Followers

Translate

Tuesday, June 29, 2010

BOLA..BOLA..BOLA..PIALA DUNIA 2010

Salam pada semua pembaca yng dikasihi.Sekarang ini musim bola piala dunia.Macam biasa sudah pasti ramai yang akan mabuk atu gila bola.Maklumlah 4 tahun sekali.Afrika telah menjadi tuan rumah piala dunia 2010. Seperti tahun-tahun lalu saya tetap menyokong pasukan BRAZIL.Dirumah saya tiada astro,jadi klu ada pasukan faverout pasti adak saya mengajak kekedai yang ada astro.Kadang penat balik keje jam 10 tapi layankan adik.dapat juga makan dan tengok bola.4 tahun sekali sahaja ada piala dunia ini.

Masih segar dalam ingatan piala dunia 4 tahun lepas,kami tengok dikedai mamak di perak.kebetulan kami balik kampung di perak.itu merupakan pengalaman pertama menonton bola di kedai mamak.seronok.ayah adik dan saya.macam-macama ragam.penuh kedai.mula-mula tidak ada tempat.kemudian baru dapat tempat.itupun meje belakang sekali.masa itu tengik brazil lawan.tidak ingat lawan negara mana.jadi kenangan betul.tengok perangai manusia.sudah tidak kira bangsa.bola punya penangan.paling menarik ada aksi mat pit di satu meje.kawan mereke sendiri copet dompet kawan.mereke dalam keadaan mamai.
apa pun tidak ingat.memang macam-macam ragam.inilah kisah piala dunia

Wednesday, June 16, 2010

HATIKU MENANGIS MENDENGAR PERKATAAN PALESTIN..SELAMATKN BUMI ITU

Konflik Israel–Gaza 2008–2009 merupakan sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, yang berada di kemuncak konflik apabila pada 27 Disember 2008, Israel telah melancarkan satu siri serangan udara, dikenali dengan nama Operation Cast Lead (bahasa Ibrani: מבצע עופרת יצוקה, Mivtza Oferet Yetzuka, bahasa Arab: عملية الرصاص المصبوب‎ atau عملية الرصاص المسكوب) oleh Pasukan Pertahanan Israel. Operasi ini disasarkan kepada ahli-ahli dan infrastruktur Hamas dan ia juga dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Gaza (bahasa Arab: مجزرة غزة‎) di kalangan kebanyakan negara di dunia Arab.. Selepas tamatnya perdamaian sementara selama enam bulan antara kerajaan pimpinan Hamas di Genting Gaza, Palestin dan Israel, yang berakhir pada 19 Disember 2008. Israel mendakwa serangan itu dimulakan kerana meningkatnya serangan roket ke dalam Israel, mereka juga mendakwa serangan ini bertujuan memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas untuk melancarkan serangan yang serupa di masa depan. Hamas menyalahkan Israel atas tamatnya tempoh reda itu, kerana Israel tidak mematuhi semua syaratnya yang termasuk penamatan pengepungan Jaluran Gaza. Persengketaan ini merupakan yang terburuk sejak Hamas mendapat kejayaan politik pada awal 2006.

Operasi besar ini bermula dengan pengeboman oleh pesawat pejuang F-16 dan helikopter AH-64 Apache dan ditentang oleh tembakan roket Qassam di kawasan komuniti selatan Israel. Sekurang-kurangnya 225 orang terbunuh pada hari pertama ini, menjadikannya hari paling ramai yang terkorban dalam sejarah konflik Israel-Palestin. Sehingga Ahad 4 Januari 2009, jumlah korban Palestin telah meningkat melebihi 500 orang.

Pada sebelah petang, Angkatan Tentera Udara Israel menghunjam 100 tan ledakan bom dan 95 % mencapai sasaran yang dikehendali. Menurut sumber Israel, mereka berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan yang dibina Hamas. Ini termasuklah balai polis, penjara dan pusat kawalan yang dipibina oleh pihak berkuasa pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza, Bandar Gaza, Beit Hanoun di utara, Khan Younis dan Rafah di selatan.

Pasukan perubatan melaporkan 287 warga Palestin terbunuh serta merta di kawasan kemalangan atau selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. 900 cedera parah yang kebanyakannya anggota polis dan anggota pergerakan Hamas, orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pada Jun 2008, satu perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel anjuran Mesir berjaya ditandatangani. Tetapi Israel memungkirinya dengan menyadakan sekatan semula di pintu masuk dari Israel ke Semenanjung Gaza. Oleh itu warga Palestin di Semenanjung Gaza tidak mendapat bekalan makanan dan fasiliti lain seperti gas, bekalan elektrik, air, ubat dan pelbagai barangan lain . Sememangnya Semenanjung Gaza tidak dapat berdiri sendiri melainkan bergantung menerima belas ehsan daripada pihak berkuasa Israel. Israel menjadikan hal ini sebagai sorong-tarik dalam krisisnya dengan Hamas yang kini mendapat sokongan besar di Semenanjung Gaza. Pada 13 Disember 2008, Israel mengumumkan akan memanjangkan gencatan senjata hanya jika Hamas patuh kepada syarat-syarat lama dan syarat terbarunya. Hamas menyalahkan Israel kerana menamatkan genjata senjata sebelum ini dengan membuat sekatan di pintu masuk dan rakyat Palestin terpaksa membina terowong-terowong untuk ke seberang tembok sempadan.

Reaksi antarabangsa

Bantahan anti Israel oleh rakyat Tanzania.8 Januari 2009 Resolusi gencatan senjata diluluskan dengan Amerika Syarikat berkecuali, mahu supaya gencatan senjata segera dikuatkuasa dan dipatuhi sepenuhnya sehingga membawa kepada pengunduran tentera Israel dari Gaza.
9 Januari 2009, wakil Kementerian Luar China, Qin Gang mendesak Israel supaya segera menarik balik tenteranya dari Gaza selaras dengan usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu. Usaha politik diteruskan agar tertubuhnya sebuah negara Palestin yang bebas dan kedua-dua negara itu menikmati keamanan.
Pada 5 Januari 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghubungi Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon dan Presiden Persidangan PBB, Miguel d'Escoto Brockmann, meminta diadakan sidang tergempar PBB membincangkan serangan Israel di Semenanjung Gaza.
Timbalan Menteri Luar Datuk Abdul Rahim Bakri mahu Israel mematuhi Perjanjian Annapolis antara Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert di Annapolis, Maryland di Amerika Syarikat pada 27 November 2007 untuk mencari perdamaian antara Palestin dan Israel. Isu Palestin adalah isu jenayah kemanusian dan "satu tindakan keganasan".
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mestilah menghantar pasukan pengaman ke sempadan Israel dan Palestin dengan segera. Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku Naib Presiden UMNO dan Presiden Perhimpunan Belia Dunia (WAY) berkata jika Amerika Syarikat benar-benar mahu keamanan, negara kuasa besar itu boleh menghantar segera tentera pengaman ke sempadan Palestin dan Israel.
Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Noor Nirwandy Mat Noordin menggesa rakyat memboikot produk negara-negara yang menyokong Israel termasuk Coca-cola,Starbuck dan Colgate. Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa dolar Amerika turut diboikot. Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng mahu kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia.[31]
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan negara Indonesia sedia menghantar rakyatnya untuk menjadi sebahagian pasukan pemerhati di Semenanjung Gaza jika gencatan senjata tercapai. Janji itu diberikan semasa menerima Duta Besar Palestin ke Indonesia, Fariz Mehdevi di Kompleks Istana Presiden , Jakarta.
Bantuan antarabangsa
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) menghantar pakar perubatan dan petugas logistik ke Mesir bagi menyahut seruan kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan Israel di Tebing Gaza. Ia diketuai oleh Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Jemilah Mahmood dan anggota majlis eksekutifnya Norazam Ab Samah.[32]
Penyelaras AMAN Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk berdiri teguh bersama rakyat Palestin menentang tindakan ganas yang bertujuan membawa kemusnahan kepada kalangan penduduk yang dirampas tanah mereka oleh Israel dan sekutunya. Pada 29 Januari 2008, Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza untuk membantu 1.5 juta rakyat Palestin yang terperangkap di Gaza selepas semua pintu sempadannya ditutup rejim Israel sejak Jun 2007.
10 Januari 2009, Josette Sheeran selaku Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan penghantaran bekalan bantuan kepada sehingga 360,000 orang bukan pelarian di Gaza, manakala Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) akan memenuhi keperluan makanan di kalangan pelarian yang berjumlah 1.1 juta orang. WFP memiliki stok makanan berjumlah 3,500 tan metrik di gudang di Gaza, cukup untuk bekalan bagi memenuhi keperluan kes-kes baru sehingga 360,000 orang untuk tempoh tiga minggu. Bekalan makanan dihantar ke hospital-hospital dan juga tepung gandum kepada kedai-kedai yang masih dibuka. Kedai-kedai roti juga sudah kehabisan bekalan tepung gandum yang diperlukan untuk membuat roti - makanan utama penduduk di Gaza .Kilang-kilang tepung sudah kehabisan bekalan bahan mentah.Pemandu trak dan pengendali fork-lift enggan bekerja ekoran rasa bimbang dengan keselamatan mereka. 130 trak yang membawa kira-kira 4,000 tan metrik makanan WFP sudah dihantar ke Gaza menerusi tempat melintasi sempadan di Kerem Shalom, tapi sebahagiannya tersekat disebabkan faktor keselamatan

Maher Zain - Palestine Will Be Free | ماهر زين - فلسطين سوف تتحرر

Tuesday, June 15, 2010

mimpi wat kali ke 5

Mimpi lagi..mcm tak caye je..xtau ler ni mainan syaitan atau petunjuk Allah beri..dlu pnh cakap kat kawan,klu dapat g n lulus exam n tibiu ni..aku nk potong rambut..terlepas lak cakap,tp dlm hati...sayang..jarang smpan rmbut panjang..ni dh 2 thn xpotong,sbb rmbut lmbt panjang.....sekali mimpi rambut dh pendek mlm td..dh siap kne potong..bgun2 jer..eh pesal mimpi potong rmbut,rupe-rupenya pnh cakap hal ni kat kawan...doakan aku ada rezki kalini..mungkin ini peluang aku untuk merubh nasib n menampung khidupan aku n fmly..

Saya...

My photo
suke sangat dengan meow.tidak kira saiz,bulu,warna.papeje pasal meow memang best.sebab meow buat kite rasa tenang n happy.nakal meow.tido meow.member gaduh pun meow.meow memang best.hehehe.tak percaya try la tgk gelagat meow2 tu. suka tangkap gambar tapi tak suka edit gambar. tengah berusaha gak simpan duit untuk menunaikan umrah bersama keluarga.insyaAllah.misi terdekat. tengah ushar nak beli rumah pula.huhu.doakan ye. suka berkawan,sebab bila saya kembali padaNya 1 hari nanti mereke boleh datang ziarah,doakan saya,siapkan saya,solatkan saya,mandikan saya. impikan pekerjaan yang dapat menampung saya n famili untuk terus beribadah, ada anak2 yang soleh & solehah,serta kesihatan & iman yang kuat untuk terus mencintai ISLAM. rajin-rajinlah bersedekah walaupun kita tidak kaya terutama bantu keluarga sendiri dan jangan lupa hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri sebagai motivasi