Followers

Translate

Friday, June 22, 2012

bila mak berkata-kata

Keterbatasan masa dan jarak yang sangat jauh membuatkan aku gelisah sekian lama tidak bertemu keluarga di johor bahru. Ada saja halangan atau tugasan yang membantutkan langkahku pulang ke Johor. Sebagai ganti dan pengubat kerinduan kerap kali la juga mendail no telefon rumah. Apabila panggilan disambut dengan suara yang merdu sehat, terus tenang seluruh jiwa ini. Syukur mak ayah sihat walaupun melalui suara.

Sekian kali juga aku meminta maaf kerana tidak dapat kerap pulang ke rumah. Walaupun mereak faham tapi aku dapat merasakan perasaan kerinduan berjauhan. Emak terutamanya kerap berpesan keje elok dan pandai-pandai berjimat.''tak payah lah hantar duit kat mak ayah, simpan untuk awak belanja" sayu terharu semua bercampur baur.

Aku kata tak apalah sementara gaji sekarang tengah besar tak macam dulu2 ratus2 je gaji aku, bape keping je aku bagi kat mak ayah. Sekarang ni aku bagi separuh dari gaji aku. Lepas untuk aku baya sewa rumah dan makan minum cukuplah. Aku tahu sebab apa mak kata macam tu,dia tak perlukan duit yang aku bagi tapi mereka memerlukan aku disisi mereka. ia lah ,celah gigi je kot apa yang aku bagi pada mak ayah tu.tak terbalas rasnya jasa mereka.

Kat sini aku belajar macam-macam perangai orang dan liku2 simpang siur. Semua kena buat sendiri. Semua kena fikir sendiri. Ada masalah pun kena selesai sendiri. Tak mahu mak ayah risau. InsyaAllah segala pesanan akan terus tergam dalam fikiran aku ni. Terima kasih kerana mendidik aku dari kecil dan aku akan cuba aplikasikan dalam kehidupan dunia yang penuh mencabar sekarang ini. Mak doakan along dapat keje yang lebih baik dari sekarang yer. mak jangan risau sebab nasihat mak ayah semua dalam poket along. Kawan2 along pun baik2. Apapun along ikhlas dan harap mak sudi terima walaupun sedikit duit gaji along tu.sayang mak ayah dan my bro fuad.


Thursday, June 21, 2012

kan dah terberi

owg nak kawan
takkan kita nak jawab tak boleh
apa reason tak boleh jadi kawan
xd fakta kata tak boleh berkawan
tapi timbul masalah bila...jengjeng
giler wei

Thursday, June 7, 2012

bersukan tangan dan fikiran

ok jom bersukan...
main rubik pai pengsan


hari ini hati berbunga riang 
walaupun keje amatlah banyak tahap gunung 
sebab malam tadi telah berjaya siapkan rubik telo segitiga 
aku beli masa seminggu aku datang dan bekerja di pulau pinang

taraaaaaaaaaaa
jelous tak???


aku tak tahu nama dia apa
 so aku panggil rubik telo sebab macam telo
rege dia sepoloooh ringgit malaysia je
so dalam hati dah menyimpan impian untuk main next rubik 


gogogogogogo
 jom main

Wednesday, June 6, 2012

Kita Tidak Mampu Buat Semua Perkara

Kita mungkin nampak besar tapi sebenarnya tenaga kita kerdil.
Kita selalu nampak 'gah' di mata orang tetapi kita lemah banyak perkara.
Kita berbual banyak perkara tapi sebenarnya banyak lagi kita tak tahu.
Kita menyusur pelbagai lebuh raya tapi lurah dan belukar perlu diterokai juga.
Kita menari gembira kerana berjaya namun terlupa bersyukur padaNya.
Kita mengeluh ditimpa bencana tapi lupa bencana itu hadiah indah buat kita.
Kita ego boleh buat semua kerja tapi kita lebih hina jika malu meminta pertolongan.
Kita marah di timpa musibah tapi sebenarnya Allah sangat sayang pada kita.
Kita kata pandai banyak perkara sedangkan ia sebenarnya terlalu sedikit untuk kita.
Kita kononnya sudah buat banyak kebajikan sedangan tak cukup lagi nak bawa pergi syurga.

Jangan anggap apa yang kita tahu atau fikir, 
semua orang akan tahu dan jangan anggap apa yang kita tak tahu, semua orang juga tidak tahu. 

Kerana kehidupan ini saling perlu melengkapi,
memerlukan dan tutup-menutupi kelemahan.

Jangan jadi manusia yang ego dalam banyak perkara kerana sedikit pun tidak menguntungkan diri kita.

Jika kita jatuh, maka bangkitlah dengan gigih.

Jika terputus panduan, maka berenanglah ke jalan asal

Jika buta penglihatan, maka celiklah dengan mata hati.

Jika sesat meneroka, carilah Al-quran sebagai kompas mengembara.

Ingatlah kita hamba yang tidak mampu berbuat semua perkara tanpa pertolongan,
sekurang-kurangnya janganlah ego memintan didoakan kebaikan untuk diri kita.

Mari sama-sama perbaiki diri menjadi Hamba Allah yang Ikhlas Hidup dimuka bumi dengan oksigen yang percuma telah Allah kurniakan
InsyaAllah 
Amin

Sunday, June 3, 2012

rumah 3 tingkat boleh tak?

Lamanya tak berbicara disini kerana kesibukan dan kesuntukan waktu. Sibuk sampai tiada masa nak berpoye-poye dengan lebih cemerlang. Ha???? tak pernah dengarkan berpoye dengan cemerlang, kalau bekerja dengan cemerlang adalah kan. Apa pun kalau dapat kedua-duanya lagi syok

terima kasih tak terhingga pada ayahanda tercinta kerana menghormati permintaan aku supaya tidak dijual eyqn  kelisa kesayangan aku tu...LUV U AYAH. Azam bulan lepas aku nak memiliki sebuah rumah sendiri. Bukan apa. Nak jadikan aset. Pada mulanya nada ayah agak tidak senang dengan kahayalan baru ku itu. "Abis rumah ayah beli tu sapa nak duduk". Bukan apa kalau beli kerete akan datang harga makin turun,tp kalau beli rumah insyaAllah akan datang akan naik harganya. Memandangkan kerja aku yang masih tidak tetap menyebabkan aku perlu berfikir secara lebih aktif untuk masa depan yang masih kabur.

Semalam ayah cal, katanya dah tengok rumah tapi agak jauh. Dalam hati beu je cerita sebulan yang lalu tapi ayah lagi cepat bertindak. Rumah baru,harga om cuma jauh sikit dari johor. Nanti susah nak pantau katanya. 3 tingkat pun ada kalau kamu nak?Sapa nak duduk besar2 nanti. Rumah kedai la kalau kamu nak...hahahahaha..terkena aku..

Aku sekadar ingin rumah second yang kecil2 sahaja..flat pun tak apa. Senang nak jaga. Kalau dapat teres pun ok je..blh paking kerete. Kalau boleh nak berhutang dalam 10 tahun je. Weiiiiii...ayah beli rumah sekarang masa dia bujang ok...so rumah tu lebih tua dari umur aku...hahaha...tu yang nak ikut jejak langkah ayah. Beringat-ringat kalau berbelanja.Simpan sikit-sikit untuk kemudian hari.

InsyaAllah akan meneruskan mengushar rumah. Ada rezeki tahun depan boleh la sambar. Dan pejam celik-pejam lagi dan celik lagi, tahun depan kereta aku dah nak habis bayar. Banyaknya aku nk buat sebelum selepas umur 28 ni.

  • mungkin hajad nak pergi umrah sebelum umur 28 tidak kesampaian [ ;( ]
  • kereta akan habis bayar masa umur aku 28
  • nak beli rumah selepas umur 28 harap dalam tahun depan(2013)
  • kawen???emm mungkin bukan dalam umur 28 sebab dah penuh jadual dengan perkara diatas..huhu
Apa pun seronok berangan ini. Kerana angan-angan adalah percuma. Tapi sekarang dah rajin memasak dan berjimat sebab dah ada matlamat baru. Suka hatilah nak panggil akau kedekut ke, taik hidung masin ke.Kena disiplin ok pas ni.GoGoGoGo.....


Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi