kita mengulang baca surah yang sama hampir setiap kali setiap hari sedangkan banyak surah dalam Al-Quran yang boleh kita baca.

Disinilah saya ingin mengajak anda semua menghafal Juz Amma sekurang-kurangnya. Tahu tak Juz Amma tu apa? Saya ni bukan baik sangat tapi saya pernah mengajak sahabat saya berbuat baik. Beliau bertanya buat baik macam mana. Saya pun mengajak menghafal Juz Amma. Sayangnya beliau tidak tahu Juz Amma itu apa. Oleh itu disini saya jelaskan bahawa Juz Amma adalah surah-surah diakhir Al-Quran. Juga dikenali sebagai Muqaddam.

Saya tahu kemampuan saya setakat mana. Untuk menghafal seluruh Al-Quran mungkin tidak tahu sampai bila akan tercapai tetapi sekurang-kurangnya saya berharap dan saya mengajak anda semua sama-sama menghafal Juz Amma sambil mempraktikkan bacaan dalam solat setiap hari.

Sehari kita hafaz satu surah sudah memadai.
Ayuh menghafaz Juz Amma

1. Surat An-Nabadownload
2. Surat An-Naziatdownload
3. Surat Abasa, download
4. Surat At-Takwirdownload
5. Surat Al-Infithar, download
6. Surat Al-Muthaffifiin, download
7. Surat Al- Insyiqaaqdownload
8. Surat Al- Buruujdownload
9. Surat At-Thaariq, download
10. Surat Al-A’ladownload
11. Surat Al-Ghasyiyahdownload
12. Surat Al-Fajrdownload
13. Surat Al-Baladdownload
14. Surat Asy-Syamsdownload
15. Surat Al-Lail,  download
16. Surat Adh-Dhuhadownload
17. Surat al-Insyirahdownload
18. Surat At-Tiindownload
19. Surat Al-Alaqdownload
20. Surat Al-Qadardownload
21. Surat Al-Bayyinahdownload
22. Surat Al-Zalzalahdownload
23. Surat Al-‘Adiyatdownload
24. Surat Al-Qari’ahdownload
25. Surat At-Takatsuur download
26. Surat Al-Asr,  download
27. Surat Al-Humazahdownload
28. Surat Al-Fiildownload
29. Surat Al-Quraysydownload
30. Surat Al-Ma’uundownload
31. Surat Al-Kautsardownload
32. Surat Al-Kaafirundownload
33. Surat An-Nashrdownload
34. Surat Al-Lahab, download
35. Surat Al-Ikhlashdownload
36. Surat Al-Falaqdownload
37. Surat An-Naas, download

sumber saya copy dari http://ardinugroho75.multiply.com

No comments:

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi