Followers

Translate

Friday, August 7, 2015

Sebab-sebab diet gagal yang telah di eksperimen pada diri sendiri

1. tidak minum air masak kosong mengikut berat badan iaitu 25 kg = 1 liter, jadi anda kira sendiri. ini perkara yang paling susah saya nak laksanakan.

2. menu diet yang sama contoh makan ayam rebus dan sawi sahaja selama seminggu kerana tubuh perlukan pelbagai zat dari pelbagai jenis makanan. vitamin atau zat yang berlebihan boleh mendatangkan mudarat atau racun pada badan.

3. hanya melakukan 1 jenis sukan tanpa peningkatan masa atau tekanan dari masa ke semasa, sebab tu sudah lali masuk marathon 10 km tanpa traning, semua orang boleh lakukan. sama ada perbaiki masa atau tambah jarak larian.

4. konon makan makanan sehat dan diet tapi tidak bersenam, ia akan menjadikan anda kurus cengkung tapi tidak cerdas dan badan tidak cergas.(fit) Fit bukan bermakna anda kena ada body berketak-ketak, tapi sekadar sedap mata memandang sesuai dengan ketinggian.

5. tidak ada ilmu dalam mengira kalori pemakanan yang diambil setiap hari

6. hanya bergantung pada angka penurunan berat, itu tidak berapa penting, yang penting adalah visceral fat yang turun. ia adalah lemak yang mengelilingi organ-organ penting dalam badan sepeti jantung, hati dan usus.  usah risau jika berat badan tidak turun, namun teruskan berdiet dan bersenam kerana angka berat badan merangkumi air, atau dipanggil gemok air.

7. jangan makan makanan proses dan minuman bergas atau kandungan gula yang tinggi, paling tidak minum air manis sekali sehari sahaja.

8. pastikan tidur dan rehat mencukupi untuk seorang dewasa supaya sentiasa segar.

9. minum air atau makan buah sebelum setengah jam sebelum makan supaya membantu perut anda kenyang kerana perut perlu di isi 1/3 bahagian makanan, 1/3 bahagian air dan 1/3 bahagian udara.

10. beritahu rakan-rakan bahawa anda berdiet bukan untuk turunkan berat tapi sebenarnya  anda hendak gaya hidup sehat, memudahkan anda beribadah dalam apa jua perkara dan boleh pakai baju-baju lama dalam almari tu. apa-apa pun minda kena kuat.


                                        marathon pertama fun run malakof padang kota 2013

women run padang kota 2014


marhaban raya 2015 
\/
\/
\/
\/
\/
nov 2015???
tercapai ke untuk turun sampai BMI normal




Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi