Followers

Translate

Monday, September 24, 2012

Makcik SuperHebat

Aku nak bercerita sesuatu yang rasanya sangat menampar diri sendiri. Boleh juga dijadikan pengajaran dan motivasi buat korang yang membaca apa yang aku coretkan ni. Dengan gagahnya nak menyatakan bahawa menuntut ilmu tidak kira usia.

Sedang asyik makan sambil berceloteh mengenai berita bahawa ada sepasang suami isteri telah menamatkan pengajian di USM dan berkonvo pada 23 sept 2012 di Dewan Syed Putra USM di usia 58 tahun. Teruja bukan dengar mereka yang seusia itu naik ke pentas menerima sijil.

Ketika rancak berborak bersama rakan sepejabat (wani), kami didatangi sorang makcik untuk menyertai kami menikmati makan tengah hari. Dengan segala hormat dipersilakan. Perbualan dimulakan sekadar basi-basi bertanya khabar. Dari Desa katanya. Dalam hati ingatkan menghantar anak sekali Makcik SuperHebat ni rupanya sambung pengajian Master. Terkelu lidah. Suapan semakin perlahan kerana sambil berborak. Cube korang teka umur dia berapa. 60 lebih katanya. Tapi aku anggarkan dalam 62/63. Aku tanya tahun berapa, dia tersasul berkata tahun 4. ha? Baru masuk ni tahun satu Master. Mungkin dia nak kata masa degree dulu 4 tahun. Makcik dapat tawaran 2 tahun tapi kalau boleh makcik nak buat setahun je. wahhh..Makcik Memang SuperHebat. Makcik ni guna duit sendiri oo. Aku cadangkan agar dia cuba MyBrain dana untuk mereka yang ingin sambung Master/ PHD.

Dia seorang pesara bekerja di uitm, Korang tahu tak dia amek master kos apa. MULTIMEDIA. Kos orang muda-muda. Dia tidak berkaca mata pun. Matanya sekali lagi memang power. Kami yang budak design ni pun bercermin mata. Makcik SuperHebat masuk Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM). Tabik spring. Spring pun sampai rosak sebab tabik terlalu banyak. Usai sudah makan dia terus minta diri.Terus rasa tergamam sampai kami masing-masing memandang sesama sendiri tanpa berkata-kata. Kelu lidah seperti terhenti nafas buat seketika. Sentap pun ada. Rasa macam kena tampar pun ada. So Ambillah setiap peluang yang ada walaupun ia sekecil mana. 

Gigih betul la makcik tu. Memandang sepi permergian makcik tanpa nama kerana terlupa bertanya. Mataku menyorot kearah makcik itu sehingga hilang dari pandangan mata. Dia orang Shah Alam. Dengan penuh harapan dan doa agar dapat berjumpa lagi dengan makcik SuperHebat. Ingat!!! menuntut ilmu tidak mengenal usia.

Makcik SuperHebat. Saya nak terserempak dengan makcik lagi. Saya iringi langkah makcik tadi dengan doa agar saya sekental makcik untuk menjadi pelajar. Moga makcik sukses dan harapnya kami dapat sedewan dengan makcik 2 tahun lagi.

Makcik SuperHebat/Bakti/PTPM/USM/24 Sept 2012/1p.m

Friday, September 14, 2012

sebab aku suka dengar radio aku copycat link ni


Aku sangatlah suka mendengar lagu.guna hp memang laju la bateri aku habis.pastu pulak kat usm ni blok segala benda yang tidak berkaitan dengan ilmiah termasuklah radio online dan utube..so aku punyalah selongkar kat mana aku boleh dapatkan lagu. bosan dah dengar track lagu yang sama kat komputer aku ni.so aku copycat atau pun copyteh link ni dari blog orang lain.nanti senang aku nak copy link ni kalau nak dengar radio
sekian
aku suka dengar radio
Dengar radio Era online :
1
http://www.hitz.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/capsule_era.asp?v=2
Dengar radio Sinar online
2
http://www.hitz.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/capsule_sinar.asp?v=2
Dengar radio Hitz.fm online
3
http://www.hitz.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/capsule_hitz.asp?v=2
radio era online
Screenshot Radio Era Online
Just copy & paste URL di atas ke dalam address bar browser korang. Kalau nak tukar stesen radio cuma tukar selepas ‘capsule_’ dan sebelum ‘.asp’ tu sahaja. Senang kan? Boleh juga guna untuk radio Mix FM, Lite FM & juga MY FM. Sorry, untuk XFM dan juga THR aku xtahu >___<
Dengar radio Mix FM online :
4
http://www.hitz.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/capsule_mix.asp?v=2
Dengar radio Lite FM online
5
http://www.hitz.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/capsule_lite.asp?v=2
Dengar radio MY FM online
6
http://www.hitz.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/capsule_my.asp?v=2
UPDATE (7 Februari 2011) : Korang juga boleh dengar secara online semua stesen radio melalui muncet.net. Thanks to Topo :)

suka hati aku


Wednesday, September 12, 2012

koleksi tanda nama zaman persekolahan

Aku nak share koleksi nametag atau tanda nama yang pernah aku miliki sewaktu zaman sekolah atau belajar. InsyaAllah akan datang ada rezki akan bertambah lagilah koleksi tanda nama aku

Bermula umur 5 dan 6 tahun bersekolah di Tadika Perpaduan Hospital Permai

Monday, September 10, 2012

pertama kali saya dotdotdot...


Pertama kali saya naik bus ke jeti sendiri dan menaiki feri sendiri


Pertama kali saya jahit manik pada baju aku sendiri


Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi