Followers

Google+ Followers

Translate

Wednesday, October 2, 2013

11 Tips Me'liquid' Masalah


Tertekan dengan pelbagai perkara???
Apa yang anda akan buat???

Saya senaraikan beberapa petua untuk di kongsikan kepada para pembaca

1) Buat Kerja lain
Anda digalak untuk membuat sesuatu perkara yang lain agar melupakan seketika perkara yang sedang menyesakkan fikiran anda itu buat seketika. Apabila anda terlalu memikir, anda akan 'stuck' dan tidak dapat berfikir dengan waras. Berjaya menyelesaikan kerja lain akan membantu anda bersemangat kembali menyelesaikan masalah tersebut.

2) Bersukan
Bersukan membantu anda menghirup udara segar dengan adanya pergerakan maka proses oksigen dalam badan akan beroperasi dengan selesa. Otak akan lebih segar. Secara tidak langsung membuang toksin yang dibela dalam badan.

3) Makan
Coklat, eskrem, kopi antara jenis makanan yang meningkatkan metabolisma badan. Disebabkan kelelahan terlalu memikirkan masalah sehingga habis kudrat, pengambilan makan seperti coklat boleh mengembalikan tenaga kerana kesuntukan masa untuk waktu makan. Tetapi tidak di galakkan selalu pengambilannya.

4) Bersiar-siar
Maksud bersiar-siar disini adalah keluar seketika dari kawasan kerja yang mendatangkan tekanan itu seperti pergi ke taman rekreasi. Kadang-kadang melihat gelagat manusia lain akan buat kita tersenyum sendiri. Apatah lagi menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Bersyukurnya masih bernafas hingga kini, apalah sangat masalah yang dihadapi itukan?

5) Berbicara
Mengadu pada Allah agar dipermudahkan urusan. Berdoa itu perkara paling penting kerana jika kita tidak memohon macam mana hendak diberi pertolongan. Perkongsian atau meminta pendapat dari orang lain adalah cabang idea untuk menyelesaikan masalah diatas perkara yang merumitkan. Menangis juga sebahagian dari cara anda mengadu.

6) Buat apa yang anda suka
Lakukan apa juga yang ada suka seperti berbasikal, menjahit, menyulam, melukis, bermain game, makan berpada-pada, berbelanja tanpa bawa duit yang banyak (fikiran tidak stabil untuk membuat keputusan), disitu kebarangkalian besar akan berbelanja tanpa berfikir dengan waras. Namun kadang-kadang tekanan memberikan tindakan luar fikiran seperti berjaya mendaki bukit, tanpa sedar sudah berada di puncak.

7) Mengaji
Berzikir, mengaji, berqasidah, solat serta meningkan amalan lain adalah terapi dalaman yang mengandungi zat-zat makanan rohani untuk diserap oleh tubuh badan terutama hati. Pembentukan dalaman yang kuat melahirkan aura atau motivasi.

8) Menonton karton
Jadi seperti kanak-kanak seketika cuma. Cuba kita lihat kanak-kanak sentiasa gembira tanpa memikirkan masalah yang melanda. Aksi karton pula selalu tidak logik dek akal. Begitu juga dengan menyelesaikan masalah, kadang-kadang perlu berfikir seperti tidak logik (think out of box) baru memperoleh penyelesaian. Paling cepat hilang tekanan apabila dapat bersama bergelak ketawa menonton karton.

9) Bermain dengan bayi atau anak yatim
Meluangkan masa bersama meraka adalah nikmat tiada dalam kata-kata. Ini kerana bayi masih suci di jaga malaikat dan anak yatim piatu hadapi masalah yang lebih besar iaitu kehilangan ibupaba yang amat berharga namun masih mampu meneruskan hidup dengan tabah. 

10) Paksa senyum dan syukurlah
Senyum memiliki auranya yang tersendiri. Tersenyumlah dengan masalah yang ada, bersyukurlah di beri peluang memiliki masalah dan dari situ menjadikan kita lebih matang, kuat, tabah, sabar dan pengalaman yang lebih dari orang lain. Barulah hidup ini tidak bosan dibaluti suka duka cabaran dugaan kegagalan dan kejayaan.

11) Jumpa orang yang kita sayang
Bagi yang telah berpasangan, berjumpa orang yang anda cintai sebahagian dari terapi untuk mengurangkan tekanan. Bagi saya, melihat senyuman ibu bapa saudara mara dan melihat keletah meow-meow sudah cukup membuatkan saya 'meliquid' seketika tekanan yang dihadapi.


Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi