Followers

Translate

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru lagi...

Selamat tahun baru kat semua penduduk bumi.. wah macam ada yang duduk luar bumi lak aku nak wish tahun baru..kiki...Tapi kalau ada pun apa salahnya..Aku nk ucap selamat juga.

Walau apa jua keadaaan tahun baru bagi aku setiap hari adalah hari-hari baru buat aku..Kita
akan hadapi setiap hari dengan bnyk hal baru yang kekadang tidak terjangkau dek akal kite sebagai manusia. Sebagai manusia biasa kekadang aku juga ada rasa kecundang walaupun semangat setiap hari perlu ditiupkan...Syukur aku tergerak hati untuk mambaca buku langit ilahi..Tuhan tidak akan lupakan kita..Sangat banyak atau banyak sangat manfaat yang aku dapat...

Walau macam mana keadaan kepayahan,keperitan,kegembiraan,kesedihan,kegemilangan Allah akan sntisa ada bersama kita...Tidak sesekali akan melupakan kita baek kita ni jahat atau baek. DIA tetap tidak menghentikan oksigen walaupun kekadang kita telah melakukan perkara yang ditegah. Ingatlah sesekali pun DIA tidak akan melupakan kita. Kita yang terlupa adalahkn.. Sebaliknya bersyukurlah atas dugaan atau kesakitan yang diberi kerana DIA sayang kita. DIA mahu kita sentiasa ingat bahawa kita adalah hamba yang mesti sntiasa ingt kepada Tuannya iaitu pencipta kita,Allah s.w.t. Jangan jadi seperti Firaun yang mengaku tuhan. Firaun tidak pernah bersin selama 500 tahun.

Walaupun hampir semua yang aku rancang untuk tahun depan telah terkubur semuanya sebelum sempat memasuki tahun 2011,memanglah sedih tapi aku percaya ada yang lebih baek buat ku...aku percaya kerna Allah telah merancang yang terbaek buat aku. walaupun aku rasa rancangan aku sudah terbaek mungkin ada hikmah disebaliknya. Sapalah aku untuk menyalahkan takdir. Moga rezkiku yang masih dilangit dapat diturunkan kebumi dan yang masih didalam perut bumi dikeluarkan buat aku.

Jika hatiku tersasar doakanlah aku kembali mengingatiNYA.Kerna aku hanya hamba yang lemah. Dengan indah aku ingin kembali kesyurganya tempat asal kite semua sebelum Nabi Adam dicampakkan ke bumi.

Buat peringatan diriku dan pembaca semua, kembalilah berpegang pada landasan kita iaitu Al-Quran dan Sunnah dalam menjalani kehidupan kita ini. Hidup ini hanya sementara yang kekal selamanya adalah alam Akhirat nnt. Teruskan mencari cinta dalam Islam sebagai agama yang syumul.


Selaklah kembali lembaran-lembaran sejarah islam. Cabarn mereke lebih kuat dari yang kita hadapai sekarang ini. Janganlah sesekali berputus asa. Allah s.w.t sentiasa ada bersama kita. Moga tahun baru ini makin menjadikan kita hamba yang sentiasa dekat pada penciptanya. Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Friday, December 17, 2010

Ragam meow2 ku

Anugerah dan kuasa Allah pada makhluknya

6 jari depan Si Merah yang nakal itu

Ni jari kaki merah ada 5 anak Si Abang


Cacat @ Kelebihan

Ni jari depan Abang ada 6

Ni la jari Abang yang banyk tu belakang ada 5

Cak! terperasan lak dia kite tangkap gambar

Dah jadi tempat tido Si Oren

Hasil kerjatangan Si Oren




NIKMAT HATI KURNIAAN HATI DEMI HATI

Kadang2 kita rasa sunyi walaupun ramai orang disekililing kita

Kadang2 kita rasa nak marah walaupun tak d sebab musabab

Kadang2 kita rasa tak d kawan borak sedangkn tgh berborak dengan mereka ni

Kadang2 rasa lapa tapi bila dpt makanan xd slere pulak

Kadang2 hati kata nak cuba sesuatu yang baru tapi banyak sangat tapinya

Kadang2 rasa xd sapa yang sayang kita sedangkan famili betul2 ambil berat

Kadang2 kite tgh gelak ketawa tapi sbnrnye kita tak happy pun

Kadang2 kita rasa dah ramai kawan tapi mana semua kawan2 kita ni

Kadang2 rasa kecewa sangat kalau gagal padahal baru dugaan kecil

Kadang2 rasa kitalah yg paling betul tapi owg laen kata ''ni sume ko punya pasal''

Kadang2 rasa dh doa banyak tapi tak juga makbul2......

Sapalah diri ini utk menuding jari sapa salah sapa benar

Sapalah diri ini utk menjadi kawan baek kalian

Sapalah diri ini utk disayangi dan didampingi

Sapalah diri ini utk mendabik dada membangga diri

KENAPA?

Semua ini bermula dari hati

Setiap insan memiliki hati untuk dididik

Diberi ilmu secukupnya, diberi makan sekenyangnya

Untuk berkenalan dengan Islam,bercinta dengan Islam

Sanggup berkorban apa saja demi Islam

Terus jatuh cinta dengan Allah,berkasih selawat pada nabi

Berkelana memuji kebesaranNya

Bertahmid,munajad mengingatiNya

Segala-galaya bermula dari HATI

HIDUPkan kembali HATI yang telah MATI itu

Semaikan kembali hati dengan ilmu Islam

Bajai hati dengan ayat Al Quran

Supaya hati tenang mengingati

Supaya hati gembira beribadah

Supaya hati kuat bercinta

Supaya hati kekal rindu

hati oh hati...

cinta hati


Thursday, December 16, 2010

KURSUS PRA PERKAHWINAN

KURSUS PRA PERKAHWINAN NEGERI JOHOR
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT!
Saudara/saudari boleh print terus borang ini dan bawa ke lokasi kursus

TEMPAT ADALAH TERHAD

HANYA RM120 SEORANG
(kemungkinan harga akan dinaikkan tahun 2011)

Boleh call/sms NAMA dan IC untuk pendaftaran tempat dengan segera

Sila bawa sekeping gambar berukuran pasport dan salinan kad pengenalan

Sebarang pertanyaan sila hubungi ;

Ustaz Hashim Abd Rahman - 013 765 4117

Noor Khairiah Ismail - 012 741 2455

Friday, December 3, 2010

meow oh meow

Assalamualaikum.
Apa khabar semua. Harap kalian semua berada dalam keadaan sejahtera dibawah lindunganNya. Lama juga tidak berkarya. Hari aku nak bercerita mengenai kucing-kucing di rumah aku. Macam-macam ragam. Kalau ada sesiapa yang berkongsi minat yang sama dengan aku pasti sudah tahu apa yang akan aku ceritakan.

Apabila berbicara topik KUCING.ha pasti pelbagai cerita akan keluar. Kucing pun boleh jadi topik kite berbual.Betul tak ? Sejak berpindah rumah baru ni, aku cuma bawa 2 ekor saja dari rumah lama. Yang lain-lain kami hantar kat pasar harap mereke masih hidup dan sehat hingga hari ini. Nak dijadikan cerita seekor mati dilanggar kereta. Tinggallah jantan seekor. Kami panggil Si Tam atau Abang. Dia ni senang je jaga. Tak banyak ragam. Siang tidur bangun mintak makan bising-bising di dapur, kalau lambat layan nanti Abang merajuk. Abang suka makan ikan selar kuning mentah. Tapi nasi pun dia makan juga. Abang ni macho. Kalau dia gaduh tak ingat lain. Terkam kejar tak bagi lepas. Hero la katakan. Suka tido atas katil. Badan dia memang besar. Luka-luka kesan gaduh memang banyak tapi dia tetap comel. Tak tau ar kekurangan atau kelebihan,Abang ni jari ada banyak. Sebab tu macam sedap je kalau dia tampar masa gaduh. Tapi dia fail klu bab panjat. Mungkin gak sebab badan dia berat. Satu lagi Abang ni cool je.

Kemudian datang lah kucing terbiar tu. Nak dijadikan cerita aku baru dapat 5 anak buah baru. Sekarang kat rumah aku ada 10 ekor.wah banyaknye. Sikit hari lagi pasti akan membebel bila anak-anak tu dah pandai berjalan-jalan. Sebenarnya aku bela 3ekor tapi yang datang tanpa diundang tu yang membuatkan jadi 10 ekor sekarang.

Mangga dan Oren ni pun anak pendatang. Masa kecik-kecik selalu sakit, tapi dah besar ni ok nampaknya. Si Mangga ni si cerdik. Dia suka tengok tv. Aku pun tak tau dia faham ker tak. Nanti sibuk lah duduk depan tv kemudian tangan sibuk capai gambar yag bergerak dalam tv. Kadang-kadang geram sebab macam dia sowang je nak tengok tv. Nyebok jekn.(tp suka tgk gelagat dia walaupun mulut bebel2..hehe)Kalau aku ngadap laptop pun sama. Sibuk nak menaip sekali. Lagi satu dia ni suke gigit jari kaki dan tangan manusia. Tu tanda minta makan ler.

Oren ni dari kecik suka panjat. Terjun sana sini. Tu yang kaki dia tak berapa kuat. Sampai besar pun dia memang suka lari sana sini. Sampai terseret-seret. puuuuk jatuh badan. Oren lak suka tido tempat pelik-pelik. Atas almarilah, dalam kotaklah,atas peti ais,dalam kasut,kalau nasib tak baik dia akan tido dlm tibunan baju yang belum berlipat tu.

kontot ngn ibu baru beranak...adik aku bagi nama upin,ipin.kiki.lala dan nama merah ayah yang bagi. Upin,ipin,kiki dan lala kecik lagi, letak dlm sangkar. Merah dh besar,dah pandai lari2,main2 tapi kesian tak ada kawan.Merah comel sangat, memang warna kucing idaman aku,warna oren bulunya. Merah anak abang.sebab jari kaki ada banyak. Depan ada 7 belakang ada 6,badan besar,jantan,mata biru.kalau lari terkedek2.

seronok dapat main2 dengan meow,bagi mereke makan,tengok mereke sehat membesar,kadng2 syok membebel kat meow sbb dia tak boleh balsa apa yang kita bebelkan..hehe..aman dunia..meow oh meow..di mana juga ko pasti ada...

Tuesday, November 2, 2010

KepuTusan Telah Di buat

Akhirnya semalam aku telah menghantar surat perletakan jawatan. Maafkan saya bos,saya terpaksa pergi jua kerana itu peluang yang saya ada. Jarang dan tidak semua berpeluang mendapatkannya.
Kisahnya bermula apabila aku menghantar nama untuk menyertai program jelajah berbasikal mahasiswa 1 Malaysia anjuran UPM. teringin mencatat nama sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang melakar sejarah mengelilingi Malaysia. Walaupun agak takut, poyo, gila, teruja, gembira, cabaran dan macam-macam perasaan bercampur baur. Kini keputusan telah dibuat dengan perbincangan ahli keluarga. Mereka tidak membantah dan tidak menghalang namun kata-kata nasihat terima dan janji yang aku buat, aku yakin aku boleh laksakan dengan sempurna.
Program akan bermula dari UPM sendiri menuju ke UTM. UMP ke UMT. UMK ke UUM, akhir sekali USM ke UPM. Ekspidisi akan berlangsung selama sebulan lebih. Ini adalah program ke edisi ke 2 namunn aku tidak berpeluang menyertai edisi pertama. Inilah yang dikatan peluang. sesiapa yang menyertai harap kita akan dapat melaksanakan dengan jayanya. Nanti saya hendak berkenalan dengan kamu semua.
Kepada semua yang mengenali diri saya, saya minta maaf kerana jarang update blog ini,minta maaf jika ada salah silap, termakan terminum, terkasar terguris, termarah tersayang, terbuli termaki, apa jua. Saya juga maafkan kamu. Doakan keselamatan saya sepanjang jelajah berlangsung ye.

Wednesday, October 13, 2010

nak percaya ke tak

Assalamualaikum pada semua pambaca blogku...tak ada apa sangat nak ditulis tetapi rasa nak story pasal saka sket...
Ikutkan aku sendiri tidak percaya sangat,setakat tengok dalam tv.Tapi setelah beberapa perkara berlaku dalam famili aku..erm ada rasa nak percaya ke tak mahu...Pepun sedang berusaha mengubati. Moga cepat-cepat ar dapat dibuang sapa yang ada saka tu...sapa yang bawa sapa yang ada pun masih tercari-cari..
Kalau ikutkan orang yang berubat tu salah satu dari keluarga adalah keturunan raja.Keluarga jauhla. Jadi saka itu telah menjaga dia sepanjang hari ini. Aku pun masih tertanya-tanya..apakah benar ini semua.Memang tidak pernah terlintas langsung bahawahal sebegini akan terjadi dalam famili ku sendiri...doaku buat semua familiku..jika benar hal ini wujud,cepat-cepatlah berubat dan kembali pada yang Esa. Aku sayang famili aku semua.

Sunday, October 3, 2010

SeSUNGGguhnya


Assalamualaikum

Sesungguh telah terlalu lama tidak mencoretkan sesuatu di blog ku ini. Kerana kekangan masa yang terlampau ketara. Terlalu rindu untuk berkarya. Maaf pada pembaca-pembaca yang setia menunggu dan sudi membaca blog ku ini. Setelah berhenti di kedai buku aku bekerja kerani di sebuah syarikat logistik,tetapi agak sukar kerana syarikat cina,jadi faham-faham la. Nasib ada petronas, ada juga tempat nak solat.

Sekarang ni aku bekerja di kedai printing. Masyallah kerje punyalah banyak.Tidak terkejar rasanya. dateline itu dateline ini. Belum lagi komputer rosak mesin meragam,pelanggan cerewet. Rehat tu pun curi-curi sebab tidak akan ada time rehat yang serehat-rehatnya.kalau rehat mesin tak jalan kerje tidak siap,maka lambat lah balik. Alhamdulilah dapat kawan yang ok.Aku dah pesan kalau aku leka buat kerja ingat-ingatkan lah aku kalau aku belum solat..syukur dia pun juga peka. Harap-haraplah dapat bertahan kot-kot dalam sebulan lagi..nak cari pengalaman orang kata.

Sebenarnya aku mahu join jelajah 1Malaysia bulan sebelas ni..so niatnya mahu berhenti bulan 11 nanti.Program berbasikal jelajah 1 malaysia diadakan selama sebulan. Nak sangat ikut..Sudah mula joging untuk maintain stamina.Nanti kalau jadi aku umumkan pada kalian.

Oklah setakat ini dlu..walaupun penat bekerja+tertekan tetap seronok nak tunggu wekend mahu pergi berjoging.oh ye lupe nak bagi tahu sejak-sejak amalkan baca yasin setiap hari aku sangat rasa ada kelainan.kalau dulu sikit-sikit mahu ngamuk jer,penat tensyen,masam muka bising..tapi sekarang cool je tap mungkin gak sebab terlalu penat pai nak bebel pun tak larat dah..hehe..sikit lagi kurus ler=kurang makan +kurang rest+joging+makan hati

Thursday, July 1, 2010

SEBAHAGIAN KOLEKSI KU SELAMA 10 TAHUN

Salam hormat pada semua...apa khabar korang?...aku harap korang sedang bergembira melalui hari-hari yang tenang ini..insyaAllah..topik aku nk coret kat sini adalah mengenai koleksi kereta mainan aku..tak ada lah banyak mana pun..tapi comel2 n cukup berharga serta memberi kenangan pada ku..

ia bermula selepas peperiksaan PMR. Kereta mainan pertama yg aku beli adalah jenama maisto..kecik.comel.ley buka pintu lagi..hehe...then bermulah episod aku membeli dan mengumpul kereta2 comel ni..kebanyakkan aku beli jenis hotwheel...dlu harga sebuah rm4.90..now harga dh rm 6.90..makin mahal..dulu seminggu blh beli sebuah dengan duit belanja yag aku dapat seminggu tu...sehari smpan seringgit...kerete punya pasal.hehe..melangkah ke tgktn 4..aku membeli model kelisa..kete idaman la konon.kecik2 tapi comel..ada juga beberapa kerete remote control yg aku beli..cikgu pun penah hadiahkan aku kerete...boleh buka pintu lagi..now kete tu dh ada kat malaysia..nama kerete tu SMARTCAR...ayah pun penah beberapa kali hadiahkan aku kerete...bezday umo 20 pun dapat kerete remote..hehe..beli kat the mines kl lagi..selain kerete ada gak aku kumpul motor..

Bagiku cukuplah untuk 10 tahun rasanya aku mengumpul..tersedar lak diri ni dah tua...cukup2 lah.almari pun dah penoh sebenarnya...now aku pun dh ada IKAN aku yg comel tu JHA 8221. Ada hobi baru yg sedang aku lakukan..tggu dan lihat

Tuesday, June 29, 2010

BOLA..BOLA..BOLA..PIALA DUNIA 2010

Salam pada semua pembaca yng dikasihi.Sekarang ini musim bola piala dunia.Macam biasa sudah pasti ramai yang akan mabuk atu gila bola.Maklumlah 4 tahun sekali.Afrika telah menjadi tuan rumah piala dunia 2010. Seperti tahun-tahun lalu saya tetap menyokong pasukan BRAZIL.Dirumah saya tiada astro,jadi klu ada pasukan faverout pasti adak saya mengajak kekedai yang ada astro.Kadang penat balik keje jam 10 tapi layankan adik.dapat juga makan dan tengok bola.4 tahun sekali sahaja ada piala dunia ini.

Masih segar dalam ingatan piala dunia 4 tahun lepas,kami tengok dikedai mamak di perak.kebetulan kami balik kampung di perak.itu merupakan pengalaman pertama menonton bola di kedai mamak.seronok.ayah adik dan saya.macam-macama ragam.penuh kedai.mula-mula tidak ada tempat.kemudian baru dapat tempat.itupun meje belakang sekali.masa itu tengik brazil lawan.tidak ingat lawan negara mana.jadi kenangan betul.tengok perangai manusia.sudah tidak kira bangsa.bola punya penangan.paling menarik ada aksi mat pit di satu meje.kawan mereke sendiri copet dompet kawan.mereke dalam keadaan mamai.
apa pun tidak ingat.memang macam-macam ragam.inilah kisah piala dunia

Wednesday, June 16, 2010

HATIKU MENANGIS MENDENGAR PERKATAAN PALESTIN..SELAMATKN BUMI ITU

Konflik Israel–Gaza 2008–2009 merupakan sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, yang berada di kemuncak konflik apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara, dikenali dengan nama Operation Cast Lead (bahasa Ibrani: מבצע עופרת יצוקה, Mivtza Oferet Yetzuka, bahasa Arab: عملية الرصاص المصبوب‎ atau عملية الرصاص المسكوب) oleh Pasukan Pertahanan Israel. Operasi ini disasarkan kepada ahli-ahli dan infrastruktur Hamas dan ia juga dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Gaza (bahasa Arab: مجزرة غزة‎) di kalangan kebanyakan negara di dunia Arab.. Selepas tamatnya perdamaian sementara selama enam bulan antara kerajaan pimpinan Hamas di Genting Gaza, Palestin dan Israel, yang berakhir pada 19 Disember 2008. Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan. Hamas menyalahkan Israel atas tamatnya tempoh reda itu, kerana Israel tidak mematuhi semua syaratnya yang termasuk penamatan pengepungan Jaluran Gaza. Persengketaan ini merupakan yang terburuk sejak Hamas mendapat kejayaan politik pada awal 2006.

Operasi besar ini bermula dengan pengeboman oleh pesawat pejuang F-16 dan helikopter AH-64 Apache dan ditentang oleh tembakan roket Qassam di kawasan komuniti selatan Israel. Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah konflik Israel-Palestin. Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.

Pada sebelah petang, Angkatan Tentera Udara Israel menghunjam 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah balai polis, penjara dan pusat kawalan yang dipibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza, Bandar Gaza, Beit Hanoun di utara, Khan Younis dan Rafah di selatan.

Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pada Jun 2008, satu perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel anjuran Mesir berjaya ditandatangani. Tetapi Israel memungkirinya dengan menyadakan sekatan semula di pintu masuk dari Israel ke Semenanjung Gaza. Oleh itu warga Palestin di Semenanjung Gaza tidak mendapat bekalan makanan dan fasiliti lain seperti gas, bekalan elektrik, air, ubat dan pelbagai barangan lain . Sememangnya Semenanjung Gaza tidak dapat berdiri sendiri melainkan bergantung menerima belas ehsan daripada pihak berkuasa Israel. Israel menjadikan hal ini sebagai sorong-tarik dalam krisisnya dengan Hamas yang kini mendapat sokongan besar di Semenanjung Gaza. Pada 13 Disember 2008, Israel mengumumkan akan memanjangkan gencatan senjata hanya jika Hamas patuh kepada syarat-syarat lama dan syarat terbarunya. Hamas menyalahkan Israel kerana menamatkan genjata senjata sebelum ini dengan membuat sekatan di pintu masuk dan rakyat Palestin terpaksa membina terowong-terowong untuk ke seberang tembok sempadan.

Reaksi antarabangsa

Bantahan anti Israel oleh rakyat Tanzania.8 Januari 2009 Resolusi gencatan senjata diluluskan dengan Amerika Syarikat berkecuali, mahu supaya gencatan senjata segera dikuatkuasa dan dipatuhi sepenuhnya sehingga membawa kepada pengunduran tentera Israel dari Gaza.
9 Januari 2009, wakil Kementerian Luar China, Qin Gang mendesak Israel supaya segera menarik balik tenteranya dari Gaza selaras dengan usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu. Usaha politik diteruskan agar tertubuhnya sebuah negara Palestin yang bebas dan kedua-dua negara itu menikmati keamanan.
Pada 5 Januari 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghubungi Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon dan Presiden Persidangan PBB, Miguel d'Escoto Brockmann, meminta diadakan sidang tergempar PBB membincangkan serangan Israel di Semenanjung Gaza.
Timbalan Menteri Luar Datuk Abdul Rahim Bakri mahu Israel mematuhi Perjanjian Annapolis antara Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert di Annapolis, Maryland di Amerika Syarikat pada 27 November 2007 untuk mencari perdamaian antara Palestin dan Israel. Isu Palestin adalah isu jenayah kemanusian dan "satu tindakan keganasan".
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mestilah menghantar pasukan pengaman ke sempadan Israel dan Palestin dengan segera. Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku Naib Presiden UMNO dan Presiden Perhimpunan Belia Dunia (WAY) berkata jika Amerika Syarikat benar-benar mahu keamanan, negara kuasa besar itu boleh menghantar segera tentera pengaman ke sempadan Palestin dan Israel.
Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Noor Nirwandy Mat Noordin menggesa rakyat memboikot produk negara-negara yang menyokong Israel termasuk Coca-cola,Starbuck dan Colgate. Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa dolar Amerika turut diboikot. Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng mahu kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia.[31]
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan negara Indonesia sedia menghantar rakyatnya untuk menjadi sebahagian pasukan pemerhati di Semenanjung Gaza jika gencatan senjata tercapai. Janji itu diberikan semasa menerima Duta Besar Palestin ke Indonesia, Fariz Mehdevi di Kompleks Istana Presiden , Jakarta.
Bantuan antarabangsa
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) menghantar pakar perubatan dan petugas logistik ke Mesir bagi menyahut seruan kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan Israel di Tebing Gaza. Ia diketuai oleh Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Jemilah Mahmood dan anggota majlis eksekutifnya Norazam Ab Samah.[32]
Penyelaras AMAN Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk berdiri teguh bersama rakyat Palestin menentang tindakan ganas yang bertujuan membawa kemusnahan kepada kalangan penduduk yang dirampas tanah mereka oleh Israel dan sekutunya. Pada 29 Januari 2008, Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza untuk membantu 1.5 juta rakyat Palestin yang terperangkap di Gaza selepas semua pintu sempadannya ditutup rejim Israel sejak Jun 2007.
10 Januari 2009, Josette Sheeran selaku Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan penghantaran bekalan bantuan kepada sehingga 360,000 orang bukan pelarian di Gaza, manakala Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) akan memenuhi keperluan makanan di kalangan pelarian yang berjumlah 1.1 juta orang. WFP memiliki stok makanan berjumlah 3,500 tan metrik di gudang di Gaza, cukup untuk bekalan bagi memenuhi keperluan kes-kes baru sehingga 360,000 orang untuk tempoh tiga minggu. Bekalan makanan dihantar ke hospital-hospital dan juga tepung gandum kepada kedai-kedai yang masih dibuka. Kedai-kedai roti juga sudah kehabisan bekalan tepung gandum yang diperlukan untuk membuat roti - makanan utama penduduk di Gaza .Kilang-kilang tepung sudah kehabisan bekalan bahan mentah.Pemandu trak dan pengendali fork-lift enggan bekerja ekoran rasa bimbang dengan keselamatan mereka. 130 trak yang membawa kira-kira 4,000 tan metrik makanan WFP sudah dihantar ke Gaza menerusi tempat melintasi sempadan di Kerem Shalom, tapi sebahagiannya tersekat disebabkan faktor keselamatan

Maher Zain - Palestine Will Be Free | ماهر زين - فلسطين سوف تتحرر

Tuesday, June 15, 2010

mimpi wat kali ke 5

Mimpi lagi..mcm tak caye je..xtau ler ni mainan syaitan atau petunjuk Allah beri..dlu pnh cakap kat kawan,klu dapat g n lulus exam n tibiu ni..aku nk potong rambut..terlepas lak cakap,tp dlm hati...sayang..jarang smpan rmbut panjang..ni dh 2 thn xpotong,sbb rmbut lmbt panjang.....sekali mimpi rambut dh pendek mlm td..dh siap kne potong..bgun2 jer..eh pesal mimpi potong rmbut,rupe-rupenya pnh cakap hal ni kat kawan...doakan aku ada rezki kalini..mungkin ini peluang aku untuk merubh nasib n menampung khidupan aku n fmly..

Wednesday, May 26, 2010

4 kali mimpi

1) tgh sibuk prepare nak exam spa emigresen gred 41,ley lak mimpi tgh ngajo kat kelas....tapi aku buat yang terbaik tuk exam spa tu gak then br exam medsi

2)tgh duk tggu kptsn exam spa n medsi,duk mengharap dapat surat panggilan g PAC tuk emigresen,sekali mimpi dapat surat temuduga medsi 23 mei.mmg tau kptsn exam spa n medsi kuar bulan 5 tp tak tahu tarikh..bile cek tenet..btl kptsn medsi akan kuar lagi 2 hari..tup2 btl2 dapat..siap tarikh pun same 23 mei..giler ar mimpi jd kenyataan.

3)dlm duk sibuk study nk g exam n tibui medsi kat uitm shah alam,mimpi lagi...dlm mimpi tu mcm ada peluang n harapan cume aku perlu melalui bbrapa n sedikit halangan..aku rasa antara halangannye adalah aku kurang sihat,demam..lg 3 hr nk exam bru ley bc buku.dgn masalah cuti n shif kje..nasib dapat cuti last minit.halangan samada pegi ayah anto or naik bus,aku mntk naik bus,ayh wat kptsn ley naik bus tapi mak kne teman..ok:)..tp pg tu aku sedey lak sbb ayah xg..aku msg ayah ajak g kl..ayh kte takpe...serius aku tertekan..nk cry dh time tu sbb biasa g mane2 mst ayah anto..ni kan pula nk g tibiukn..wat kali k 2 aku solat dhuha sabtu 22 mei tu..adik aku bruwang cola yang ajo...kire smlm (jumaat)aku bljr buat 1st time.tenang gak ar rasa..sabtu aku nk g tu..aku wat lagi,sblm naik bus..dlm solat hajad aku cry..tak tau pesal..then pai naik bus aku sakit kple trus tido.bgun2 sbb nak buang air kecil..40 mini tahan..terpakse gak ckp kat pakcik bus..nasib dia sporting..cabaran gak tahan buang air..mungkin ni pun termasuk dalam dugaan imipi aku ni..dh ar trun bukit jalil...cabaran gak ar tu...tak pernah sampai sana..slalu kt puduje..hehe..lantakler..4 kali ty owg sbb bw mak,kang salah jalan sian lak penat..wlpun bnyk cabaran alhamdulilah sampai gak kl....

4)mlm sblm g exam,mimpi lagi..dlm mimpi tu,g ar bnyk kete,tp yg g bek exam tak ramai..mcm ada harapan je aku kate..dlm mimpi lagi ni..soknye g exam btl2 tak ramai..bel exam seni 8 owgje..yg lain just tibiu..dalam pada nk g exam tu..pergh..tak jmp tmpt pekse..berlari sana sni..ye ar kbtln dh cuti sem..mene d owgkn..ahad lak tu..sbnrnye dah mule awal,18-23..kire aku last ar ni..dh ar nama tlis palaitgn je..yg lain sume kmptr..ni libtkn mimpi 3 ni..dh ar member kte dia kne tibiu 2jm..cuak aku ms tu..exam lukis tu dia letak barang atas meja..so kne lkis..tak konfident sgt sbb gelabah cr tmpt kot..tawakal pada Allah...then mas tibiu tggl 2 owg je..lg ar gelabah..pe bc sume lupe.buku pun dh xsmpt belek...huhu,,alhamdulilah dapat jawab soalan penemuduga dengan tenang n happy...berjalan lancar..HOPE ADA REZKI BUAT AKU KALI NI...

tggu kptsn bulan 6 ni..klu dpt,intake awal bulan 7..everybody..wish me luck k :)

Sunday, May 16, 2010

EXAM N TIBIU LAGI(Selamat Hari Guru)

assalamualaikum kepada para pembaca blog ku...kalian bagaimana?apa perkembangn terbaru kalian.di harap kalian sume berada dalam keadaan sehat n ceria selalu.Lamadah rasanya tak post sesuatu kat blog ni..almaklumlah baru baik dari demam.ni pun ada sedikit batok lagi..musim demam skunk ni.
Ni nak citer kat sii sket..ulang tayang cerita..before this aku d nk bek exam spa tuk jwtn emegresen n dpli.tp duk sibuk baca tuk spa,sbb spa exam dlu then baru dpli..punyalah terok study..bis sume buku spm aku study..dlm duk study tu d ar 1 hari mimpi tgh mengajo kat skol..xtau petanda atau apa,tp aku ttp buat yg teraik tuk exam spa tu..pulun habis at owg kata...then exam dpli aku ley wat main2 lak..hehe..stgh jam dh siap ,blh tetido lagi dlm dwn exam kat smkbbu tu..dlm diam2 duk tggu kptsn exam..tau akan umum bulan 5 tp xtau tarikh..mimpi lagi..dh ar duk mgharap surat tibiu spa..tup2 dapat surat tibiu cikgi 23 mei..buka ar tenet cek..2 hari lagi rupanya resuult nk kuar..tup2 btl2 dapat tibiu cikgu tarikh pun sama korang tau tak..sama dlm mimpi..korang yg membaca blog aku ni..doakan lar yg ternaik buak ak andai itu adalah rezki terbaik buat aku untuk aku menampung khidupan aku n fmly...terima kasih kalian kerana sudi mndgr n membaca luahan ahati aku ni..doakan aku cepat sembut n bersedia mghadapi exam melukis 9am n tibiu 2pm di uitm shah alam pada 23mei 2010 ni..

Friday, April 16, 2010

Macam-macam hadiah aku dapat hari ini..

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada saudara/saudari yang memberikan kerjasama dalam menyertai kajian secara online bertajuk "Kajian Mengenalpasti Tahap Kebimbangan Belia Terhadap Isu Jenayah Di Malaysia". Seperti yang telah dijanjikan, bersama-sama ini disertakan kod top-up bernilai RM5.00 sebagai menghargai kerjasama anda...
ni aku dapat sbb join jawab soalan..join rakan muda..haha..


This is to inform you that AFRAHA BAITI BINTI ARIF @ has transferred RM60
to your Maybank account for komisen - tipsptd.com - Muaz Hadi on 04/15/10 13:27:36 via Maybank2u.com.

Please check your account balance..
ni hasil afilliat yg aku join..aku bek exam spa n beli nota..aku dapat gak untung..siap balik modal...


EJ015/089 no calon NOOR KHAIRIAH BINTI ISMAIL...DI SMK BANDAR BARU UDA..aku tercalon bek exam medsi 24 april 2010...wish me luck


aku dapat kismis ngn yasin dari atok zain..penyelia aku..
dapat gak buku pts..:)




aku dapat lagi hadiah dari seowang sahabat yg mmg bnyk bagi aku kesedaran...walaupun dengan hanya kata2...seperti yg pernah aku tulis sebelum ini dalam blog aku...cite-cite...semangat...reasen dia wat aku rasa terpana..n wat aku rasa ada semangat juga mcm dia...antara yg paling aku suka adalah 1st reason dia..ni dia tulis : "tapi sejujurnya sy nk amik bdang ni first sy taw bdang medic adalah salh 1 cara tok sy knl ilmu ALLAH begitu luasnye...2nd sy nak tunaikan hasrat arwah abg ipr yg nk tengk sy berjya dengan usaha sy sndri...3rd faktor dri sy jugak yg kdagkala bnyk penyakit....4th faktor kesihatan mk sy yg kurg memberansangkan....." 1 more : "tntg solat hjat dan doa memag slalu d'pjtkan ke hadrat ALLAH swt supya apew yg sy nak tercpai...tapi sy kne bersihkn jiwa...rohani...emosi...supya doa sy d'makblkan...memg mengaku r dosa2 lalu to sgt banyk dn x terkira bilangannya....so skrg ni sy cube utk lakukan pembershan jiwa to supya ape yg sy wat d'berkati ALLAH...." terima kaseh sahabat...




Aku cube untuk kurang bercakap..pai mcm ada batu dalam mulut..aku diam n senyumje..but aku happy...sian kak ain sbb aku malas nak jawab soalan dia...but aku :) hope dia faham...biar bnyk diam mulut dr bercakap..kite rasa relexje...tenang..dgr dengn teliti...susah ar nak dgambar dek kate2..ni pun aku rasa hadiah buat aku...hadiah jadi diam..so xbanyak ckp..xbnyk dosa kering..aku sehat n jalani hidup cm biasa..tp d lak bbrape hamba Allah ni cakap aku demam la..datang bulan ar..jgn kacau aku la..d masalah la..but dlm erti kate lain aku mmg terkenal dgn bnyk cakap terus berubah jadi laen...aku cm biase je..cume bnyk diam n :) je...



masyaAllah..bnyk betul Allah bagi aku hadiah hari ni..tak kire dlm bentuk apa sekalipun..alhamdulilah syukur...terima kaseh kerna mengingati hambaMu ini..

Tuesday, April 13, 2010

Dimanakah diri kita?

Usah dambakan isteri sehebat Khadijah
Jika diri tidak semulia Rasulullah

Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman

Usah mengharapkan suami setampan Yusuf
Jika kasih tidak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

Usah bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Jika diri tidak sehebat Fatimah

Thursday, April 8, 2010

Pengalaman sangat mahal...setuju?

Assalamulaikum
Setuju dengan tajuk pos saya?
Setiap orang pasti ada pengalaman yang berbeza.Tidak kira baik atau buruk.Kalau pengalaman sendiri mesti akan diingat pai bila-bilakan.Pengalaman akan mematangkan, mendewasakan, menginsafkan,dan banyk lagi blablabla....Bagi aku pengalaman SANGAT MAHAL. dari dulu lagi berpegang pada prinsip ini...
Jika ada orang nak cerita pengalaman mereke..kita WAJIB dengar,buruk atau baik. Sebab pengalaman seseorang sangat mahal.kenapa saya katakan demikian?anda nak tahu?betul nak tahu ni...sebab kita tidak lalui ape keadaaan yang orang itu cerita.Bile kita dengar dengan secara automatiknye kita sendiri akan berfikir dan ambil iktibar,serta dapat merasai kejadian tersebut.Betl tak apa yang saya cakap ni?anda setuju?setujukan.. Kerana dari pengalaman kita akan banyak belajar.begitu juga dengan mendengar pengalaman.dapat sedikit ilmu dan informasi..anda sendiri dah boleh fikir..klu buruk,kite jadikan iktibar.klu baik kita contohi...macam ni...ooo dia pernah buat macam tu.tak berkesan.kita guna cara lain..dengan sedikit ilmu yg dkongsi dr pengalaman..kita boleh bertindak untuk lebih baik..tidak perlu ulang perkara yang sama..kesalahan yang sama..ambil sedikit masa untuk berfikir..dan bertindaklah...ingatlah...pengalaman orang berbeza-beza..kita tidak perlu untuk lalui semua.jika ada orang ingin berkongsi pengalaman mereka.dengarlah dengan teliti.hargai dan ucapkalnlah terima kasih kepada mereka kerana sudi berkongsi pengalaman yang sangat berharga itu. Percayalah,mendengar pengalaman orang lain,pada hakikatnya kita juga telah melalui pengalaman tersebut. Satu hari anda pasti percaya dengan kata-kata saya ini...selamat melalui,mendengar,melihat pengalaman yg berbeza-beza..

Tenangkan hati dengan memberi kemaafan andai itu tidur yang terakhir

TIDO..
apa yang ada faham tentang tido?
Rasulullah SAW. menyatakan bahawa tido adalah sebahagian daripada mati..'mati sekejap'..namun ramai juga yang pergi terus semasa tido. begitu juga dengan kita,walaupun tido adalah mati sementara,tapi kita tidak tahu bila ajal kita..andai kata saya mati mlm ini,dengan tido ini adalah tido selama-lamya buat saya,sayai juga tidak tahu.begitu juga anda. Jika kita tidak memafkan atau meminta maaf...maka kita akan pergi bersama dengan dosa-dosa sepanjang hari yang telah kita lakukan..tu baru sepanjang hari...lum cite yg dah bertahun-tahun hidup..
Jika anda takut tido kerana takut mati sekejap..ia pasti akan berlaku juga..kerana anda akan kelatihan dan akhirnye tertido...Jika anda rasa tido itu nikmat dan anda tidak mahu bangun,anda silap...sampai masa anda akan terbangun juga...begitulah juga dengan hari kiamat...walau macam mana sekali kita elak..ia pasti akan datang juga..begitu juga dengan ajal..adakah saya sudah bersedia..bagaimana dengan anda?

Wednesday, April 7, 2010

APA AKU BUAT

SETIAP OWG PASTI ADA JADUAL TERSENDRI SETIAP HARI......
hari ini aku bgun tido terooosss study pai 4jam gamaknye...
g keje dekat 10jam...
selebihnye tido..makan..study...wakaka
bosan bukan...untuk wat seketikaje...
sebab nk bek exam...
pepun wish me luck....
skunk dah xstress lagi....
terima kasih pada semua sahabat yg sudi mendengar luahan tekanan,teman makan eskrem,tlg ajo pasal matematik yg mcm nk pecah otak pikir,1 soaln buat reramai...wakaka..padan muke korang kne tolong aku...jasa korang tak akan aku lupe...tak lupe pada yg nyebok...huhu..
exam spa emegresen
10april 2010
hotel suria city johor

Sunday, April 4, 2010

HARI NI AKU SANGAT SEDEY :(

assalamualaikum
aku mmg sedey sgt rini..mataku baru terbuka bahawa duit itu juga sgt penting,walaupun ibadah adalah yang utama..ye la selama ini di tanggung ayahanda tercinta...nk apa saja ayah pasti bagi.syukur pada Allah aku dikurnia ayah yang sangat penyayang,
Tak tau ar bile aku dapat membalas jasa ayah dan bonda.gaji aku ni 7 kali ganda gaji ayah..tak termampu rasanya...dengan gaji aku yg tak seberapa tu...tolak duit kete 400,bg fmly seket d ar dlm 200 pai cukuo bulan...serius aku dah tak menabung...mak mungkin nmpk aku cm berduit.padahal tu je yg aku ada.pada mak aku dah keje,aku yg patut bg duit.mmg btl tp pada hakikatnye aku tak berapa mampu mak.aku minta maaf.aku mmg tak guna..menyimpan pun dah tak sejak pakai kete ni..kdg2 ayah yg isikn minyak...malunye..duit bukan tak ada tapi kurang..tak dapat ar kadang2 nak berbelanja mcm dlu..dh keje xkn nk mntk duit ayah..malu ar.sgt2 malu..kate dh kje kn..mak pun suh aku beli sepasang baju setiap bulan..bukan aku tak nk...tp realitynye aku kurang mampu..wawawa :( sangat sedey..tu br cite seket........
masuk bab balik kmpg.perlulah ulur seketkn.kite ni dh bkerje..time bg duit pd fmly rs sedey gak,sbb mampu bg bnyk tu je..klu iktkn xcukup lgsung...hati aku sgt berdarah..rasa mcm tak berguna lak..hati aku terus berdarah pabila mama masuk hospital..mama adalah ibu saudara yang menjaga aku semasa kecil..betapa sayunye hatiku pabila aku tidak mampu berbuat apa2, sedangkan mama pernah menjaga ku sewaktu kecil dlu..bergunakah aku?mungkin juga sbb ayah dan bonda jarang sakit,maka aku terlepas pandang.
aku sangat2 menghargai pengalaman owg laen..walaupun aku dh bkerja..hanya beberapa wang merah aku mampu berikan..malu,sedey sume bercampur aduk..air mata kutahan tapi hatiku terusik pilu..untuk diri sendiri pun aku terkontang kanting untuk berjimat..klu lah aku jadi seperti mama,tak tau apa aku nak kata..tak sehat,tak kerja,maka tiada ar duit.sedey....sedey...sedey...pai bila aku nak bergini???dlm masa 9 bulan lagi ayah akan pencen,..adik masih di universiti..MAMPUKAH AKU!pasti semua tggungjawab terletak dibahu aku..Ya Allah,kau kuatkan lah hatiku,bukankanlah pintu rezeki yang halal buatku,kurniakanlah pekerjaan yang bersesuaian dengan ku untuk aku menampung kehidupanku dan keluargaku..luluskan aku dalam peperiksaan,hingga dapat menjawat jawatan tersebut..
pada ayah bonda,along minta maaf kerana masih menyusahkan ayah bonda walaupun sudah 25thn..terima kaseh kerana memelihara along hingga hingga nafas ini...hanya doa yg dapat along hulurkan...kerana secara duniawinya,along masih tak mampu...begitu juga pada semua saudara mara n sahabat handai..

Friday, April 2, 2010

kongsi pengetahuan peperiksaan spa 41

http://www.tipsptd.com/index.php?ref=yayashimano

sila masukkan alamat diatas pada ruang http://......
bukan di ruang google atau yahoo..
terima kasih

Wednesday, March 31, 2010

my best friend partner last day today


SAHABAT
BERKENALAN DGN MU BUAT KU RASA ADA MEMBER BERCERITA
BUKAN UNTUK MENGUMPAT MALAH BERKONGSI ILMU
BERCEKERANG DI WAKTU SENGGANG
BERGURAU SENDA TANDA RAKAN SEKERJA
TANPA SYAK WASANGKA

WALAUPUN PERBEZAAN UMUR YG KETARA
KO TETAP NMPK DEWASA
KADANG AKU SDRI TERPANA
SYUKUR ALLAH TEMUKAN AKU DENGN SAHABAT SEPERTI MU
TERIMA KASEH SETIAP SOLAT YG KITE JEMAAHKN BERSAMA

WALAUPUN BUAT SEKETIKA
KO TLH MEMBUKA MATAKU YG TELAH TUTUP BUAT SEKIAN LAMANEYA
BAGAI NYAWA BARU YANG ISTIMEWA ALLAH BERIKAN
DIIRINGI MOTIVASI YG TGGI
DIKELILINGI TAWADHUK KEHADRAT ILAHI
DILIMPAHI NUR CAHAYA KEIKHLASAN
TERIMA KASIH TAK TERHINGGA DEK KATA-KATA

SAHABAT
PERSAHABATAN INI CUKUP SINGKAT NAMUN CUKUP INDAH
PERSAHABATAN INI MMBUAT AKU LEBIH MENGENALI DRI SNDRI
PERSAHABATAN INI BUAT AKU INSAF AKAN KELEMAHAN KU
PERSAHABATAN INI JADIKAN AKU KENAL ERTI PERHAMBAAN KETUHANAN
PERSAHABATAN INI MEMERLUKAN AKU KUAT BERFIKIR
PERSAHABATAN INI MENGAJAR AKU UNTUK DIAM BERTAFAKUR
PERSAHABATAN INI MEMBUANG EGOKU YG TERBUKU
YANG PALING PENTING SEKALI ADALAH PERSAHABATAN INI

SEERAT MANA SIMPULAN PASTI AKAN TERLERAI
SEMANIS BICARA PASTI ADA KEPAHITAN
SEBANYK MANE PERSAMAAN PASTI ADA PERBEZAAN
SETIAP PERTOLONGAN PASTI ADA KEKURANGAN
SETIAP KEBURUKAN PASTI ADA KEBAIKAN
SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN

DARI UTARA KE SELATAN
DARI HUJUNG RAMBUT KE HUJUNG KAKI
DARI DUNIA HINGGA KE AKHIRAT
DARI BULI KE GELAK KETAWA
DARI TERSASUL KE TERKATA
DARI TERMAKAN ATAU TERMINUM
DARI KENAL KE BERSAHABAT
UCAPAN TERIMA KASIH DIRAKAM
UNTUK DIALUNKAN BERULANG KALI
KATA-KATA MAAF DIUNGKAP SELALU
UNTUK MUDAH KE TITIAN SIRATULMUSTAKIM
HALALKAN MAKAN MINUM SEGALANYA
KERANA TELAH MENJADI DARAH DAGING SEUMOR HIDUP
TERIMA KASIH SAHABAT

SALAM MESRA
KAKAKMU

Tuesday, March 30, 2010

syurga di bawah tapak kaki ibu


salam hormat pada semua pengunjung blog saya...
satu peristiwa telah berlaku di depan mata saya sendri bagaimana seowang ibu dengan jayanya dapat mendidik anaknye tentang kefahaman SYURGA TERLETAK DI BAWAH KAKI IBU...tahniah kepada ibu tersebut yg saya kenalkan sebagai customer di kedau buku..Sedang saya sibuk menyusun buku di rak,saya terdengar sayup2 suara kanak menyebut amin,amin,amin...lalu saya perhatikan..kire cm ngendap gak ar..hehe..ibunye pun datang..dia pggl "abg buat ape tu" abg pun jawab "abg tgh baca doa,abg tak nak jadi mcm si tanggang"..ibu menjawab sambil tersenyum "bangun abg,jgn duk situ"..ketika itu si kecil sedang duduk di rak perkahwinan semetara si ayah n ibu di rak nama2 anak..si abg bakal mendapat adik baru.mungkin tak lama saja lagi..abg sgt comel ketika berdoa..pabila ibu panggil,abg datang kepada ibu.ibu kembali leka mencari buku.abg kate nak duduk sini balik ar.abg nak DOA banyak2..abg teros berdoa..sayangnye dia berdoa sambil tutup mulut..so xdapat dengar sangat..tapi bunyi aminnye sgt merintih,syahdu,penuh emosi..abg sangat comel,baek,leh jd karen klu ayt budak2 tmpt kje aku..betapa rasa terusik jiwa ini melihat perlakuan budak itu..
Sekali lagi aku terpana apabila ketika mereka sedang mmbuat bayaran di kaunter,budak itu telah tunduk seperti sujud dan MENCIUM kasut ibu..si ibu suruh abg bagun...saya tahu si ibu tidak marah pun pada anaknye..tp mungkin perbuatan si abg telah dilihat oleh saya ataupun dilakukan di tempat umum.ibu jadi segan...masyaAllah,tak pernah terlintas pun dihati saya untuk mencium kaki ibu saya sendiri..perbutan ini telah dilakukan oleh seorang kanak2 yg masih kecil..umo dlm 3 @ 4 thn..umo sy skunk...ikhtibar buat saya...Moga anak kecil itu menjadi ank yg soleh pabila besar..tahniah pada ibu dan ayahnye.situasi tempat kerja.jam 3 ptg.29 mac 2010.

Saturday, March 27, 2010

Masak Nasi Briyani Ngn Bonda


nyum...nyum...masak nasi briyani ngn bonda..best..bonda jd bos..cakap je nak buat ape...pglmn yg best..huhu...

Friday, March 26, 2010

Thursday, March 25, 2010

Bonda dh bagi kepercayaan


salam hormat pada semua yang sudi membaca blog saya ini...
hari ini dengan lapang dada dan bangganya saya telah membawa bonda membeli belah di tesco.mungkin nampak mcm remeh bg sesetengah pihak.tp ini merupakan penghargaan besar buat saya kerana bonda telah meletakkan kepercayaan dan membuang perasaan waswas atau tidak percaya saya untuk membawa kereta.telah bnyk kali saya offer (mengajak) bonda,dia tetap menolak.saya bertanya kenapa.bonda jawab TIDAK PERCAYA.xpe.doa saja.1 hr nnt pasti pintu hati bonda akan terbuka n sudi untuk naik kerete dgn saya saja(berdua).klu sefamily xd masalah.Alhamdulilah.hari ini telah menjadi sejarah.24mac2010.bangun je tido bonda ty bile nk g kedai beli barang..wa..terkejut pun ada..pe lagi cepat2 ar pi mandi n bersiap..dh alang2bonda sudi naek ngn saya bawa g jauh terus le.g tesco..huhu..seronok dpt bawa bonda jalan..klu tak semua mst dia tggu adik..tq bonda kerana sudi menaiki ikan bersama saya.sy akan ingt pai bile2.

Monday, March 22, 2010

waaa tertekan....wana to cry....


Hari ni dengan jayanya aku hanya membalas sekali sja sms budak sepet.sebenarnya aku dh target sejak 1 mac lagi..tp br hr ni btl2 terlaksana...bukan xnk tego tp nk kurangkan,kire cm nk bersedia pada hari2 mendatang tnpe budak sepet..xd la kawan kau nak buli or borak2.budak sepet ni nk berhenti cukup bulan ni.aku dh anggap dia cm adik sndri.ye ar lagi pun aku adk beradik tak ramai.seronok kawan ngan dia..happy..enjoy..bnyk yg tersirat aku pelajari.dia seperti Allah temukan untuk aku menyedari pe yang kadang2 aku terlepas pandang.apa yang aku pernah buat satu ketika dlu,ape yg sudah aku tinggalkan.seperti mendapat satu kejutan elektrik untuk nyawa baru..mcm dapat hidayah lak..seperti peristiwa aku melihat kanak2 darjah 4 memakai tudung ketika bermain,padahal ketika itu aku sudah di tingkatan 3.Allah seperti menurunkan petunjuk dan hidayah untuk aku bertudung..sejak itu aku terus bertudung sehingga sekarang.Alhamdulilah.
now, Allah temukan aku dgn budak sepet seperti mengimbas peristiwa lalu.budak sepet owgnye sederhana,baik,suke tlg owg,jarang membantah,anak yg baek,rajen,tenang saja,cool,tak buat keja last minit,walaupun dia anak bongsu,xd la manja sgt,keperibadiannya buat aku terpana atau kadang2 buat aku rasa betapa jahil n jauh bezanya aku dan dia sewaktu umur aku baya dia.pengalaman buat dia lbh dewasa.paling aku suka dia tahu hala tuju hidup dia.pe yg diinginkan moga termakbul aku doakan buat budak sepet.senang kata motivasi diri dia sgt kuat.tu yg buat aku jeles btl.tq juga pada sahabat yang aku panggil makcik kerana menghadiahkan buku membina hati bahagia sempena ulangtahunku.betul2 buat aku terpanggil untuk dimotivasi semula.seperti budak sepet..mudah2 rezeki aku nk masuk uitm termakbul.aku nk kje yg lebih sempurna untuk aku menampung keluaragaku.ayah dah nak pencen...
pada budak sepet,kak minta maaf atas segala apa yg terjadi sepanjang kite berkawan.terima kaseh sgt sudi jmpt hadir majlis ko.ko telah buka pintu hati akk untuk teros beribadah.untuk teros mendekatkan diri padaNYA.tgk saja sblm kptsn kuar, ko masih tekun berusaha.sangat ketara pada pandangan mata akk.moga ko menjadi insan yg paling berjaya dalam bidang yg akan ko tempuhi.jgn putus asa yang paling pntg kekadang ko kene reflex juga pada sesetengah perkara.jgn ikut saja.moga ko berjaya adikku.kak sayang kat ko budak sepet

Saturday, March 20, 2010

PERCUBAAN PERTAMA



Harini merupakan percubaan pertamaku menggunakan ALEX untuk majlis perkahwinan kakak kepada adikku si sepet tu...Aku mmg teruja sgt2..sbb aku nk explore lebih lagi dgn ALEX aku..nak dijadikan cerita ini adalah pglmn pertama cuba menangkap gmbo perkahwinan dengan family yang aku tak pernah kenal..maksudnye bukan saudarala..kire experiment aku ni berjayala..kedatangan aku disambut mesra...tak sangka aku...mereka memberi kerjasama yg sangat ketara..aku jd tidak kekok..sedia berbakti merakam kenangan buat keluarga pakcik arshad...tak tergambar dek kata2..TERUJA..HAPPY..ENJOY..HAPENING..BIG FAMILY..bnyk yg aku dpt belajr.pengalaman ni sgt berharga buat aku..sebelum tu aku bnyk mghabiskn masa dgn membaca manual,info di internet,ty kawan,tgk mjlh..plg pntg bos aku..dia pling byk mmbntu...tp btl la...sume tips2 y aku bc btl2 berguna...sbb pglmn owg laen2...now btl2 aku dh lalui dlm mjlis td...pepun terima kaseh tak terhingga kepada razanah aini arshad kerana sudi menjemputku ke majlis...pengalaman bersama ALEX yg tak akan aku lupakan

Thursday, March 18, 2010

SEMANGAT!


Waa..beberapa hr lalu aku sgt down dgn kmre baru aku...ye la sebab dh dekat 3 week aku masih tak dapat kuasaiye...kire cm tak serasi g ar...abis punye sedey+geram+nyampah+wana to cry...senang cakap very sad ar..cite kat bos..cite kat aini mata sepet...kengkawan laen pun same...tros push..dont giveup...aku teros baca,kongsi mslh..study dr internet...bc manual..pe yg tak faham...thanx kat sume yg support aku...terutama bos aku..time aku rs down giler dia call bg semangat dan nasihat...giler ar..hope dia tak bosan aja aku...aku akui aku mmg sgt2 br dlm dunia ni...but now aku dlm proses semakin serasi but aku bnyk lg yg kene explore ngn ALEX aku..aku nk pggl ALEX ar..ok kn name tu..mcm kete aku oppss,kete ayah pinjamkan..kelisa..aku panggil IKAN...

Wednesday, March 10, 2010

TERUJA....

assalamualaikum semua
lame dh rasanye aku tidak mencatat sesuatu di blog ku ini...sibuk memanjang tu tak la juga...tapi dh uplord kt fb so cm jarang lak nak letak kat sni...pepun now aku dh d gajet baru...my luvely LX1 panasonic...aku bru ambek kat kl 28feb ritu...siap jadi ai hong kat upm kejap..thanx kat intan ngn nisa bg aku tumpang 2 mlm...aku siap pi cycling g k17,golf,tpu,bukit expo....thanx kat bos beskal aku cik hisham...dh la tlg belikan kmre...siap ajo lagi...tapi sampai la ni aku tak padai gak guna lx1 aku tu...aku mesti belajar gak..supaya aku serasi ngn my lovely lx1...boleh tak aku gelarkn cmre tu my lx or sicilx...pada sapa2 yg bg tunjuk aja kat aku aku sedia mendengar...ni aku letak gmbo yg paling aku suke...1 bos tangkap...1 aku tangkap...


Monday, February 15, 2010

selamat bertunang sahabat ku rahayu(yun)


Tercatat la satu lagi sejarah dalam hidup sahabat ku yang ku paggl yun...Selamat Bertunang..pada tanggal 14.2.2010..selamat tahun baru cina juga pada semua rakyat malaysia...terima kaseh kerana menjemput kami semua hadir pada majlis pertunangan ko..aku mmg teruja btl..sbb ni 1st time aku tgk adat bertunang scr real...huhu..pglmn yang tak akan aku lupakan..pada rakan2 yang lain..sya,aidil,moon,naza,faica,ejan,sina...best jmp korang..thanx gak sbb leh trime aku lg..ye la aku kje pe je...tahniah kat korang yg bek master..nnt grade bg tau la..leh aku raikan korang...syukur pada Allah sume berjalan lancar..walaupun ada masalah sedikit dari segi teknikal kamere aku ni..thanx kat yun sbb memberi kepercayaan alat aku tuk bek gmbo ko..aku tak tau la ko puas hati ke tak..tp ko mmg owg pertama invite aku..so aku sgt teruja...terima kaseh bg aku pglmn yg indah..bnyk aku bljr dr majlis ko tu...sgt2 bnyk...klu gmbo tu d bnyk kekurangan aku minta maaf...faica..jgn pegang je kmre tu..shoot je la..huhu..ko comel bile dah bermakeup..jgn malu2 lg k..sya thanx touchup muke aku..ijan thanx urut aku...aidil jgn tension2 memanjang b cool je k, moon klu trun jhr mai la umah aku,naza minum air hali bg buang angin n jgn bnyk bfikir sgt...sina slmt mnjadi usahawan berjaya.thanx jd mento aku..

Tuesday, February 2, 2010

saket kepale...

bile saket kepale :

- mood hilang

- muke serius

- nak tundukje

- owg :) kite :(

- owg pegang buku kite pegang kepale

- owg berseri kite berkerut

- owg bcakap kite diamje

- last2 owg pun ttekan tgk keadaan kite

- btl x??

Thursday, January 28, 2010

idea packaging perfume





Sultan JOHOR mangkat-berkabung seminggu













Rakyat johor diminte berkabung selame seminggu..wanita memekai tudung putih manakala lelaki songkok berlilit kain putih 2inci..bukan islam memakai kain ikat dpergelangan lengan berwarna hitam..namun masih ramai lagi yang tidak peka akan keadaan ini...siap memaki hamun...mereka ini patut dibuang negeri...

Thursday, January 21, 2010

Terharu di hari ulang tahun yg kesuku abad(20.01.2010)


Assalamulaikum...tarikh keramat buat diriku...ulang tahun ke suku abad...celebrte tarikh skali dgn nadeyah..

thanx pada semua ahli keluarga dan sahabat yang mengingati hari bersejarahku ini...tak putus ucapan dan doa...tak sangka gak siap d 3 apoiiiiment. mkn tgh hari dan petang di sponser..alhamdulilah...kekenyangan...kesian pada mereka yang kena pau...thanx akak su dan abg abu...sebab belanje makan kfc dan mcD...tak sangka gak dapat hadiah buku dr en zain penyelia agama aku..touching sey...tajuknye menyingkap tabir bahagia..moga tajuk buku itu terjadi dalam hidupku untuk thn ni...

thanx sume...n pada sape yg same tarikh dgn ku tak ira umo..selamat ulangtahun ya..

Tuesday, January 19, 2010

kepenatan yang melanda

tah ape mimpi bos..aku telah diletakkan di kaunter kad diskaun..adoi..ingat senang...rupanya parah tak terkata...taip komputer, tulis borang,ambek kad la,,,tak bw kad la...mcm2 ragam...tu lum tulis dalam buku...bg duit beso len hal lak...then dgn aku batuk lagi...adoi..terus ilang suara sebab setiap customer aku perlu memberi penerangan...tapi tak sangka gak la...sbb nilainye memeranjatkan semua..siap kene perli...len kali leh jaga lagi sbb ramai yg datang buat..huhu..melompat aku tak mahu...cari orag lain leee....tadi datang kje tmpt dah macam tongkang pecah...ye la smlm kn wekend..ramai owg...pe lagi...sume department bekerje keras mnegmas...paling sadis akademik la...dah mcm ape...kesian gak tgk mrk kemas..nk way cm ne dh tggungjwab..kejekejekeje..pepun g kite buat moga mndapat berkat disamping keikhlasan bekerja..

Friday, January 15, 2010

rindunya pada mereka

Walaupun hanya seketika aku menjejakkan kaki ketempat itu,tapi hingga kesaat ini aku masih teringatkan mereka..adoiii...rindunya pada anak murid n bebudak2 comel tu...aku doakan kalian sume sehat..maaaf kerana aku meninggalkan kalian tanpa mengucapkan kata bye...tak pe la kerana aku hadirpun tanpa mengucap kate hye..tapi kenangan indah bersama kalian tak akan aku lupakan sampai bila..nice day in my life...mengajar..menyuap..mandikan..tiduran..bacakan buku..moga kalian akan menjadi orang berjaya satu masa kelak nnt...salam sayangsertarindu(tadikanurinusajaya2010)

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi