Followers

Google+ Followers

Translate

Tuesday, September 27, 2011

aku keliru kebelakangan ini

Aku seperti kekeliruan kebelakangan ini. Terlalu banyak perkara yang menghambat kotak fikiran. Apa sebenarnya yang merobek hatiku sehingga aku menjadi gusar. Apa yang aku fikirkan hingga aku kerap kali sakit kepala. Tidurku juga tidak lena seperti sediakala. Arggghhh aku buntu bila memikirkan apa sebenarnya menjadikan aku begini. Aku sendiri terasa aku semakin sukar untuk tersenyum atau berbual. Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tidak.

Satu hari aku sudah mendapat pekerjaan yang lebih elok angka gajinya tetapi ayah pula kelihatan agak berat membenarkan aku pergi. Hatiku berbelah bagi.

Monday, September 26, 2011

Angan-angan adalah percuma

Cuba tanya semua orang dalam dunia ni, ada tak yang mahu kereta buruk,wah pastinya jawapan yang diperolehi mahu yang mahal-mahal,canggih,berkilat jer. Tanya lagi ada tak yang nak rumah kecil, mana boleh kecil, pastinya mahu yang besar tersergam indah,jika orang lalu pasti berkata''wah cantiknya rumah sapa ni?''.Disoal lagi ada tak nak hp yang ada lampu suluh tu je pasti di balas zaman sudah moden belilah yang canggih sedikit atau tanyalah, ada tak nak awek tak cun / pakwe tak kacak, pasti dijawab mana boleh, mestilah yang sepadan dengan saya. Tanyalah, pasti anda menemui jalan buntu bila persoalan ini di utarakan. Sebab semua jawapannya TIDAK.

Saya pun termasuk dalam golongan ini. Janganlah menipu diri sendiri wahai sahabat. Itu semua adalah nafsu. Cuba direnung kembali apa sebenarnya yang dikehendaki. Itu semua kecantikan,kekayaan adalah bersifat sementara dalam kehidupan ini. Namun jika kita mendapat segala yang terbaik seperti kereta mewah, rumah besar, sahabat baik dan sebagainya ia adalah sebagai bonus buat kita.

Namun demikian tidak salah rasanya kita berangan-angan, kerana angan-angan ini percuma. Tidak perlu di bayar. Angan-angan tanpa usaha adalah seperti mat jenin. Ia adalah sia-sia. Tetapi jika angan-angan disusuli dengan usaha, doa dan tawakal ia sebahagian dari pembakar semangat untuk mencapai matlamat. Ia sebagai gambaran apa yang ingin dimiliki.

Oleh itu marilah kita berangan-angan kerana ia adalah percuma.  Wah apa tunggu lagi cepat la berangan ;)




Thursday, September 22, 2011

Kerana Cinta, Manusia..........


Kerana Cinta Aku Turutkan

Kerana cinta hidupku pun berubah
Cinta mengajarku erti
Kasih rindu dan luka
Tahukah engkau
Betapa aku sayang
Setiap hari kurindu
Dan terbayang wajahmu
Betapa syahdunya

Sunday, September 11, 2011

selalu macam ni tau

hahahahahah..mula-mula nak gelak pun ada,nak marah pun ada..memang selalu sangat aku buat macam ni kot...alwaz like this..korang nak tahu tak ap ayang akau maksudkn ni..emmm..apa lagi pasal aku selalu bawa kamera my alex tu la ..aku bawa tapi tak boleh guna....

ikutkan dah banyak sangat dan berkali-kali aku bawag pasar karat konon nak tangkap gambar tapi tup-tup tak ada memory kad nya.selalu memorynya aku terlupa nak cabut dari laptop apabila aku tranfer gambar.selalu adik aku la paling bengang kalau aku buat macam tu.

nak jadi cerita,malam isemalam pergi beraya dengan rakan sekerja..hahaha..again and again aku buat hal lagi..kali ni aku bawa je my alex tu tapi tak ada bateri...dush..dushhh...nasibla...segan gak pun ada...dh ar aku tak ada hp berkamera..jadi xd la moment yang boleh aku rakam...wawawa...sedih gak...yang lagi best aku guna kamera tuan rumah tu..emm snap je la banyak-banyak macam aku punya lak..my alex letak bawah meja je la...

huhu...bila lah nak berubah ni kn..aku d beli kamera baru sebelum raya,tp belum letak nama lagi...nanti aku dah ada nama aku perkenalkan kat korang k...selamat beraya kerumah terbuka buat korang di hari minggu ini...

Saturday, September 10, 2011

ROKOK VS SYAWAL

Assalamualaikum w.t.h. Apa khabar kalian semua? Diharap sehat dan dilindungi rahmat selalu. InsyaAllah. Kesihatan ku kurang memberangsangkan sejak raya pertama lagi. Hari ini semakin melarat jadinya. Sudah lama rasanya aku tidak berkarya kerana menyambut lebaran di kampung ku,Teluk Anson atau lebih dikenali sebagai Teluk Intan,Perak. Tidak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan Salam Aidil Fitri pada semua umat islam di dunia ini. Minta ampun dan maaf jika sepanjang berkarya ini ada yang menyinggung perasaan kalian.

Mungkin kalian tertanya-tanya apa kaitan rokok vs syawal yang ingin aku sampaikan dalam ruangan kali ini. Seperti yang kita semua sedia maklum,rata-rata perokok adalah terdiri daripada lelaki. Namun dewasa ini ia sudah menjadi sebahagian daripada trend bagi golongan wanita pula menjadi perokok. Saya harap anda bukan orang yang saya maksudkan. Anda bebas dari menghisap rokok tapi anda kena ingat bahawa anda tidak dapat bebas dari asap rokok waima lelaki atau perempuan mahupun orang tua dan kanak-kanak.

Bulan Ramadhan adalah bula puasa iaitu menahan dari lapar dan dahaga termasuklah juga menahan dari menghisap rokok. Adakah anda orag yang berjaya menahan nafsu tersebut. Sebaik sahaj abulan syawal tiba..ketagihan,keinginan menghisap rokok kembali meluap2 bukan. Lihat sahaja jualan rokok di tempat kerja ku sehingga boleh diistilahkan kering kontang. Disebabkan cuti syawal beberapa hari,maka penghantaran rokok juga bercuti. Keluh resah, raut wajah yang rata-rata kecewa,resah kerana hampa rokok tiada. dalam kotak fikiran aku''diorang ni makan rokok ker? makan la ketupat ker,lemang ke,lagi berfaedah''. Walaupun sudah beberapa hari syawal berlalu. Keadaan masih sama, rokok tetep laris bak goreng pisang panas. Hantar la berapa banyak carten rokok,pasti habis. Kemana sifat-sifat ketahanan semasa bulan ramadhan dahulu. Kenapa tidak diamalkan sampai sekarang? Moga kalian dapat mengurang sedikit demi sedikit ketagihan merokok ini.

Ada lagi satu yang aku ingin kongsikan disini. Korang tahu tak bahawa untuk memasuki negara Singapura korang tidak boleh membawa kotak rokok dalam keadaan penuh. Korang boleh ditangkap kerana menyeludup rokok. Patutlah ada segelintir perokok akan mensedekahkan rokok apabla membeli. Malaysia ada ke buat macam tu. Bagi bawa masuk bercarton-carton lagi adalah. Bagus juga dia sedekah,dari 10 batang dia akan hisap 8 batang sahaja.

Kepada perokok tegar,kurang-kurangkan lah merokok tu,banyak keburukan dari manfaatnya tu. Pada yang tak merokok pandai-pandailah bawa diri menjauhi asap rokok tu. Pada yang ada niat nk mencuba tu lupakan lah terus,banyak lagi benda lain yang kalian boleh cuba.


Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi