Followers

Google+ Followers

Translate

Saturday, March 1, 2014

2 minggu sekolah di kurnia kepada ku kisah 5 insan terpilih

2 minggu kuliah berlalu begitu sahaja. Sekadar masuk kelas dan print nota. Tak sedar diri lagi yang proses pembelajaran sudah berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang inisiatif bertindak mencari bahan bacaan wacana ilmu dalam bidang yang baru diceburi. Mesej dari seseorang ingin ketemu membuat hati ini curiga apa yang sedang berlaku.

Rabu :
Seorang sahabat hadir kerumah dengan wajah yang sukar digambar. Bicaranya mungkin agak tenang, namun dari dalam matanya tergambar seribu macam perasaan. Mungkin ada kekesalan, kekecewaan, kemusykilan tentang masa depan, kegusaran dan macam-macam lagi. Kisah terbongkar apabila beliau menyatakan tidak dapat menamatkan pengajian tahun ini kerana subjet tidak  dapat dihabiskan sem ini. Tak terdaya katanya untuk melalui bulan sept ini untuk melihat rakan sekelas berkonvo. Pasti sahabat seperjuangan selama 3 tahun tercari-cari dimanakah beliau. Kami bercerita dan banyak yang saya pelajari. Antaranya beliau kian gigih untuk berhadapan dengan situasi yang sukar di ungkap jika kita sendiri tidak pernah melaluinya. Beberapa hari beliau menginap dirumah saya, dan cara beliau mengingatkan bahawa saya juga adalah pelajar. ia membuat saya sedar bahawa banyak benda saya tak buat. beliau ulangkaji sepanjang malam hingga esok pagi dan sangat teruja untuk menerangkan pada saya bahawa graf yang beliau dapat hasil ulangkaji sepanjang malam sangat memberangsangkan. Beliau turut menjaga makan agar tidak ngantok di dalam kelas. 

Khamis :
Slot makan bersama seorang pelajar cemerlang yang sangat sukses, namun baru sahaja diuji dengan perkara yang paling tidak disangka. Rupanya selama ini yang saya perasan beliau sering tidak sihat atau demam adalah disebabkan oleh perkara itu. Tidak disangka dalam zaman moden, orang yang sangat berpendidikan tinggi sanggup menggunakan makhluk semesta alam yang ketiga untuk menjatuhkan kejayaan sahabat sendiri. Mempercayai makhluk yang ketiga ini adalah perkara syirik. Dimanakah letak iman jika sanggup meminta pertolongan selain Allah. Dah la tu untuk menindas orang lain. Alhamdulilah dalam proses berubat. Kekangan untuk belajar dan kesukaran memahami ilmu membuatkan beliau terdetik untuk berubat. Ada hikmahnya beliau tersungkur seketika, dengan ini beliau lebih berhati-hati dan tidak akan sesekali meninggalkan Al-Quran. Sungul hati saya bila menyatakan 4 bulan tidak terdetik di hati untuk membaca Al-Quran. Makhluk itu bukan sahaja membuatkan sahabat saya ini lupa untuk belajar, malah jauh dari Allah. Moga orang yang membuat sahabat saya ini cepat sedar dengan perbuatan terkutuk ini. 

Jumaat :
Mendapat panggilan dari sahabat yang menghadiahkan saya tafsir quran. Alhamdulilah setelah 2 kali tersangkut dalam peperiksaan. Akhirnya buat kali ke tiga beliau berjaya melepasi level yang dikehendaki oleh pihak universiti. Tahniah wawa dapat 7. Saya antara menjadi orang terawal yang tahu keputusan beliau. Tengoklah betapa tabah dan gigih untuk beliau mendapatkan 7. Sudahlah yuran mencecah rm 600 untuk sekali peperiksaan. Sekali  pun kegagalan yang dihadapi tidak mematahkan semangat. Betapa pemikiran dan diri kamu telah transfom menjadi positif walaupun perkara itu negatif. Selamat membuat persiapan ke Scotland. Nanti invite akak untuk marathon kat sana. Akak nak get ready kumpul duit melawat kamu kat sana. Che da pun nak datang melawat kamu, nak pergi universiti lama dia katanya. Akak pasti merindui kamu. Sayang kamu wawa. 
Malakoff 2013 : Pencetus larian untuk larian seterusnya hingga kini.


Milo Marathon di KL. Berlari sehingga luar Pulau Pinang. Memang tak ada keje dan cari pasal
Penang Bridge Marathon 2013 :Larian terjauh dan alhamdulilah dapat medal.10 Km

Pisa Penang Walkathon : Mengajak lebih ramai ahli beriadah


Merdeka Run : Penutup marathon tahun 2013 dan kenangan menjadi orang-orang terakhir sampai garisan penamat

Dalam masa yang sama membantu senior kumpul data. Perkongsian yang menarik, tips yang melimpah ruah. Banyak yang dikongsikan. Rupanya beliau sangat menjaga pointer dan skor dalam setiap paper exam. Wah tak sangka dalam masa sehari diketemukan dengan orang-orang yang gigih berusaha untuk berjaya. Baca dengan banyak sekali jurnak untuk menambah idea dan ilmu sebanyak mungkin. update ilmu. Apa yang aku tunggu lagi. Berusahalah seperti mereka untuk berjaya. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa kita cari dan usaha untuk mendapatkannya. Bukan mudah untuk menempa kejayaan tanpa kekangan dan cabaran sebelum Allah hadiahkan kejayaan disetiap usaha yang kita lakukan.

AIRPORT PENANG : collect data at departure hall

Sabtu :
Dijemput untuk mengajar, oppsss sanggup untuk ulangkaji bersama sahaja. Rakan sekelas mengundang kerumah beliau untuk menelaah bersama. Gusar juga jika ditanya soalan yang tidak dapat dijawab. Mana tidaknya, hukum-hukum tajwid. Apatah lagi untuk mengajar senior2. Alhamdulilah sekali lagi proses pembelajaran membuatkan saya sedar, berkongsi ilmu akan lebih memudahkan kita memahami. Apatah lagi ayat berjela-jela dalam buku. Sedangkan ia lebih mudah jika kita faham dan huraikan sendiri melalui apa yang kita faham. Di ketemukan dengan beliau yang sangat luas ilmu dan pengalaman. Rupanya bukan saya sorang pernah mengalami keadaan ini. Beliau kini suri rumah sepenuh masa. Dengan niat ingin mendidik dan menjaga rumah tangga selain mendalami ilmu agama. Sewaktu bekerja dikelilingi dengan suasana kerja yang hipokrit dan paling tidak elok diperkataan 'mengumpat'. Tak usah tipu la kalau anda terlepas dari situasi ini. Saya juga turut mengalami masalah yang sama sewaktu berkerja dahulu dan pernah menjadi salah satu alasan dalaman saya berhenti kerana suasana berkerja yang tidak sehat. Beliau pernah bekerja di KL dengan cabaran yang sungguh hebat. Saya rasa anda dapat gambarkan tanpa saya nyatakan disini. Untuk sekian kalinya saya juga turut pernah berhenti kerja sebab company yang saya kerja memilik kedai arak. Mungkin anda nak katakan saya bodoh melepaskan kerja dan gaji yang agak besar dengan kerja yang agak tidak sakit kepala, tapi dimanakah barakah yang kita dapat. Saya bukan mengejar gaji dan wang yang banyak. Saya bukan minta dihujani dengan kesenangan. Apa yang penting adalah Allah redha dengan apa yang kita lakukan ketika kita menumpang dimuka Bumi Allah ini. Setelah ulangkaji pelajaran tajwid, aku diminta mengajar anaknya ulangkaji matematik. Wah ilmu-ilmu jika tidak diamal akan hilang. Walaupun sekadar darjah 5, soaln agak mudah namun jika ilmu yang ada tidak kita amalkan, tidak kita kongsikan dengan orang lain, ia akan menjadi sia-sia.

Maha Suci Allah, Maha Berkuasa Allah, Maha Allah Mengetahui

Dia mengurniakan aku dengan mereka-meraka yang telah jatuh bangun dengan gigihnya melalui pelbagai rintangan. Tidak sedarkah lagi aku akan perkara disebalik pengalaman orang-orang terpilih dari Allah untuk melalui ujian dariNya. Bukan niat aku untuk mengaibkan sahabat-sahabat aku ni, tapi kalian kajilah dan renungkan disebalik pengalaman mereka yang terpilih ini untuk kita serap sebagai pedoman dalam hidup kita ini. 


Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi