Followers

Google+ Followers

Translate

Sunday, July 31, 2011

beg tangan baru

yehaaaa....aku saje nak post kat blog ni..bukan nak jelouskan korang tapi itulah sesaje...haha...aku ni nama je gugurl tapi memang jarang la nak shoping sakan macam gugurl yang lain....

dulu masa kuliah pun aku memang malas giler ikut kengkawan g shoping..penat kot berjalan..dah tu rege mahal2 lak tu kan..bukan nak kata aku ni kedekut tapi ada la jugak kot...haha..

aku ni jenis jimat terlampau.kalau tak rosak atau tidak berkepentingan jangan harap la aku nak beli.shoping baju setahun 2/3 kali jer..tu dalam almari ada yang dalam beg plastik lagi yang aku belum pakai... jawapannya memang payah la aku nk shoping pakaian sebab pakaian pun lambat rosak ..haha..terlampau cermat la gayanya...kalau nak tahu aku masih menyimpan sebahagian mainan aku semasa bayi lagi.dasyat tak aku ni??...''dasyat terlampau''...aku tau tu yg korang nk cakap...kn..kn..kn

Saturday, July 30, 2011

encem tak aku??

Saja nak dijadikan cerita,aku shoot haiwan ni yang dipanggil sumpah-supah depan umah aku jer. Aku tak pernah pun tangkap gambar haiwan sebegini. Almaklum lincah. Sejak tengok di FB ada orang post gambar-gambar makro ni,teruja lak aku nak try. Mereka guna DSLR,tp ni aku shoot guna kamera kompak panasonic aku jer. Bila tah aku dapat beli DSLR yang cecanggih terlampau dan harga pun boleh tahan superb.
Ini adalah gambar asal aku tangkap. Yang kat atas tu aku dah edit. Walaupun tangkap guna kompak kamera jer tapi setelah diedit, ada tak nampak macam guna DSLR..hehe..dunia dah canggih kan. Kalau ada rezeki, satu hari nanti nak beli DSLR. Doakan yer.AMIN...


Tuesday, July 26, 2011

maki tak hagak2

Mungkin apa yang aku tulis ni memang tidak sedap di dengar tapi aku nak tulis gak..aku nak pahatkan dalam ingatan aku mungkin tak dapat kekal la, jadinya kalau aku tulis disini ia akan kekal lebih lama mungkin.

Lagi dan lagi dan lagi bos aku suka maki hamun walaupun kesalahan itu kecil. Aku bukan tak faham atau nak memburukkan bos aku sendiri tapi mungkin tak faham cara dia. Mungkin juga aku dibesarkan atau dikelilingi orang yang jarang mengamuk maki hamun guna perkataan lucah. Aku yang dengar jadi malu tapi bos aku yang keluarkan perkataan @$%&*$#@ dari mulut macam tak ada apa-apa perasaan. Atau aku sowang sahaja yang terasa dengan herdikan bos. Sebab aku sowang sahaja staf perempuan di tapak projek jadi bos tak malu berkata perkataan kotor. Atau aku sahaja yang terasa diri, terkecil hati sendiri, termakan hati atau terlebih-lebih layan perasaan atau hati aku terlampau lembut. Ceit apa pun aku dah tak boleh nk sabar lagi.

Monday, July 18, 2011

bos suka maki-maki lucah

Hari ini sekali lagi aku di suruh untuk menjaga projek membuat longkang di hadapan gudang BMW ***. Projek ini telah mendapat surat amaran kerana kelewatan pembikinannya. Oleh yang demikan, anak-anak buah ku telah diminta untuk memberhentikan kerja lain buat sementara waktu dan dihantar untuk membantu kerja-kerja membuat longkang.

Projek ini dijaga oleh budak praktikel ditempat aku. Jadinya aku tumpang jaga jer disebabkan anak-anak buah aku semua berada disini. Tempat lapang dan sangat terik. Adalah 2 batang pokok. Tapi alahai keding sangat. Nak berteduh pun tiada tempat.Termasuk pekerja yang sedia ada membuat longkang dan anak-anak buah aku adalah 12 orang yang aku kena pantau mereka buat kerja. Aku nak mengarah sangat pun aku tak reti sebab kerja ini tidak dikawalselia oleh aku. Karang salah arah, jadi lain pula.

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi